{"id":24853,"date":"2025-05-08T16:54:03","date_gmt":"2025-05-08T08:54:03","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=24853"},"modified":"2025-05-08T16:54:43","modified_gmt":"2025-05-08T08:54:43","slug":"upsi-mab-meterai-mou-lancar-buku-usahawan-oku-penglihatan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2025\/05\/08\/upsi-mab-meterai-mou-lancar-buku-usahawan-oku-penglihatan\/","title":{"rendered":"UPSI, MAB Meterai MoU, Lancar Buku Usahawan OKU Penglihatan"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Bazli Razak<\/p>\n\n\n\n<p><strong>KUALA LUMPUR, 8 Mei \u2013<\/strong> Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) bagi memperkasa komuniti kurang upaya penglihatan melalui latihan keusahawanan dan bimbingan perniagaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr. Md Amin Md Taff berkata, kerjasama strategik ini mencerminkan iltizam UPSI dalam memperluas akses pendidikan, keusahawanan dan peluang ekonomi untuk golongan kurang upaya penglihatan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPemeteraian MoU yang cukup bermakna ini menjadi langkah strategik untuk memperkasa golongan kurang upaya penglihatan dengan pelbagai inisiatif seperti latihan keusahawanan, bimbingan perniagaan dan penghasilan bahan ilmiah yang mesra OKU.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, melalui MoU itu, UPSI akan menerajui pelaksanaan program latihan pembangunan keusahawanan dengan kerjasama institusi pengajian tinggi awam (IPTA) lain.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cUPSI juga menawarkan program Diploma Keusahawanan secara pesisir khas untuk golongan orang kurang upaya penglihatan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni adalah inisiatif inklusif pertama seumpamanya di negara ini, dan kami berbangga menjadi pelopor dalam usaha ini.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"682\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-1-1024x682.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-24855\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-1-1024x682.jpeg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-1-300x200.jpeg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-1-768x512.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-1-1536x1024.jpeg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-1-2048x1365.jpeg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-1-600x400.jpeg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Presiden MAB, Yang Amat Mulia Tengku Panglima Besar Pahang, Tan Sri Dato\u2019 Seri (Dr) Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar semasa menyampaikan ucapan aluan sempena Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Kompleks MAB, Kuala Lumpur.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"682\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-3-1024x682.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-24856\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-3-1024x682.jpeg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-3-300x200.jpeg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-3-768x512.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-3-1536x1024.jpeg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-3-2048x1365.jpeg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-3-600x400.jpeg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr. Md Amin Md Taff berucap sempena Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Kompleks MAB, Kuala Lumpur.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian ketika hadir menyempurnakan majlis berkenaan bertempat di Dewan Dr Ismail Salleh, Kompleks MAB, Kuala Lumpur, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, dalam usaha memperkukuhkan lagi ekosistem keusahawanan OKU, MAB akan berperanan sebagai pembekal utama produk keusahawanan yang dihasilkan melalui program pembangunan usahawan penglihatan, dengan produk dikomersialkan menerusi kios strategik di UPSI.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada majlis berkenaan, UPSI turut melancarkan buku bertajuk \u2018Memperkasa Asas Berniaga (MAB): Dalam Kalangan Usahawan Kurang Upaya Penglihatan\u2019 yang diterbitkan dalam format fizikal, Braille dan audio sepenuhnya oleh Penerbit UPSI.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Md Amin, buku tersebut menjadi rujukan keusahawanan pertama dalam bentuk Braille di negara ini dan bakal menjadi panduan rasmi kepada IPTA lain dalam membangunkan pendidikan keusahawanan inklusif.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-2 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"682\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-2-2-1024x682.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-24857\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-2-2-1024x682.jpeg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-2-2-300x200.jpeg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-2-2-768x512.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-2-2-1536x1024.jpeg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-2-2-2048x1365.jpeg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-2-2-600x400.jpeg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr. Md Amin Md Taff (tiga dari kiri) bersama Presiden MAB, Yang Amat Mulia Tengku Panglima Besar Pahang, Tan Sri Dato\u2019 Seri (Dr) Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar (tiga dari kanan) bergambar sambil memegang dokumen MoU sempena Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Kompleks MAB, Kuala Lumpur.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"682\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-4-1024x682.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-24858\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-4-1024x682.jpeg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-4-300x200.jpeg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-4-768x512.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-4-1536x1024.jpeg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-4-2048x1365.jpeg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-4-600x400.jpeg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">: Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr. Md Amin Md Taff (kanan) menurunkan tanda tangan bagi menyempurnakan Majlis Peluncuran Buku Braille \u2018Memperkasa Asas Berniaga\u2019 sambil disaksikan oleh Presiden MAB, Yang Amat Mulia Tengku Panglima Besar Pahang, Tan Sri Dato\u2019 Seri (Dr) Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar (tengah) dan Pendaftar UPSI, Helmi Zaifura Abdul Rahman.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>\u201cInisiatif penghasilan buku ini bukan sekadar naskhah ilmiah, tetapi tanda iltizam UPSI dalam memperkasa insan merentas batas upaya.<\/p>\n\n\n\n<p>Kata beliau, UPSI turut diberi kepercayaan untuk dilantik sebagai skuad sukarelawan utama dalam memimpin program pembangunan sahsiah pelajar kurang upaya penglihatan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPeranan ini memperkukuhkan komitmen universiti untuk mendukung prinsip inklusiviti dan memperkasakan komuniti rentan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Tambah beliau, UPSI juga merancang untuk membangunkan sistem kewangan bersepadu yang mesra OKU, bagi memastikan kelangsungan dan daya saing usahawan kurang upaya penglihatan dalam jangka masa panjang.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cUPSI komited menjadi rakan strategik dalam merangka polisi keusahawanan holistik bersama MAB, meletakkan asas kukuh kepada pembangunan keusahawanan OKU di peringkat nasional.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cUPSI turut dilantik sebagai ahli panel keusahawanan di bawah Skim Pembangunan OKU Penglihatan MAB (SPOPMAB) untuk mengenal pasti usahawan kurang upaya penglihatan yang layak menerima bantuan sokongan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cUPSI juga berperanan sebagai perunding utama dalam pembangunan polisi berkaitan pendidikan khas untuk golongan OKU penglihatan, seiring aspirasi negara ke arah masyarakat lebih inklusif dan penyayang,\u201d ujar beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Presiden MAB, Yang Amat Mulia Tengku Panglima Besar Pahang, Tan Sri Dato\u2019 Seri (Dr) Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar berkata majlis tersebut menandakan permulaan baharu dalam memperkasakan komuniti kurang upaya penglihatan melalui keusahawanan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDengan penerbitan buku \u2018Memperkasa Asas Berniaga (MAB)\u2019 dalam format e-book dan Braille buat pertama kali di negara ini, kita membuka lembaran baharu dalam penyediaan sumber ilmu yang lebih inklusif,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, MAB yang telah ditubuhkan pada 1951 kini berkembang daripada sebuah pertubuhan kebajikan kepada pusat pembangunan komuniti menyeluruh, menawarkan khidmat latihan vokasional, kaunseling, penempatan pekerjaan, pembangunan keusahawanan serta percetakan Braille.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSetiap tahun lebih 3,000 individu kurang upaya penglihatan mendapat manfaat daripada program dan perkhidmatan MAB.<\/p>\n\n\n\n<p>Tengku Azlan turut menggariskan usaha MAB dalam membina jaringan strategik bersama pelbagai institusi pengajian tinggi dan sektor industri, termasuk pembangunan inovasi seperti botol susu bayi mesra OKU penglihatan hasil kerjasama dengan syarikat PIGEON Singapore Pte Ltd.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMelalui program keusahawanan ini, kita bukan sahaja memacu potensi usahawan OKU, malah memperkenalkan pendekatan latihan bersasar mengikut zon wilayah bersama universiti-universiti terpilih, termasuk UPSI di zon tengah..<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, inisiatif ini juga membuka ruang kepada penglibatan mahasiswa sebagai sukarelawan, yang dapat menyemai nilai empati, kesedaran sosial dan tanggungjawab dalam kalangan generasi muda,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Hadir sama Timbalan Presiden MAB, Datin Fauziah Mohd Ramly; Ketua Pegawai Eksekutif MAB, Datuk George Thomas; Pendaftar UPSI, Helmi Zaifura Abdul Rahman; Dekan Fakulti Pengurusan dan Ekonomi UPSI, Profesor Madya Dr. Mohd Asri Mohd Noor.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Bazli Razak KUALA LUMPUR, 8 Mei \u2013 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) bagi memperkasa komuniti kurang upaya penglihatan melalui latihan keusahawanan dan bimbingan perniagaan. Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr. Md Amin Md Taff berkata, kerjasama strategik ini mencerminkan iltizam UPSI [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":24854,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[79],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24853"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=24853"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24853\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":24860,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/24853\/revisions\/24860"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/24854"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=24853"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=24853"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=24853"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}