{"id":23125,"date":"2025-02-20T14:47:53","date_gmt":"2025-02-20T06:47:53","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=23125"},"modified":"2025-02-20T14:47:54","modified_gmt":"2025-02-20T06:47:54","slug":"perhimpunan-bulanan-upsi-tingkatkan-kesedaran-kesihatan-mulut-dan-kanser","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2025\/02\/20\/perhimpunan-bulanan-upsi-tingkatkan-kesedaran-kesihatan-mulut-dan-kanser\/","title":{"rendered":"Perhimpunan Bulanan Upsi Tingkatkan Kesedaran Kesihatan Mulut Dan Kanser"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Bazli Razak<\/p>\n\n\n\n<p><strong>TANJUNG MALIM, 19 Februari 2025 \u2013 <\/strong>Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menganjurkan Perhimpunan Bulanan sempena Program Kesedaran Gaya Hidup Sihat bersempena Bulan Kesedaran Kanser Mulut dan Hari Kanser Sedunia peringkat Negeri Perak 2025, bertujuan meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai bahaya kanser mulut dan kepentingan langkah pencegahan awal.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengarah, Jabatan Strategik UPSI, Prof Dr. Azmi Mohamed berkata, program ini disifatkan sebagai platform terbaik untuk menyampaikan maklumat berkaitan kesihatan mulut kepada masyarakat umum.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut beliau, kesedaran awal adalah kunci utama dalam menangani isu kesihatan yang membimbangkan masyarakat pada masa kni.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Pendidikan dan kesedaran memainkan peranan penting dalam memastikan masyarakat memahami bahaya kanser mulut dan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencegahnya.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"682\" height=\"1024\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/WhatsApp-Image-2025-02-19-at-17.45.32-1-682x1024.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-23126\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/WhatsApp-Image-2025-02-19-at-17.45.32-1-682x1024.jpeg 682w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/WhatsApp-Image-2025-02-19-at-17.45.32-1-200x300.jpeg 200w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/WhatsApp-Image-2025-02-19-at-17.45.32-1-768x1152.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/WhatsApp-Image-2025-02-19-at-17.45.32-1-600x900.jpeg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/WhatsApp-Image-2025-02-19-at-17.45.32-1.jpeg 853w\" sizes=\"(max-width: 682px) 100vw, 682px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Pengarah, Jabatan Strategik UPSI, Prof Dr. Azmi Mohamed semasa menyampaikan ucapan perasmian sempena Program Kesedaran Gaya Hidup Sihat bersempena Bulan Kesedaran Kanser Mulut dan Hari Kanser Sedunia peringkat Negeri Perak 2025 bertempat di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah UPSI.<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Tegas beliau, bahawa menangani kanser mulut memerlukan usaha bersepadu dari semua pihak, termasuk individu, keluarga, komuniti dan institusi pendidikan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kesedaran yang tinggi dan tindakan proaktif adalah kunci utama dalam usaha melindungi generasi akan datang daripada bahaya kanser.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSemua pihak perlu memainkan peranan dalam menyebarkan maklumat dan menggalakkan masyarakat untuk mengutamakan kesihatan.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian ketika hadir merasmikan program tersebut yang diadakan di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah UPSI, di sini, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"713\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/WhatsApp-Image-2025-02-19-at-17.45.32-1024x713.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-23127\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/WhatsApp-Image-2025-02-19-at-17.45.32-1024x713.jpeg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/WhatsApp-Image-2025-02-19-at-17.45.32-300x209.jpeg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/WhatsApp-Image-2025-02-19-at-17.45.32-768x535.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/WhatsApp-Image-2025-02-19-at-17.45.32-600x418.jpeg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/WhatsApp-Image-2025-02-19-at-17.45.32.jpeg 1280w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Pengarah, Jabatan Strategik UPSI, Prof Dr. Azmi Mohamed (kiri) bersama Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Perak, Dr. Salleh Zakaria ketika merasmikan gimik perasmian Program Kesedaran Gaya Hidup Sihat bersempena Bulan Kesedaran Kanser Mulut dan Hari Kanser Sedunia peringkat Negeri Perak 2025 bertempat di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah UPSI.<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Pelbagai aktiviti interaktif menarik turut disediakan sepanjang program ini berlangsung antaranya pemeriksaan gigi percuma, saringan kesihatan percuma, derma darah, saringan kecergasan serta bicara pergigian yang disampaikan oleh Pakar Bedah Mulut, Hospital Slim River, Dr. Harvinder Singh Dillon.<\/p>\n\n\n\n<p>Turut juga disediakan pameran kesihatan seperti Sudut Tanya Pakar, Pemeriksaan mulut kendiri dan Kanser Mulut, Penguatkuasaan Pergigian, Cancer Care, Pergigiam Primer dan Pemakanan dari Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan UPSI.<\/p>\n\n\n\n<p>Tambah beliau, inisiatif ini selari dengan usaha UPSI untuk menggalakkan amalan gaya hidup sihat di kalangan masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kami komited dalam mendidik masyarakat mengenai kepentingan menjaga kesihatan, bukan sahaja dalam kalangan pelajar dan kakitangan universiti, tetapi juga komuniti sekeliling,&#8221; ujar beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Perak, Dr. Salleh Zakaria, berkata bahawa program ini amat signifikan dalam usaha memperkasakan kesedaran masyarakat mengenai kanser mulut, selaras dengan tema tahun ini \u2018Be Aware, Be Early, Your Mouth Matters\u2019.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"682\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/WhatsApp-Image-2025-02-19-at-17.45.31-1-1024x682.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-23129\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/WhatsApp-Image-2025-02-19-at-17.45.31-1-1024x682.jpeg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/WhatsApp-Image-2025-02-19-at-17.45.31-1-300x200.jpeg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/WhatsApp-Image-2025-02-19-at-17.45.31-1-768x512.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/WhatsApp-Image-2025-02-19-at-17.45.31-1-600x400.jpeg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/WhatsApp-Image-2025-02-19-at-17.45.31-1.jpeg 1280w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Sesi bicara pergigian yang disampaikan oleh Pakar Bedah Mulut, Hospital Slim River, Dr. Harvinder Singh Dillon sempena Program Kesedaran Gaya Hidup Sihat bersempena Bulan Kesedaran Kanser Mulut dan Hari Kanser Sedunia peringkat Negeri Perak 2025 bertempat di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah UPSI<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>&#8220;Tema ini menekankan kepentingan kesedaran awal, pemeriksaan berkala, dan gaya hidup sihat sebagai langkah pencegahan utama.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, mengikut National Oral Health Survey of Adults (NOHSA) 2020, sebanyak 37.7% kes lesi mulut memerlukan rujukan.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"682\" height=\"1024\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/WhatsApp-Image-2025-02-19-at-17.45.31-682x1024.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-23128\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/WhatsApp-Image-2025-02-19-at-17.45.31-682x1024.jpeg 682w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/WhatsApp-Image-2025-02-19-at-17.45.31-200x300.jpeg 200w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/WhatsApp-Image-2025-02-19-at-17.45.31-768x1152.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/WhatsApp-Image-2025-02-19-at-17.45.31-600x900.jpeg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/WhatsApp-Image-2025-02-19-at-17.45.31.jpeg 853w\" sizes=\"(max-width: 682px) 100vw, 682px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Perak, Dr. Salleh Zakaria ketika menyampaikan ucapan aluan sempena Program Kesedaran Gaya Hidup Sihat bersempena Bulan Kesedaran Kanser Mulut dan Hari Kanser Sedunia peringkat Negeri Perak 2025 bertempat di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah UPSI<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>\u201cStatistik di Perak pada tahun 2024 juga menunjukkan bahawa 86.4% pesakit yang mempunyai lesi mulut menghadiri janji temu di Klinik Pergigian Pakar setelah dirujuk, sekali gus meningkatkan pengesanan awal kanser mulut.<\/p>\n\n\n\n<p>Tambah beliau, kanser mulut sering dikesan pada peringkat lewat, yang mengurangkan peluang rawatan berkesan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cOleh itu, usaha promosi pergigian perlu dipergiatkan agar masyarakat lebih cakna tentang kesedaran kanser mulut dan kualiti hidup mereka di masa akan datang.<\/p>\n\n\n\n<p>Tambah beliau lagi, beberapa elemen utama boleh digunakan untuk meningkatkan kesedaran kanser mulut, termasuk pendidikan dan penyediaan bahan maklumat, amalan pemakanan sihat, serta penjagaan kesihatan pergigian profesional.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"682\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/WhatsApp-Image-2025-02-19-at-17.45.30-1024x682.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-23130\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/WhatsApp-Image-2025-02-19-at-17.45.30-1024x682.jpeg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/WhatsApp-Image-2025-02-19-at-17.45.30-300x200.jpeg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/WhatsApp-Image-2025-02-19-at-17.45.30-768x512.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/WhatsApp-Image-2025-02-19-at-17.45.30-600x400.jpeg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/WhatsApp-Image-2025-02-19-at-17.45.30.jpeg 1280w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Perak, Dr. Salleh Zakaria (kiri) bersama Pengarah, Jabatan Strategik UPSI, Prof Dr. Azmi Mohamed mendengar perkongsian mengenai hal kesihatan ketika melawat reruai sempena Program Kesedaran Gaya Hidup Sihat bersempena Bulan Kesedaran Kanser Mulut dan Hari Kanser Sedunia peringkat Negeri Perak 2025 bertempat di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah UPSI<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>&#8220;Pemeriksaan pergigian berkala, menghentikan tabiat merokok dan mengamalkan teknik penjagaan kesihatan mulut yang betul adalah langkah-langkah mudah tetapi sangat penting dalam mencegah kanser mulut,&#8221; ujar beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Hadir sama Pengarah Pusat Kesihatan UPSI, Dr. Farah Salwani Che Ku Razak; Penasihat Undang-Undang UPSI, Puan Salwati Mohd Aris; Pengarah, Bahagian Komunikasi Korporat UPSI, Prof Madya Dr. Mohd Izwan Shahril; Ketua Pegawai Digital UPSI, Ts. Dr. Megat Azrin Ahmad<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Bazli Razak TANJUNG MALIM, 19 Februari 2025 \u2013 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menganjurkan Perhimpunan Bulanan sempena Program Kesedaran Gaya Hidup Sihat bersempena Bulan Kesedaran Kanser Mulut dan Hari Kanser Sedunia peringkat Negeri Perak 2025, bertujuan meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai bahaya kanser mulut dan kepentingan langkah pencegahan awal. Pengarah, Jabatan Strategik UPSI, Prof Dr. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[203],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23125"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=23125"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23125\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":23131,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23125\/revisions\/23131"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=23125"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=23125"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=23125"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}