{"id":24741,"date":"2025-05-05T08:49:35","date_gmt":"2025-05-05T00:49:35","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=24741"},"modified":"2025-05-05T08:49:38","modified_gmt":"2025-05-05T00:49:38","slug":"program-bicara-lestari-pidato-demi-bumi-peringkat-kebangsaan-sempena-bulan-iklim","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2025\/05\/05\/program-bicara-lestari-pidato-demi-bumi-peringkat-kebangsaan-sempena-bulan-iklim\/","title":{"rendered":"PROGRAM BICARA LESTARI: PIDATO DEMI BUMI PERINGKAT KEBANGSAAN SEMPENA BULAN IKLIM"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Intan Zahira Mohd Nor<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Tanjong Malim, 27 April 2025 \u2013<\/strong> Menyedari pentingnya peranan mahasiswa dalam menangani perubahan iklim global, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melalui Exco Perhubungan Awam dan Antarabangsa, Kelab Rakan Alam Sekitar (RAS) telah menganjurkan program Bicara Lestari: Pidato Demi Bumi pada 27 April lalu bersempena Bulan Iklim. Bertemakan &#8220;Perubahan Iklim: Krisis Global Mengancam Masa Depan&#8221;, program berstatus kebangsaan ini telah dilaksanakan secara dalam talian menerusi aplikasi Google Meet dan disiarkan secara langsung di saluran rasmi YouTube, dengan penyertaan lebih 1400 mahasiswa daripada pelbagai Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara.<br><br>Penganjuran program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran mahasiswa terhadap isu perubahan iklim serta kepentingan kelestarian bumi, membina kemahiran berpidato dan mengasah kebolehan pengucapan awam dalam kalangan mahasiswa, serta mewujudkan platform perkongsian solusi antara pelajar pelbagai universiti bagi memperkukuh usaha pemuliharaan alam sekitar. Inisiatif ini dilihat seiring dengan usaha memperkasa bakat kepimpinan muda dalam mendepani cabaran global yang semakin mendesak. Program ini diadakan dengan kerjasama erat beberapa kelab pengucapan awam dan debat dari institusi ternama, iaitu Kelab Debat dan Pidato Universiti Teknologi MARA Kampus Jengka, Kelab Pengucapan Awam Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kelab Debat dan Pidato Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Pagoh, serta Kelab Debat Bahasa Melayu, UPSI.<\/p>\n\n\n\n<p>Sesi Pemidato Jemputan menjadi pembuka tirai dengan pidato ilmiah daripada wakil-wakil kelab kerjasama. Antara pemidato ialah Nur Damia Najihah Che Rozeri dari Universiti Teknologi MARA Kampus Jengka dengan pidato bertajuk &#8220;Bom Jangka yang Sedang Berdetik!&#8221;, Muhammad Faiz Md Fauzi dari Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan pidato bertajuk &#8220;Saat Alam Membalas Tiada Lagi Maaf yang Tersisa&#8221;, Imran Husaini Mazlan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kampus Pagoh yang membicarakan &#8220;Seruan Fajar Menentang Krisis Iklim&#8221;, dan Nur Batrisya Irdina binti Muhamad Yatim dari Universiti Malaysia Kelantan yang membawa tajuk &#8220;Teknologi Hijau Nafas Baharu Buat Malaysia&#8221;.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam sesi pidato bertajuk &#8220;Seruan Fajar Menentang Krisis Iklim&#8221;, Imran Husaini Mazlan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Pagoh menyeru para peserta untuk memandang serius tanggungjawab memelihara alam sekitar. Beliau mengungkapkan, &#8220;Marilah kita tanam harapan, tuai perubahan, dan limpahkan rahmat pada dunia,&#8221; sebagai seruan padu yang mengajak seluruh masyarakat, terutamanya generasi muda, untuk mengambil tindakan konkrit dalam mengatasi krisis perubahan iklim. Pesanan ini membawa mesej mendalam bahawa setiap usaha kecil dalam menjaga alam mampu menyumbang kepada perubahan besar demi kelestarian bumi untuk generasi akan datang. <\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"576\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Picture4-1024x576.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-24742\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Picture4-1024x576.png 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Picture4-300x169.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Picture4-768x432.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Picture4-600x337.png 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Picture4.png 1366w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"576\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Picture5-1024x576.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-24743\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Picture5-1024x576.png 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Picture5-300x169.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Picture5-768x432.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Picture5-600x337.png 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Picture5.png 1366w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-2 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"576\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Picture6-1024x576.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-24744\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Picture6-1024x576.png 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Picture6-300x169.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Picture6-768x432.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Picture6-600x337.png 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Picture6.png 1366w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"576\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Picture7-1024x576.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-24745\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Picture7-1024x576.png 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Picture7-300x169.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Picture7-768x432.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Picture7-600x337.png 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Picture7.png 1366w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Bagi menyemarakkan lagi suasana, satu kuiz interaktif menggunakan aplikasi Wordwall turut diadakan pada sesi rehat. Kuiz ini bukan sahaja menguji kefahaman peserta tentang perubahan iklim secara santai, malah mempertingkatkan keterlibatan aktif sepanjang program berlangsung.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam ucapan pengarah program, Intan Zahira menekankan bahawa, &#8220;Program ini bukan sekadar sebuah acara, tetapi titik tolak bagi mahasiswa untuk bangkit sebagai agen perubahan. Isu alam sekitar adalah cabaran global yang memerlukan tindakan segera, dan melalui platform ini, kita memupuk kepekaan serta semangat untuk memelihara bumi sebagai amanah generasi akan datang.&#8221; <\/p>\n\n\n\n<p>Penganjuran Bicara Lestari: Pidato Demi Bumi ini bertepatan dengan aspirasi UPSI dalam memperkasa nilai Bakat Unggul yang menjadi salah satu tunjang BITARA UPSI. Melalui program ini, mahasiswa berpeluang mengasah bakat kepimpinan, memperkukuh keupayaan berfikir kritis serta meningkatkan kemahiran komunikasi berkesan dalam memperjuangkan isu kelestarian alam sekitar. Program ini juga mendukung komitmen ke arah pencapaian Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) 13: Tindakan terhadap Perubahan Iklim dengan meningkatkan kefahaman dan keprihatinan mahasiswa terhadap usaha melindungi bumi daripada kesan perubahan iklim. Di samping itu, penganjuran ini selaras dengan Dasar Pendidikan Tinggi Negara (KPT) 2025 melalui penyediaan bakat terbaik negara, memperkukuhkan kewibawaan akademia dan warga kampus, serta menggalakkan pemindahan dan perkongsian ilmu dalam kalangan mahasiswa.<br><br>Dengan penganjuran program seperti ini, UPSI terus menunjukkan komitmen dalam melahirkan graduan berwawasan hijau, lestari minda serta bersedia memimpin perubahan demi kesejahteraan bumi dan masyarakat sejagat.<br><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Intan Zahira Mohd Nor Tanjong Malim, 27 April 2025 \u2013 Menyedari pentingnya peranan mahasiswa dalam menangani perubahan iklim global, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melalui Exco Perhubungan Awam dan Antarabangsa, Kelab Rakan Alam Sekitar (RAS) telah menganjurkan program Bicara Lestari: Pidato Demi Bumi pada 27 April lalu bersempena Bulan Iklim. Bertemakan &#8220;Perubahan Iklim: Krisis [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":7,"featured_media":24746,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[71,249],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24741"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/7"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=24741"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24741\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":24747,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24741\/revisions\/24747"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/24746"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=24741"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=24741"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=24741"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}