{"id":23924,"date":"2025-03-25T08:47:38","date_gmt":"2025-03-25T00:47:38","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=23924"},"modified":"2025-03-25T08:47:40","modified_gmt":"2025-03-25T00:47:40","slug":"meneroka-sistem-pendidikan-jepun-dan-malaysia-perkongsian-ilmu-antarabangsa-bersama-dr-hiroko-kushimoto-dan-mr-yoshihiko-shibata","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2025\/03\/25\/meneroka-sistem-pendidikan-jepun-dan-malaysia-perkongsian-ilmu-antarabangsa-bersama-dr-hiroko-kushimoto-dan-mr-yoshihiko-shibata\/","title":{"rendered":"Meneroka Sistem Pendidikan Jepun dan Malaysia: Perkongsian Ilmu Antarabangsa Bersama Dr. Hiroko Kushimoto dan Mr. Yoshihiko Shibata"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Dr. Sumayyah Aimi Mohd Najib<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Tanjong Malim, 24 Mac 2025<\/strong>&#8211; Sesi\u00a0Perkongsian Ilmu telah berlangsung dengan jayanya di bawah anjuran\u00a0Jabatan Geografi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK), Universiti Pendidikan Sultan Idris. Sesi ini disertai oleh para pensyarah daripada pelbagai jabatan di FSK dan bertujuan untuk memperkaya wacana akademik berkaitan\u00a0sistem pendidikan dan budaya sekolah di Jepun dan Malaysia. Program ini telah menampilkan dua tetamu istimewa dari Jepun, iaitu Prof Madya Dr. Hiroko Kushimoto\u00a0daripada\u00a0Fakulti Pengajian Global, Sophia University, Tokyo, dan\u00a0Mr. Yoshihiko Shibata, seorang\u00a0Guru di\u00a0Tokyo Metropolitan Mitaka Secondary School.<\/p>\n\n\n\n<p>Dr. Hiroko dalam perkongsian beliau telah mengetengahkan\u00a0persamaan dan perbezaan antara sistem pembelajaran di Malaysia dan Jepun, khususnya dalam aspek pendekatan pembelajaran, struktur kurikulum, serta budaya sekolah. Antara perbezaan yang menarik perhatian ialah\u00a0sistem pendidikan Jepun yang tidak terlalu berorientasikan peperiksaan besar atau berpusat seperti yang berlaku di Malaysia.\u00a0Sebaliknya, Jepun lebih memberi penekanan kepada kerjasama kumpulan, dan penglibatan pelajar secara menyeluruh dalam aktiviti sekolah.\u00a0Beliau turut menjelaskan bagaimana\u00a0kedua-dua negara menitik beratkan semangat kolektif, dan keseimbangan antara pencapaian akademik dan pembangunan kendiri. Menariknya, Dr. Hiroko turut berkongsi pengalamannya mempelajari Bahasa Melayu dan penglibatan beliau secara langsung dalam dunia pendidikan Islam dan masyarakat majmuk di Malaysia. Beliau kini aktif dalam kajian berkaitan\u00a0kepelbagaian budaya dan pendidikan Islam di Asia Tenggara.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"760\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/Picture1-1024x760.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-23925\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/Picture1-1024x760.png 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/Picture1-300x223.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/Picture1-768x570.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/Picture1-600x445.png 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/Picture1.png 1280w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Mr. Yoshihiko Shibata mencuri perhatian hadirin dengan semangat luar biasa beliau dalam memperjuangkan&nbsp;subjek Geografi. Beliau menceritakan bagaimana subjek ini pada satu ketika dahulu bukanlah subjek asas di sekolah Jepun, namun melalui usaha kolektif dan advokasi pendidikan yang berterusan, kini Geografi telah menjadi&nbsp;subjek wajib dalam kurikulum sekolah menengah Jepun.&nbsp;Perkongsian beliau turut menyentuh tentang penggunaan&nbsp;ICT dan <em>Google Earth<\/em>&nbsp;dalam bilik darjah dalam memperkukuh pengajaran Geografi secara inovatif. Sesi ini bukan sahaja membuka ruang kepada&nbsp;pertukaran ilmu dan perspektif antarabangsa, malah berjaya menyuntik inspirasi kepada para pensyarah untuk terus memperkasa subjek Geografi dan pendidikan alam sekitar dalam konteks Malaysia. Perkongsian ini diakhiri dengan sesi soal jawab yang interaktif, penyampaian cenderamata, serta sesi bergambar bersama para tetamu.<\/p>\n\n\n\n<p>Program seperti ini membuktikan bahawa kerjasama rentas negara dalam bidang pendidikan amat penting untuk memperluas ufuk pemikiran dan memperkukuh hubungan akademik yang berterusan antara institusi. Diharapkan sesi seperti ini akan terus dianjurkan pada masa akan datang demi manfaat bersama warga akademik dan pelajar.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Dr. Sumayyah Aimi Mohd Najib Tanjong Malim, 24 Mac 2025&#8211; Sesi\u00a0Perkongsian Ilmu telah berlangsung dengan jayanya di bawah anjuran\u00a0Jabatan Geografi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK), Universiti Pendidikan Sultan Idris. Sesi ini disertai oleh para pensyarah daripada pelbagai jabatan di FSK dan bertujuan untuk memperkaya wacana akademik berkaitan\u00a0sistem pendidikan dan budaya sekolah di [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":7,"featured_media":23927,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[166,138,17,219],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23924"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/7"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=23924"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23924\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":23928,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23924\/revisions\/23928"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/23927"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=23924"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=23924"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=23924"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}