{"id":23948,"date":"2025-03-25T15:00:20","date_gmt":"2025-03-25T07:00:20","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=23948"},"modified":"2025-03-25T15:00:22","modified_gmt":"2025-03-25T07:00:22","slug":"ihya-ramadan-2025-upsi-global-buddies-dan-imc-jayakan-iftar-bersama-pelajar-dan-pensyarah-antarabangsa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2025\/03\/25\/ihya-ramadan-2025-upsi-global-buddies-dan-imc-jayakan-iftar-bersama-pelajar-dan-pensyarah-antarabangsa\/","title":{"rendered":"IHYA RAMADAN 2025: UPSI GLOBAL BUDDIES DAN IMC JAYAKAN IFTAR BERSAMA\u00a0 PELAJAR DAN PENSYARAH ANTARABANGSA"},"content":{"rendered":"\n<p><strong>Oleh: Nur Syazana binti Asri<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p><strong>Tanjung Malim, 14 Mac 2025<\/strong> \u2013 Kelab UPSI Global Buddies dengan kerjasama Pusat Antarabangsa dan Mobiliti (IMC), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berjaya menganjurkan Program Iftar with International Students &amp; Lecturers 2025 yang berlangsung di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah (KSAJS), UPSI. <\/p>\n\n\n\n<p>Program penuh makna ini telah berjaya menarik penyertaan seramai 50 orang pelajar serta pensyarah antarabangsa dari pelbagai negara, termasuk China, Bangladesh, Mesir, Syria, dan Nigeria.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Pengarah Program, Siti Nur Afrina Balqis Mohd \u2018Asari, program ini diadakan bagi memberi peluang kepada pelajar antarabangsa untuk memahami budaya Islam serta merasai sendiri suasana berbuka puasa di Malaysia. <\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDengan adanya program ini, saya berharap ia dapat mewujudkan interaksi yang lebih erat antara pelajar dan pensyarah antarabangsa serta warga UPSI, seterusnya mengurangkan jurang budaya dan menggalakkan sikap saling menghormati,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Program ini turut diserikan dengan kehadiran Pengarah Pusat Antarabangsa dan Mobiliti UPSI (IMC), Profesor Dr. Ramlee Ismail, yang telah merasmikan majlis ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa program iftar ini bukan sekadar berbuka puasa semata-mata sahaja, malah ia menjadi simbol penyatuan dan kepelbagaian budaya di Malaysia. <\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAcara ini memberi peluang kepada pelajar dan pensyarah antarabangsa untuk merasai pengalaman menyambut Ramadan dalam suasana dan cara Malaysia yang penuh dengan semangat perpaduan dan kesederhanaan. Ia juga memperkukuh nilai perpaduan, toleransi, serta kefahaman dalam persilangan budaya yang semakin penting dalam era globalisasi ini,\u201d ujar beliau.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"827\" height=\"620\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/2-33.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-23950\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/2-33.png 827w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/2-33-300x225.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/2-33-768x576.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/2-33-600x450.png 600w\" sizes=\"(max-width: 827px) 100vw, 827px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Pengarah Pusat Antarabangsa dan Mobiliti (IMC), Profesor Dr. Ramlee Ismail, memberikan ucapan perasmian program.<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Majlis ini turut dihadiri oleh Dekan Institut Pengajian Siswazah UPSI, Profesor Dr. Raja Nor Safinas Raja Harun; Dekan Fakulti Pengurusan dan Ekonomi UPSI, Profesor Madya Dr. Mohd Asri Mohd Noor dan Dekan Fakulti Muzik dan Seni Persembahan UPSI, Profesor Madya Dr. Muhammad Fazli Taib Saearani. <\/p>\n\n\n\n<p>Kehadiran mereka ini menyerlahkan komitmen padu pihak pengurusan UPSI dalam menyokong program-program yang berteraskan antarabangsa. Turut hadir ialah wakil dekan fakulti, pensyarah, staf, serta Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI.<\/p>\n\n\n\n<p>Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang majlis ini. Program dimulakan dengan tayangan video montaj yang memaparkan pelbagai inisiatif dan program yang telah dilaksanakan oleh Kelab UPSI Global Buddies dengan kerjasama Pusat Antarabangsa dan Mobiliti (IMC) sepanjang separuh sidang akademik 2024\/2025. Seterusnya, sesi ucapan perasmian dan fotografi bersama tetamu VIP dan para peserta turut diadakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum berbuka puasa, kurma telah diagihkan kepada semua peserta sebagai tanda penghargaan, disusuli dengan laungan azan Maghrib dan bacaan doa. <\/p>\n\n\n\n<p>Selepas berbuka, peserta Muslim menunaikan solat Maghrib secara berjemaah yang diimamkan oleh Pegawai Pusat Islam UPSI, Ustaz Muhammad Majdan Ismail,  manakala peserta bukan Islam dijemput menikmati juadah berbuka yang terdiri daripada pelbagai hidangan lazat dan autentik. <\/p>\n\n\n\n<p>Selain sesi berbuka puasa, program ini turut menyediakan ruang interaktif seperti henna corner dan ruang bergambar (photo booth) yang mendapat sambutan menggalakkan daripada para tetamu dan peserta.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"479\" height=\"360\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/3-32.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-23951\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/3-32.png 479w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/3-32-300x225.png 300w\" sizes=\"(max-width: 479px) 100vw, 479px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Pengarah Pusat Antarabangsa dan Mobiliti (IMC), Profesor Dr. Ramlee Ismail mengagihkan kurma kepada para tetamu jemputan.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"479\" height=\"360\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/4-20.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-23952\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/4-20.png 479w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/4-20-300x225.png 300w\" sizes=\"(max-width: 479px) 100vw, 479px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Pengarah Pusat Antarabangsa dan Mobiliti (IMC), Profesor Dr. Ramlee Ismail mengagihkan kurma kepada para tetamu jemputan.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Menurut Timbalan Pengarah 1 IMC merangkap penasihat Kelab UPSI Global Buddies, Dr. Nor Fadila Kasim, beliau berbangga dengan kelancaran majlis ini serta penglibatan aktif para pelajar dalam menjayakan program ini. <\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKejayaan program ini membuktikan bahawa inisiatif sebegini amat penting dalam memperkukuh hubungan antara pelajar, pensyarah antarabangsa serta kakitangan universiti yang lain. <\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-2 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"479\" height=\"360\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/5-12.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-23953\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/5-12.png 479w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/5-12-300x225.png 300w\" sizes=\"(max-width: 479px) 100vw, 479px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Laungan azan maghrib\u00a0 dan solat maghrib berjemaah yang dipimpin oleh Pegawai Pusat Islam UPSI, Ustaz Muhammad Majdan Ismail <\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"477\" height=\"360\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/6-10.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-23954\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/6-10.png 477w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/6-10-300x226.png 300w\" sizes=\"(max-width: 477px) 100vw, 477px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Laungan azan maghrib\u00a0 dan solat maghrib berjemaah yang dipimpin oleh Pegawai Pusat Islam UPSI, Ustaz Muhammad Majdan Ismail<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>&#8220;Semangat perpaduan yang ditonjolkan dalam program ini mencerminkan kekuatan semangat keharmonian yang diamalkan di UPSI,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Program ini bukan sekadar memperkenalkan pelajar antarabangsa kepada keunikan Ramadan di Malaysia, malah ia turut menjadi platform untuk mereka memahami nilai-nilai kesederhanaan, perpaduan, dan keharmonian dalam masyarakat Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Di samping itu, program ini juga memberi peluang kepada pelajar tempatan untuk mengenali budaya dan latar belakang rakan-rakan mereka dari luar negara, selaras dengan harapan Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr. Md Amin Md Taff, dalam membina suasana kampus yang harmoni dan inklusif.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-3 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"489\" height=\"320\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/7-7.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-23955\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/7-7.png 489w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/7-7-300x196.png 300w\" sizes=\"(max-width: 489px) 100vw, 489px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"468\" height=\"320\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/8-3.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-23956\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/8-3.png 468w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/8-3-300x205.png 300w\" sizes=\"(max-width: 468px) 100vw, 468px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-4 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"499\" height=\"345\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/9-3.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-23957\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/9-3.png 499w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/9-3-300x207.png 300w\" sizes=\"(max-width: 499px) 100vw, 499px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"464\" height=\"345\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/10-2.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-23958\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/10-2.png 464w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/10-2-300x223.png 300w\" sizes=\"(max-width: 464px) 100vw, 464px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Secara keseluruhannya, Program Iftar with International Students &amp; Lecturers 2025 ini telah berjaya mencapai objektifnya dalam memupuk perpaduan dan kefahaman budaya dalam kalangan pelajar, pensyarah antarabangsa serta warga UPSI. <\/p>\n\n\n\n<p>Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memperkukuh hubungan antara pelajar dan tenaga pengajar dari pelbagai negara serta memperkasakan peranan UPSI dalam melahirkan generasi yang berfikiran terbuka dan berdaya saing.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Nur Syazana binti Asri Tanjung Malim, 14 Mac 2025 \u2013 Kelab UPSI Global Buddies dengan kerjasama Pusat Antarabangsa dan Mobiliti (IMC), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berjaya menganjurkan Program Iftar with International Students &amp; Lecturers 2025 yang berlangsung di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah (KSAJS), UPSI. Program penuh makna ini telah berjaya [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":23949,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[263,191],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23948"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=23948"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23948\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":23959,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23948\/revisions\/23959"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/23949"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=23948"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=23948"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=23948"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}