{"id":24381,"date":"2025-04-23T16:25:35","date_gmt":"2025-04-23T08:25:35","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=24381"},"modified":"2025-04-23T16:25:38","modified_gmt":"2025-04-23T08:25:38","slug":"sultan-perak-berkenan-rasmi-gerbang-suria-upsi-saksi-pertukaran-mou-antarabangsa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2025\/04\/23\/sultan-perak-berkenan-rasmi-gerbang-suria-upsi-saksi-pertukaran-mou-antarabangsa\/","title":{"rendered":"Sultan Perak Berkenan Rasmi Gerbang Suria UPSI, Saksi Pertukaran MoU Antarabangsa"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Bazli Razak<\/p>\n\n\n\n<p><strong>TANJONG MALIM, 23 April \u2013<\/strong> Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Magfur-Lah hari ini berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Perasmian Gerbang Suria, Pertukaran Dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) serta Sambutan Hari Raya Aidilfitri Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025.<\/p>\n\n\n\n<p>Turut berangkat, Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim.<\/p>\n\n\n\n<p>Majlis yang berlangsung di Kampus Sultan Azlan Sha UPSI itu turut dihadiri Menteri Besar Perak, Yang Amat Berhormat Dato\u2019 Seri Saarani Mohamed serta barisan tetamu kenamaan termasuk Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, ahli akademik, tokoh korporat dan delegasi antarabangsa dari enam negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md Amin Md Taff dalam ucapannya berkata, Gerbang Suria UPSI merupakan mercu tanda baharu yang bukan sahaja melambangkan keupayaan teknikal dan inovasi hijau UPSI, malah mencerminkan kesungguhan institusi dalam menerajui kelestarian kampus dan negeri.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cInisiatif Gerbang Suria ini terhasil dari inspirasi titah-titah Tuanku yang sering menekankan kepentingan kelestarian alam sekitar.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIa dibangunkan berkonsepkan \u2018zero capex\u2019 dan mampu menjimatkan sehingga RM2 juta setahun bagi bil elektrik serta RM500,000 kos penyewaan khemah acara.<\/p>\n\n\n\n<p>Jelasnya dewan solar seluas 12,500 kaki persegi itu mampu menjana pendapatan RM350,000 setahun melalui sewaan, dan pada masa sama menyumbang kepada pengurangan pelepasan karbon sebanyak 2,800 tan setahun.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cGerbang Suria bukan hanya ruang fizikal, tetapi simbol komitmen UPSI terhadap pembangunan mampan dan aspirasi negeri untuk menjadi contoh bandar rendah karbon,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam majlis yang sama, turut diadakan pertukaran MoU antara UPSI, Institut Darul Ridzuan (IDR) dan Singapore University of Social Sciences (SUSS), sebagai langkah awal kerjasama dalam bidang ekonomi penjagaan (<em>care economy<\/em>), khususnya bagi menangani keperluan penduduk warga emas yang semakin meningkat di Perak.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBerdasarkan dapatan Jabatan Perangkaan Malaysia, 14.6 peratus penduduk Perak berusia 60 tahun ke atas pada 2023.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMelihat kepada trend penuaan ini, UPSI mengambil langkah proaktif menerusi kerjasama ini dalam aspek pendidikan, penyelidikan dan latihan dalam bidang ekonomi penjagaan,\u201d jelas Prof. Md Amin.<\/p>\n\n\n\n<p>Melalui kerjasama strategik ini, katanya, UPSI dan rakan kolaboratifnya merancang untuk membangunkan <em>Living Lab<\/em> dan Resort Persaraan di beberapa lokasi strategik termasuk Ipoh dan Muallim.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni merupakan sebahagian daripada usaha UPSI menyokong agenda negeri dalam membina masyarakat penyayang dan sistem sokongan bersepadu untuk warga emas yang semakin meningkat,\u201d tambah beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Prof. Md Amin turut berkongsi pencapaian UPSI yang kini berada pada kedudukan 601 terbaik dunia dan ke-126 terbaik dalam bidang pendidikan menurut Times Higher Education World University Rankings, hasil komitmen berterusan universiti dalam bidang kecemerlangan akademik dan pengantarabangsaan.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"682\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/Gambar-1-1-1024x682.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-24383\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/Gambar-1-1-1024x682.jpeg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/Gambar-1-1-300x200.jpeg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/Gambar-1-1-768x512.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/Gambar-1-1-1536x1024.jpeg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/Gambar-1-1-2048x1365.jpeg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/Gambar-1-1-600x400.jpeg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Sultan Nazrin berkenan menandatangani plak perasmian Gerbang Suria UPSI pada Majlis Perasmian Gerbang Suria UPSI, Pertukaran Dokumen MoU di antara Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI, Institut Darul Ridzuan (IDR) dan Singapore University Of Social Sciences (SUSS) serta Sambutan Hari Raya Aidilfitri UPSI 2025 di Dewan Tuanku Canselor UPSI hari ini.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"682\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/Gambar-2-1024x682.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-24384\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/Gambar-2-1024x682.jpeg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/Gambar-2-300x200.jpeg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/Gambar-2-768x512.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/Gambar-2-1536x1024.jpeg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/Gambar-2-2048x1365.jpeg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/Gambar-2-600x400.jpeg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Sultan Nazrin berkenan menyaksikan sesi Pertukaran Dokumen MoU di antara Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI, Institut Darul Ridzuan (IDR) dan Singapore University Of Social Sciences (SUSS) pada Majlis Perasmian Gerbang Suria UPSI, Pertukaran Dokumen MoU di antara Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI, Institut Darul Ridzuan (IDR) dan Singapore University Of Social Sciences (SUSS) serta Sambutan Hari Raya Aidilfitri UPSI 2025 di Dewan Tuanku Canselor UPSI hari ini.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"682\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/Gambar-3-1024x682.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-24385\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/Gambar-3-1024x682.jpeg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/Gambar-3-300x200.jpeg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/Gambar-3-768x512.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/Gambar-3-1536x1024.jpeg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/Gambar-3-2048x1365.jpeg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/04\/Gambar-3-600x400.jpeg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Sultan Nazrin berkenan melafazkan lafaz perasmian pada Majlis Perasmian Gerbang Suria UPSI, Pertukaran Dokumen MoU di antara Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI, Institut Darul Ridzuan (IDR) dan Singapore University Of Social Sciences (SUSS) serta Sambutan Hari Raya Aidilfitri UPSI 2025 di Dewan Tuanku Canselor UPSI hari ini.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Katanya, UPSI menerima kunjungan dan kerjasama daripada institusi antarabangsa termasuk dari Singapura, Uzbekistan, Amerika Syarikat, Jepun, China dan Indonesia, yang memperkukuh kedudukan UPSI sebagai universiti pendidikan bertaraf dunia.<\/p>\n\n\n\n<p>Sambutan Hari Raya Aidilfitri UPSI yang diraikan serentak dalam majlis itu turut menjadi simbol penyatuan warga kampus, pemimpin negeri dan masyarakat setempat dalam semangat silaturrahim dan muhibah.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Bazli Razak TANJONG MALIM, 23 April \u2013 Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Magfur-Lah hari ini berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Perasmian Gerbang Suria, Pertukaran Dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) serta Sambutan Hari Raya Aidilfitri Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":24382,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24381"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=24381"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24381\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":24386,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24381\/revisions\/24386"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/24382"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=24381"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=24381"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=24381"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}