{"id":23726,"date":"2025-03-13T16:24:27","date_gmt":"2025-03-13T08:24:27","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=23726"},"modified":"2025-03-13T16:24:28","modified_gmt":"2025-03-13T08:24:28","slug":"kerjasama-antara-upsi-usim-um-anjur-talk-ambang-ramadhan-bersama-ustazah-nur-izzati-elya-alfian-raih-tontonan-2012-orang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2025\/03\/13\/kerjasama-antara-upsi-usim-um-anjur-talk-ambang-ramadhan-bersama-ustazah-nur-izzati-elya-alfian-raih-tontonan-2012-orang\/","title":{"rendered":"KERJASAMA ANTARA UPSI, USIM, UM ANJUR TALK AMBANG RAMADHAN BERSAMA USTAZAH NUR IZZATI ELYA ALFIAN RAIH TONTONAN 2,012 ORANG"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Afifah Azari, Muhammad Aminullah Hassim, Abdul Azim Kasri dan Cik Ummikalsum Mat Lazim<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Tanjong Malim, 24 Februari <\/strong>\u2013 Persatuan Tahfiz Qiraat (PTQ) dengan kerjasama Institut Pendidikan Tahfiz dan Turath Islami (IPTTI), Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menganjurkan Majlis Perasmian Program Ihya\u2019 Ramadan dan Ceramah Ambang Ramadan 2025yang bertemakan <em>Tarbiah Jiwa dan Keikhlasan dalam Menyambut Ramadan<\/em>. <\/p>\n\n\n\n<p>Program ini berjaya menarik perhatian ramai dengan jumlah tontonan mencecah 2,012 orang, membuktikan minat tinggi dalam kalangan mahasiswa dan masyarakat terhadap perkongsian ilmu berkaitan persiapan menjelang Ramadan.<\/p>\n\n\n\n<p>Program ini turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada pelbagai persatuan mahasiswa,termasuk Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu UPSI, Persatuan Mahasiswa Sains UPSI, Rakan Siswa YADIM UPSI, Persatuan Pengajian Malaysia UPSI, Persatuan Pengurusan dan Ekonomi Fakulti Pengurusan dan Ekonomi UPSI, Persatuan Bahasa Arab UPSI, Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam UM, Persatuan Mahasiswa Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM, serta Jawatankuasa Siswa\/i Kolej Kediaman Sutera Indah USIM. <\/p>\n\n\n\n<p>Kerjasama antara UPSI, USIM, dan UM dalam penganjuran program ini mencerminkan semangat ukhuwah serta usaha berterusan institusi pendidikan dalam memperkasa ilmu agama dan membentuk sahsiah mahasiswa.<\/p>\n\n\n\n<p>Majlis ini telah dirasmikan oleh Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar &amp; Alumni), Fakulti Sains Kemanusiaan, Dr. Abu Zarrin Selamat, yang turut menyampaikan ucapan penghargaan atas penganjuran program ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSyabas dan tahniah kepada Persatuan Tahfiz Qiraat UPSI atas kejayaan menganjurkan program yang begitu signifikan dengan ketibaan bulan Ramadan tidak lama lagi. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Usaha kolaborasi bersama pelbagai persatuan mahasiswa, baik dari dalam mahupun luar universiti, pasti memberikan impak yang besar dan bermanfaat. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Diharapkan program ini dapat menjadi platform untuk meningkatkan kefahaman mengenai tarbiah Ramadan, memperkukuh keikhlasan dalam beribadah, serta menyemai nilai-nilai kebaikan dan kebersamaan dalam kalangan mahasiswa sepanjang bulan yang mulia ini,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, pihak universiti turut menzahirkan perasaan bangga atas kejayaan beberapa orang pelajar daripada Persatuan Tahfiz Qiraat diiktiraf menjadi Imam Ramadhan \u2013 Qari In Residence di 4 buah negara melibatkan Oxford Centre for Islamic Studies, United Kingdom, Malaysia Hall Sydney, Masjid Darul Ghufran, Tampines, Singapura. <\/p>\n\n\n\n<p>Kata beliau, ini merupakan satu perkembangan yang sangat baik untuk mengangkat dan memperkasakan lagi program Ijazah Sarjana Muda Tahfiz Al-Quran dan Qiraat dengan Pendidikan pada masa akan datang.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"941\" height=\"414\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/2-22.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-23728\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/2-22.png 941w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/2-22-300x132.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/2-22-768x338.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/2-22-600x264.png 600w\" sizes=\"(max-width: 941px) 100vw, 941px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar &amp; Alumni) Fakulti Sains Kemanusiaan, Dr Abu Zarrin Selamat, semasa menyampaikan ucapan perasmian sempena Majlis Perasmian Program Ihya\u2019 Ramadan dan Ceramah Ambang Ramadan 2025.<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Ceramah Ambang Ramadan bertajuk \u201cTarbiah Jiwa dan Keikhlasan dalam Menyambut Ramadan\u201d memberikan kesan yang mendalam dalam memahami serta menghayati makna sebenar bulan Ramadan dengan penuh keikhlasan.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"941\" height=\"697\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/3-20.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-23729\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/3-20.png 941w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/3-20-300x222.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/3-20-768x569.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/3-20-600x444.png 600w\" sizes=\"(max-width: 941px) 100vw, 941px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Talk Ambang Ramadhan ini telah disampaikan oleh Ustazah Nur Izzati Elya Alfian<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Ceramah inspiratif ini telah disampaikan oleh Ustazah Nur Izzati Elya Alfian, seorang Da\u2019i Muda YADIM, penceramah motivasi, serta pempengaruh di platform Instagram dan TikTok, dengan lebih 100,000 pengikut. <\/p>\n\n\n\n<p>Perkongsian beliau bukan sahaja menarik perhatian para peserta, tetapi turut memberi motivasi untuk menyambut Ramadan dengan persiapan rohani yang lebih bermakna.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"941\" height=\"439\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/4-13.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-23730\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/4-13.png 941w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/4-13-300x140.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/4-13-768x358.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/4-13-600x280.png 600w\" sizes=\"(max-width: 941px) 100vw, 941px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Ustazah Nur Izzati Elya Alfian telah berkongsi tip persediaan menyambut Ramadan melalui konsep 6R \u2013 Review, Reset, Repent, Relearn, Recover, dan Reconnect. <\/p>\n\n\n\n<p>Konsep ini merangkumi langkah-langkah transformasi diri yang berterusan dalam kehidupan seorang Muslim, bukan hanya sepanjang Ramadan, tetapi juga dalam kehidupan seharian.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, program ini turut menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals, SDG), khususnya SDG 4 (Pendidikan Berkualiti) dan SDG 16 (Keamanan, Keadilan &amp; Institusi Kukuh). <\/p>\n\n\n\n<p>Penganjuran ceramah ini membantu memperluas akses kepada pendidikan berkualiti dalam aspek pembangunan sahsiah dan spiritual, sekaligus membentuk individu yang lebih beretika dan bertanggungjawab dalam masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p>Secara keseluruhannya, program ini bukan sahaja berjaya menarik minat ramai, malah menjadi satu platform penting dalam memberi bimbingan kepada masyarakat untuk menyambut Ramadan dengan lebih bersedia, ikhlas, dan penuh keinsafan. <\/p>\n\n\n\n<p>Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memberi manfaat kepada lebih ramai umat Islam.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Afifah Azari, Muhammad Aminullah Hassim, Abdul Azim Kasri dan Cik Ummikalsum Mat Lazim Tanjong Malim, 24 Februari \u2013 Persatuan Tahfiz Qiraat (PTQ) dengan kerjasama Institut Pendidikan Tahfiz dan Turath Islami (IPTTI), Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menganjurkan Majlis Perasmian Program Ihya\u2019 Ramadan dan Ceramah Ambang Ramadan 2025yang bertemakan Tarbiah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":23727,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[134,71,140,79,166,121,248,262,237],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23726"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=23726"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23726\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":23731,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23726\/revisions\/23731"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/23727"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=23726"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=23726"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=23726"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}