{"id":25030,"date":"2025-05-13T12:12:08","date_gmt":"2025-05-13T04:12:08","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=25030"},"modified":"2025-05-13T12:12:10","modified_gmt":"2025-05-13T04:12:10","slug":"alumni-tesl-upsi-dipilih-sertai-program-mengajar-antarabangsa-di-china","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2025\/05\/13\/alumni-tesl-upsi-dipilih-sertai-program-mengajar-antarabangsa-di-china\/","title":{"rendered":"Alumni TESL UPSI Dipilih Sertai Program Mengajar Antarabangsa di China"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Bazli Razak<\/p>\n\n\n\n<p><strong>TANJONG MALIM, 13 Mei <\/strong>\u2013 Empat alumni Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dipilih menyertai program mobiliti antarabangsa latihan mengajar selama sebulan di China, sekali gus membuktikan kepercayaan institusi luar negara terhadap kualiti pendidikan dan graduan UPSI.<\/p>\n\n\n\n<p>Program di bawah inisiatif Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) UPSI dengan kerjasama Shangqiu Science and Technology Professional School, China itu dijadual berlangsung dari 12 Mei hingga 11 Jun 2025, bertempat di Science and Technology Professional School of Shangqiu City, Henan, China.<\/p>\n\n\n\n<p>Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr. Md Amin Md Taff menzahirkan penghargaan terhadap kerjasama berkenaan dan menyifatkan kejayaan ini sebagai bukti kualiti program TESL UPSI dan kebolehpasaran alumninya di peringkat global.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni bukan sekadar peluang mobiliti, tetapi satu pengiktirafan terhadap keupayaan graduan kita untuk bersaing dan memberi impak dalam sistem pendidikan antarabangsa. Ia juga mencerminkan keyakinan institusi luar terhadap standard latihan perguruan di UPSI.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut beliau, program tersebut membabitkan empat alumni Sarjana Muda Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL), iaitu&nbsp; Tharushiny Francis Xaviar, Farah Nur Izzah Abdul Rahman, Hamidah Kifran dan Nur Hafiza Rusli.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMereka akan menjalani penempatan mengajar Bahasa Inggeris dan terlibat secara aktif dalam aktiviti kokurikulum bahasa serta mempromosikan budaya Malaysia sepanjang berada di China.<\/p>\n\n\n\n<p>Turut serta dalam program itu ialah dua kakitangan akademik FBK, Dr Farah Natchiar Mohd Khaja Hameed Maricar dan Azura Mat Said yang ditugaskan untuk menyelia peserta serta memperkukuh hubungan dua hala antara UPSI dan institusi pendidikan di China.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut beliau, pemilihan alumni bagi menyertai penempatan di China menjadi pemangkin kepada hubungan strategik antara UPSI dan institusi pendidikan di luar negara, terutama dalam aspek penyelidikan, pertukaran akademik dan kerjasama dua hala.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita ingin memastikan UPSI sentiasa berada dalam radar antarabangsa, dan penyertaan seperti ini membuka ruang lebih luas kepada kolaborasi dalam pelbagai bidang yang mampu memanfaatkan bukan sahaja pelajar, bahkan tenaga pengajar serta reputasi institusi secara keseluruhan,\u201d ujar beliau.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"768\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-2-3-1024x768.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-25032\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-2-3-1024x768.jpeg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-2-3-300x225.jpeg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-2-3-768x576.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-2-3-1536x1152.jpeg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-2-3-2048x1536.jpeg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-2-3-600x450.jpeg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><span lang=\"EN-US\" style=\"color: rgb(0, 0, 0); text-align: start; white-space-collapse: collapse; font-size: 12pt; font-family: &quot;Times New Roman&quot;, serif;\"><sup>Dekan Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) UPSI, Profesor Madya Dr. Mazura @ Mastura Muhammad (dua dari kiri) bergambar bersama dua kakitangan akademik FBK dan empat alumni Sarjana Muda Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.<\/sup><\/span><span style=\"color: rgb(0, 0, 0); font-size: medium; text-align: start; white-space-collapse: collapse;\"><\/span><\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Pengarah Pusat Alumni UPSI, Dr. Omar Firdaus Mohd Said berkata program mobiliti ini merupakan antara inisiatif terpenting dalam mendokong peranan alumni sebagai pemangkin hubungan strategik antara UPSI dan dunia luar.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPusat Alumni amat menyokong penyertaan alumni dalam platform seperti ini kerana ia membuktikan bahawa graduan UPSI tidak hanya cemerlang di dalam negara, malah turut diyakini oleh institusi luar.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPenglibatan alumni dalam program latihan mengajar antarabangsa juga memberi impak besar terhadap promosi universiti dan program akademiknya secara global.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMelalui interaksi mereka dengan pelajar dan pendidik di China, secara tidak langsung mereka memperkenalkan identiti UPSI, budaya Malaysia dan kekuatan sistem pendidikan kita.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya,kemudahan lengkap seperti kampus digital, perpustakaan dengan lebih 22,000 bahan fizikal dan 100,000 sumber digital, blok akademik serta pusat latihan moden turut disediakan oleh sekolah berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIa adalah bentuk diplomasi pendidikan yang memberi nilai tambah luar biasa kepada UPSI,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Bazli Razak TANJONG MALIM, 13 Mei \u2013 Empat alumni Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dipilih menyertai program mobiliti antarabangsa latihan mengajar selama sebulan di China, sekali gus membuktikan kepercayaan institusi luar negara terhadap kualiti pendidikan dan graduan UPSI. Program di bawah inisiatif Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) UPSI dengan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":25031,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[140,98],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25030"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=25030"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25030\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":25033,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25030\/revisions\/25033"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/25031"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=25030"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=25030"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=25030"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}