{"id":23538,"date":"2025-03-06T11:01:35","date_gmt":"2025-03-06T03:01:35","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=23538"},"modified":"2025-03-06T11:01:37","modified_gmt":"2025-03-06T03:01:37","slug":"wezas-upsi-taja-program-mobiliti-luar-negara-qari-in-residence-sepanjang-ramadan-2025","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2025\/03\/06\/wezas-upsi-taja-program-mobiliti-luar-negara-qari-in-residence-sepanjang-ramadan-2025\/","title":{"rendered":"WEZAS UPSI Taja Program Mobiliti Luar Negara &#8220;Qari In Residence&#8221; Sepanjang Ramadan 2025"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Profesor Madya Dr. Mohd Abdul Nasir Abd Latif<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Tanjong Malim, 26 Februari \u2013<\/strong> Pusat Wakaf, Endowmen, Zakat, Khairat dan Sedekah (WEZAS UPSI) terus komited dalam membantu memperkukuh pembangunan keilmuan Islam di peringkat antarabangsa dengan menaja program mobiliti luar negara, &#8220;Qari In Residence&#8221; sepanjang bulan Ramadan 2025.<\/p>\n\n\n\n<p>Program ini dijayakan oleh Institut Pendidikan Tahfiz dan Turath Islami (IPTTI), Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Pusat Islam dengan objektif utama untuk memberi pendedahan kepada pelajar terpilih yang mempunyai latar belakang pendidikan Islam di peringkat antarabangsa. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka berpeluang menyampaikan perkongsian ilmu kepada penuntut luar negara melalui pelbagai aktiviti keagamaan seperti solat tarawih, penyampaian, program qiamullail serta pengisian berkaitan Al-Quran.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebagai sokongan kepada usaha ini, WEZAS telah menyalurkan tajaan berjumlah sebanyak RM4,000.00 dengan peruntukan RM1,000.00 bagi setiap pelajar yang terpilih. <\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"975\" height=\"548\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/WhatsApp-Image-2025-03-06-at-10.06.49.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-23540\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/WhatsApp-Image-2025-03-06-at-10.06.49.jpeg 975w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/WhatsApp-Image-2025-03-06-at-10.06.49-300x169.jpeg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/WhatsApp-Image-2025-03-06-at-10.06.49-768x432.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/WhatsApp-Image-2025-03-06-at-10.06.49-600x337.jpeg 600w\" sizes=\"(max-width: 975px) 100vw, 975px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Mereka adalah dalam kalangan pelajar ISMP Tahfiz dan Qiraat, IPTTI iaitu Muhammad Fathmi Rusli, Ahmad Najmudin Marwan, Wan Muhammad Irsyad Wan Zulkifli dan Muhammad Badrul Amin Derome. <\/p>\n\n\n\n<p>Program mobiliti ini melibatkan tiga negara iaitu Education Malaysia Australia, Masjid Al-Ghufran di Singapura dan Oxford Centre for Islamic Studies di United Kingdom.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Pengarah WEZAS, Profesor Madya Dr Mohd Abdul Nasir Abd Latif, tajaan ini bukan sekadar membiayai perjalanan dan sara hidup pelajar, malah merupakan pelaburan jangka panjang bagi melahirkan generasi ilmuwan yang mampu menyebarkan syiar Islam di peringkat global.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cProgram ini bukan sahaja memberi peluang kepada pelajar untuk menimba pengalaman berharga, malah mengukuhkan peranan UPSI dalam melahirkan pendakwah yang berwibawa serta menyebarkan keindahan Islam kepada masyarakat antarabangsa,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Dengan adanya sokongan sebegini, diharapkan lebih ramai pelajar dapat memanfaatkan peluang yang sama pada masa hadapan, sekali gus memperkasa kedudukan UPSI sebagai institusi pendidikan yang melahirkan cendekiawan Islam berkaliber tinggi di peringkat antarabangsa.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Profesor Madya Dr. Mohd Abdul Nasir Abd Latif Tanjong Malim, 26 Februari \u2013 Pusat Wakaf, Endowmen, Zakat, Khairat dan Sedekah (WEZAS UPSI) terus komited dalam membantu memperkukuh pembangunan keilmuan Islam di peringkat antarabangsa dengan menaja program mobiliti luar negara, &#8220;Qari In Residence&#8221; sepanjang bulan Ramadan 2025. Program ini dijayakan oleh Institut Pendidikan Tahfiz dan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":23539,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[248,123],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23538"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=23538"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23538\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":23541,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23538\/revisions\/23541"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/23539"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=23538"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=23538"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=23538"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}