{"id":23803,"date":"2025-03-17T09:40:56","date_gmt":"2025-03-17T01:40:56","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=23803"},"modified":"2025-03-17T09:40:57","modified_gmt":"2025-03-17T01:40:57","slug":"alumni-upsi-anita-yusof-tawan-antartika-dalam-misi-global-dream-ride-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2025\/03\/17\/alumni-upsi-anita-yusof-tawan-antartika-dalam-misi-global-dream-ride-2\/","title":{"rendered":"Alumni UPSI, Anita Yusof Tawan Antartika Dalam Misi Global Dream Ride 2"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Bazli Razak<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Tanjong Malim, 12 Mac &#8211;<\/strong> Pengembara solo wanita negara, Anita Yusof, 57, yang juga alumni Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), mencipta sejarah peribadi apabila berjaya menjejakkan kaki ke Antartika dalam misi jelajah dunia Global Dream Ride 2.<\/p>\n\n\n\n<p>Anita yang memulakan ekspedisi solo bermotosikal mengelilingi dunia, berada di benua paling selatan itu selama 17 hari, bermula 15 Januari hingga 31 Januari 2025.<\/p>\n\n\n\n<p>Anak bongsu dari tiga beradik kelahiran Batu Pahat, Johor itu berkata, perjalanan ke sana bukanlah sesuatu yang mudah, malah beliau terpaksa mengharungi cabaran getir ketika merentasi Drake Passage, salah satu laluan laut paling berbahaya di dunia.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam perkongsian di media sosialnya, Anita menceritakan pengalaman menempuh laut bergelora ketika menaiki kapal layar sepanjang 50 meter menuju ke Antartika.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBerbeza dengan kapal persiaran besar yang lebih stabil, perjalanan menggunakan kapal layar memberi kesan besar terhadap keadaannya, terutama ketika perairan itu bergelora.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSemasa dalam perjalanan, kapal saya terperangkap dalam siklon. Ia sangat menakutkan. Kapal terhuyung-hayang tanpa belas kasihan.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"872\" height=\"1024\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/WhatsApp-Image-2025-03-13-at-11.13.10-872x1024.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-23805\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/WhatsApp-Image-2025-03-13-at-11.13.10-872x1024.jpeg 872w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/WhatsApp-Image-2025-03-13-at-11.13.10-256x300.jpeg 256w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/WhatsApp-Image-2025-03-13-at-11.13.10-768x902.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/WhatsApp-Image-2025-03-13-at-11.13.10-1308x1536.jpeg 1308w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/WhatsApp-Image-2025-03-13-at-11.13.10-600x704.jpeg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/WhatsApp-Image-2025-03-13-at-11.13.10.jpeg 1363w\" sizes=\"(max-width: 872px) 100vw, 872px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Motosikal yang digunakan untuk mengembara.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"812\" height=\"1024\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/WhatsApp-Image-2025-03-13-at-11.13.10-1-812x1024.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-23806\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/WhatsApp-Image-2025-03-13-at-11.13.10-1-812x1024.jpeg 812w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/WhatsApp-Image-2025-03-13-at-11.13.10-1-238x300.jpeg 238w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/WhatsApp-Image-2025-03-13-at-11.13.10-1-768x969.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/WhatsApp-Image-2025-03-13-at-11.13.10-1-1217x1536.jpeg 1217w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/WhatsApp-Image-2025-03-13-at-11.13.10-1-600x757.jpeg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/WhatsApp-Image-2025-03-13-at-11.13.10-1.jpeg 1268w\" sizes=\"(max-width: 812px) 100vw, 812px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Anita Yusof ketika berada di Damoy point, Antartika<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>\u201cPinggan mangkuk di dapur yang sudah dipasang kemas pun berterbangan dan saya mengalami mabuk laut yang teruk sehingga membawa kepada tekanan perasaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, pengembaraan tersebut memakan masa lima setengah hari, dengan 75 peratus daripadanya berada dalam keadaan laut bergelora, menjadikannya antara cabaran paling sukar sepanjang misi Global Dream Ride 2.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut berkongsi bahawa keadaan fizikal dan mentalnya benar-benar teruji sepanjang perjalanan itu, tetapi tekadnya untuk menyempurnakan misi lebih kuat daripada kesulitan yang dihadapi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cNamun, segala kesulitan itu terubat dengan keindahan luar biasa Antartika yang digambarkan sebagai tempat paling indah pernah dijejakinya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya sudah menjelajah ke seluruh dunia dua kali, tetapi tiada apa yang dapat menandingi kecantikan Antartika. Ia begitu magis, terutama apabila cuaca baik. Terlalu cantik,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut menekankan kepentingan menjaga kelestarian benua putih itu dengan menghormati hidupan liar seperti penguin, burung laut dan singa laut.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, pelancong tidak dibenarkan menyentuh haiwan atau membawa pulang sebarang objek, termasuk batu, sebagai cenderamata.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain keindahan landskapnya yang luar biasa, Anita turut berkongsi pengalamannya melihat fenomena semula jadi yang menakjubkan, termasuk gunung ais raksasa yang berubah warna mengikut pencahayaan matahari, serta keheningan yang luar biasa di persekitaran yang jauh dari peradaban manusia.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDi Antartika, tiada pencemaran bunyi, tiada manusia yang menetap secara kekal. Ia benar-benar tempat yang membuatkan saya berasa begitu kecil di hadapan kebesaran alam,\u201d ujarnya lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, ekspedisi ini bukan sekadar untuk memenuhi impian peribadi, tetapi juga untuk membuktikan bahawa wanita mampu menakluk dunia dengan keberanian dan tekad yang tinggi.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berharap pengalamannya ini dapat menjadi inspirasi kepada golongan wanita dan rakyat Malaysia secara keseluruhan agar tidak takut mengejar impian, walaupun kelihatan mustahil.<\/p>\n\n\n\n<p>Anita Yusof, yang sebelum ini diiktiraf sebagai Duta Global GIVI, terkenal dengan keberaniannya mengembara ke pelbagai pelosok dunia secara solo.<\/p>\n\n\n\n<p>Misi Global Dream Ride 2 merupakan pengembaraan dunia kali kedua, dengan matlamat bukan sahaja menjelajah, tetapi turut berkongsi pengalaman dan inspirasi kepada rakyat Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, beliau turut berhasrat untuk menulis buku mengenai pengalamannya di Antartika serta menganjurkan sesi perkongsian bagi memberi gambaran lebih mendalam tentang cabaran dan keindahan benua putih itu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPerjalanan ini mengubah perspektif saya tentang kehidupan dan alam. Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan masyarakat supaya mereka lebih menghargai dunia yang kita diami,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr. Md Amin Md Taff, turut menzahirkan rasa bangga terhadap pencapaian Anita Yusof sebagai alumni UPSI yang berjaya mencipta sejarah tersendiri dalam dunia pengembaraan solo.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPencapaian Anita Yusof ini bukan sahaja membanggakan UPSI sebagai institusi akademik yang melahirkan individu berkaliber, tetapi juga menjadi inspirasi kepada pelajar dan graduan universiti ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKeberanian dan kegigihan beliau membuktikan bahawa ilmu dan pengalaman yang diperoleh boleh digunakan untuk mencapai impian besar, walau dalam bidang yang mencabar seperti pengembaraan solo ke benua paling ekstrem di dunia.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, UPSI sentiasa menyokong alumni yang membawa nama baik universiti ke peringkat antarabangsa dan berharap kejayaan Anita akan menjadi pendorong kepada lebih ramai graduan untuk meneroka peluang di luar kebiasaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKejayaan ini selaras dengan semangat universiti dalam melahirkan individu yang berani meneroka, berdaya saing dan mampu memberikan sumbangan kepada masyarakat serta dunia.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKami berharap kejayaan beliau akan membuka mata lebih ramai anak muda untuk berani mengejar impian mereka,\u201d ujar beliau.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Bazli Razak Tanjong Malim, 12 Mac &#8211; Pengembara solo wanita negara, Anita Yusof, 57, yang juga alumni Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), mencipta sejarah peribadi apabila berjaya menjejakkan kaki ke Antartika dalam misi jelajah dunia Global Dream Ride 2. Anita yang memulakan ekspedisi solo bermotosikal mengelilingi dunia, berada di benua paling selatan itu selama [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":23804,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[202],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23803"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=23803"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23803\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":23807,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23803\/revisions\/23807"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/23804"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=23803"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=23803"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=23803"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}