{"id":23120,"date":"2025-02-20T14:27:24","date_gmt":"2025-02-20T06:27:24","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=23120"},"modified":"2025-02-20T14:27:26","modified_gmt":"2025-02-20T06:27:26","slug":"pembelajaran-berasaskan-projek-upsi-dedahkan-kesedaran-dan-inovasi-plastik-kepada-komuniti","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2025\/02\/20\/pembelajaran-berasaskan-projek-upsi-dedahkan-kesedaran-dan-inovasi-plastik-kepada-komuniti\/","title":{"rendered":"Pembelajaran Berasaskan Projek UPSI dedahkan Kesedaran dan Inovasi Plastik kepada Komuniti"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Prof Madya Ts Dr Nor Kalsum Mohd Isa<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Tanjong Malim, 29 Jun 2024 &#8211;<\/strong> Majlis Peluncuran \u2018Community Recycling Project -Plastic Waste to Fuel\u2019 telah dilaksanakan bersempena Karnival Alam Sekitar Peringkat UPSI dan Hari Terbuka FSK 2024. <\/p>\n\n\n\n<p>Majlis Peluncuran ini merupakan kemuncak kepada program \u2018Community Recycling Project \u2013 Plastic Waste to Fuel\u2019 yang dilaksanakan sebagai sokongan kepada Hari Bumi Sedunia 2024 yang bertemakan Planet vs. Plastics yang dilaksanakan bersama dengan komuniti Kampung Simpang Empat Tanjung Malim selama 2 bulan bermula 28 April 2024 yang lalu. <\/p>\n\n\n\n<p>Peluncuran \u2018Community Recycling Project Plastic Waste to Fuel\u2019 ini dianjurkan oleh pihak LRECC-FSK, Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK) dengan kerjasama Jabatan Pengurusan dan Pembangunan Harta Benda (JPPHB), Jawatankuasa SDG UPSI, \u00a0IKTBN Sepang, UCTC, SULAM, kursus HGM3113,\u00a0 Jabatan Geografi dan Alam Sekitar dan V-FSK4U.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebanyak 10 agensi luar terlibat dengan pameran yang diadakan sepanjang majlis ini berlangsung termasuk Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara, Sepang, Jabatan Perangkaan Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Ibu Pejabat Polis Daerah Muallim, Geospatial, Jabatan Perkhidmatan Pembetungan, Institut\u00a0Tanah dan Ukur Negara, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia, KOR SISPA APM dan Pusat Kesihatan Daerah Muallim.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"864\" height=\"650\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/1-7.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-23121\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/1-7.png 864w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/1-7-300x226.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/1-7-768x578.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/1-7-600x451.png 600w\" sizes=\"(max-width: 864px) 100vw, 864px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Nor Kalsum (kiri) menyaksikan penyerahan cenderamata daripada Jabatan Perangkaan Malaysia kepada Prof Dr Abdul Rahim Razalli, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, UPSI semasa berlangsungnya Majlis Peluncuran \u2018Community Recycling Project -Plastic Waste to Fuel\u2019, Karnival Alam Sekitar Peringkat UPSI dan Hari Terbuka FSK 2024 pada 29 Jun 2024 yang lalu.<br>\u00a0<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Selain itu, sebanyak lima (5) unit pameran dalaman UPSI dan 11 booth peniaga mengambil peluang untuk membuat pelbagai jenis jualan. Majlis ini juga dimeriahkan dengan\u00a0Jualan Rahmah\u00a0yang menarik perhatian komuniti sekitar kerana harga jualannya yang sangat berpatutan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u2018Community Recycling Project \u2013 Plastic Waste to Fuel\u2019 merupakan sebuah projek yang dilaksanakan melalui pembelajaran berasaskan projek bagi kursus HGM3113 Kelestarian Perancangan dan Pembangunan Ruang yang bertujuan memindahkan ilmu serta memberi kesedaran kepada kepentingan serta komitmen untuk menamatkan penggunaan plastik untuk kesejahteraan manusia dan planet serta menyasarkan pengurangan pengeluaran dan penggunaan plastik sehingga 60% pada tahun 2040. <\/p>\n\n\n\n<p>Matlamat utamanya adalah untuk menyampaikan input baharu kepada komuniti setempat berkenaan kepentingan penjagaan alam sekitar, kitar semula plastik kepada bahan api dan amalan rendah karbon serta menggalakkan orang ramai untuk mula mempraktikkan amalan ini dengan kaedah pelupusan secara lestari bagi mendapatkan produk akhir yang mesra alam. <\/p>\n\n\n\n<p>Justeru, bagi memaknai sasaran sifar karbon, program ini dilaksanakan sebagai sokongan kepada pengurangan pembebasan gas rumah hijau. Plastik dianggar membebaskan 19 peratus gas rumah hijau di peringkat global menjelang tahun 2040.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"864\" height=\"650\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/2-7.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-23122\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/2-7.png 864w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/2-7-300x226.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/2-7-768x578.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/2-7-600x451.png 600w\" sizes=\"(max-width: 864px) 100vw, 864px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><span lang=\"EN-US\" style=\"color: rgb(0, 0, 0); text-align: start; white-space-collapse: collapse; font-size: 10pt; font-family: Calibri, sans-serif;\">Pelajar HGM3113 bersama Ketua Kampung Simpang Empat, Tuan Raja Mohd Noor Raja Daud (tengah bawah) dan komuniti Kampung Simpang Empat<\/span><span style=\"color: rgb(0, 0, 0); font-size: medium; text-align: start; white-space-collapse: collapse;\"><\/span><br>\u00a0<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Penganjuran program ini berjaya mendedahkan komuniti sekitar kepada produk inovasi yang mesra alam dan boleh digunapakai sebagai tenaga baharu. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebanyak\u00a016\u00a0kg\u00a0botol dan bekas plastik\u00a0telah di kitar semula dan\u00a011.5\u00a0kg beg plastik\u00a0telah dikumpul dan ditukarkan kepada bahan api sempena Karnival Alam Sekitar Peringkat UPSI. <\/p>\n\n\n\n<p>Program ini dilaksanakan bersama komuniti Kampung Simpang Empat dan Kampung Ketoyong, Tanjong Malim, Perak.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Prof Madya Ts Dr Nor Kalsum Mohd Isa Tanjong Malim, 29 Jun 2024 &#8211; Majlis Peluncuran \u2018Community Recycling Project -Plastic Waste to Fuel\u2019 telah dilaksanakan bersempena Karnival Alam Sekitar Peringkat UPSI dan Hari Terbuka FSK 2024. Majlis Peluncuran ini merupakan kemuncak kepada program \u2018Community Recycling Project \u2013 Plastic Waste to Fuel\u2019 yang dilaksanakan sebagai [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":23123,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[71,166,138],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23120"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=23120"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23120\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":23124,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23120\/revisions\/23124"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/23123"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=23120"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=23120"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=23120"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}