{"id":23307,"date":"2025-02-25T10:49:48","date_gmt":"2025-02-25T02:49:48","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=23307"},"modified":"2025-02-25T10:49:53","modified_gmt":"2025-02-25T02:49:53","slug":"lawatan-delegasi-dewan-pendidikan-kabupaten-maros-dan-kampus-stie-enam-enam-kendari-sulawesi-indonesia-ke-upsi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2025\/02\/25\/lawatan-delegasi-dewan-pendidikan-kabupaten-maros-dan-kampus-stie-enam-enam-kendari-sulawesi-indonesia-ke-upsi\/","title":{"rendered":"Lawatan Delegasi Dewan Pendidikan Kabupaten Maros dan Kampus STIE Enam Enam Kendari, Sulawesi Indonesia ke UPSI"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Dr. Sumayyah Aimi Mohd Najib<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Tanjong Malim, 24 Februari 2025-<\/strong> Fakulti Sains Kemanusiaan berbesar hati menerima kunjungan lawatan delegasi yang terdiri daripada 75 orang pelajar sarjana dan 5 orang pegawai pengiring daripada Dewan Pendidikan Kabupaten Maros dan Konsorsium Indonesian Universities Consortium on Socio Religious Studies (IUCSRS), serta STIE Enam Enam Kendari, Sulawesi Indonesia ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). <\/p>\n\n\n\n<p>Lawatan ini dibawah aktiviti <em>Southeast Asia Academic Mobility<\/em> (SEAAM), bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada pelbagai program akademik yang ditawarkan di UPSI, dengan tumpuan kepada syarat-syarat kemasukan dan peluang di peringkat pasca siswazah.<\/p>\n\n\n\n<p>Delegasi ini, yang diketuai oleh Pengarah Program, Dr. Ismail Suardi Wekke, disambut mesra oleh Dekan, Prof. Madya Ts. Dr. Norkalsum Mohd Isa, pihak pengurusan, ketua-ketua jabatan dan para pensyarah Fakulti Sains Kemanusiaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam ucapan alu-aluan, Dekan menyatakan betapa pentingnya program kerjasama ini dalam memperluas pengetahuan dan pengalaman pelajar antarabangsa sekaligus \u00a0memberikan\u00a0 mereka pemahaman yang lebih baik mengenai pengajian tinggi di Malaysia juga membuka ruang untuk kolaborasi di masa hadapan.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"941\" height=\"706\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/2-21.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-23309\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/2-21.png 941w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/2-21-300x225.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/2-21-768x576.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/2-21-600x450.png 600w\" sizes=\"(max-width: 941px) 100vw, 941px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Program ini merangkumi sesi penerangan terperinci mengenai pelbagai program yang ditawarkan di Fakulti Sains Kemanusiaan, termasuk program Sarjana dan Doktor falsafah. <\/p>\n\n\n\n<p>Pelajar juga diberi pendedahan mengenai syarat-syarat kemasukan untuk program pasca siswazah oleh Ketua Jabatan Geografi dan Alam Sekitar, Prof. Madya Dr. Hanifah binti Mahat.\u00a0\u00a0 <\/p>\n\n\n\n<p>Sesi tersebut memberi peluang kepada pelajar untuk bertanya soalan dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai proses permohonan dan keperluan dokumen yang diperlukan.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, delegasi juga berpeluang melawat beberapa kemudahan akademik seperti kemudahan Perpustakaan Tuanku Bainun dan kemudahan di Fakulti Sains Kemanusiaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Lawatan ini diakhiri dengan sesi jaringan di mana pelajar ini dapat berinteraksi, bertukar pendapat, dan merancang kemungkinan kerjasama di masa hadapan.<\/p>\n\n\n\n<p>Pelajar-pelajar dari STIE Enam Enam Kendari menunjukkan minat yang tinggi untuk melanjutkan pengajian di UPSI. Dr. Ismail Suardi Wekke mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada pihak UPSI atas kerjasama dan sambutan yang diberikan. <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau menyatakan harapan bahawa lawatan ini bukan sahaja meningkatkan pemahaman pelajar mengenai pendidikan tinggi di Malaysia, tetapi juga dapat membuka peluang kerjasama yang lebih luas dalam bidang akademik dan penyelidikan.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"941\" height=\"706\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/3-18.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-23310\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/3-18.png 941w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/3-18-300x225.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/3-18-768x576.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/3-18-600x450.png 600w\" sizes=\"(max-width: 941px) 100vw, 941px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Secara keseluruhannya, program lawatan ini telah membuahkan hasil yang positif dan diharapkan akan membawa manfaat kepada semua pihak yang terlibat. <\/p>\n\n\n\n<p>Dengan pemahaman yang lebih mendalam mengenai program-program yang ditawarkan di UPSI, pelajar kampus STIE Enam Enam Kendari, juga wakil Dewan Pendidikan Kabupaten Maros kini lebih bersedia untuk melanjutkan pengajian mereka di peringkat pasca siswazah. <\/p>\n\n\n\n<p>Diharapkan program pengantarabangsaan ini dapat diteruskan selari dengan hasrat Universiti dan Fakulti untuk terus mengembangkan jaringan dan kerjasama merentasi sempadan<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Dr. Sumayyah Aimi Mohd Najib Tanjong Malim, 24 Februari 2025- Fakulti Sains Kemanusiaan berbesar hati menerima kunjungan lawatan delegasi yang terdiri daripada 75 orang pelajar sarjana dan 5 orang pegawai pengiring daripada Dewan Pendidikan Kabupaten Maros dan Konsorsium Indonesian Universities Consortium on Socio Religious Studies (IUCSRS), serta STIE Enam Enam Kendari, Sulawesi Indonesia ke [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":23308,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[166],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23307"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=23307"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23307\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":23311,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23307\/revisions\/23311"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/23308"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=23307"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=23307"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=23307"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}