{"id":25067,"date":"2025-05-14T14:32:15","date_gmt":"2025-05-14T06:32:15","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=25067"},"modified":"2025-05-14T14:32:18","modified_gmt":"2025-05-14T06:32:18","slug":"program-rentas-budaya-borneo-tonjol-keunikan-budaya","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2025\/05\/14\/program-rentas-budaya-borneo-tonjol-keunikan-budaya\/","title":{"rendered":"PROGRAM RENTAS BUDAYA BORNEO TONJOL KEUNIKAN BUDAYA"},"content":{"rendered":"\n<p><strong>Tanjong Malim, 26 April 2025- <\/strong>Program Rentas Budaya Borneo 2025 merupakan satu program <em>showcase <\/em>perkongsian seni tarian dan budaya masyarakat Borneo yang dianjurkan oleh Exco Kesenian dan Kebudayaan Majlis Mahasiswa Kolej Za\u2019ba, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama erat dua buah negara iaitu Indonesia dan Brunei.<\/p>\n\n\n\n<p>Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada Mahasiswa universiti awam tentang uniknya budaya yang terdapat di Borneo dalam membentuk sebuah keharmonian sejagat. Melalui pendekatan program ini melibatkan aktiviti perkongsian baharu dan memupukan semangat dalam mencintai budaya sendiri dalam masa yang sama menghormati budaya orang.<\/p>\n\n\n\n<p>Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Shahrin, Felo Blok A yang turut menyampaikan amanat tentang peranan mahasiswa dalam memelihara warisan budaya dan pentingnya integriti dalam pengurusan program. Program ini turut menyaksikan sesi jalinan mesra dan dialog budaya yang melibatkan delegasi antarabangsa serta kehadiran beberapa tetamu kehormat seperti Chia Hei Min, Berhan Akla Muktadir, Farjar Drian Sindu, Newtonick Ressi, Nurul Syafiza Roslan, Mariatul Shida Mansor, dan Norizam Awang Hidup. <\/p>\n\n\n\n<p>Sepanjang program, pelbagai persembahan kesenian tradisional seperti tarian etnik, nyanyian rakyat dan muzik warisan telah dipersembahkan oleh wakil dari ketiga-tiga negara. Selain itu, pameran budaya yang menampilkan busana tradisional, makanan warisan dan kraftangan turut diadakan bagi memberi pendedahan secara langsung kepada pengunjung. Bengkel interaktif seperti tarian dan permainan tradisional juga berjaya menarik penyertaan ramai, sekaligus menjadikan program ini sebagai medium efektif dalam memperkukuh kefahaman budaya serantau serta menyemai semangat perpaduan dalam kalangan peserta.<\/p>\n\n\n\n<p>Melalui program ini juga mahasiswa dapat mengukuhkan hubungan silaturahim antara bersama mahasiswa institusi luar, di samping memberikan pendedahan kepada mahasiswa dalam menimba ilmu pengetahuan mengenai budaya borneo melalui persembahan seni. Selain itu, program ini juga bertujuan mencungkil dan meyerlahkan bakat mahasiswa dalam bidang tarian, meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pemeliharaan serta kelestarian warisan budaya, dan seterusnya melahirkan mahasiswa yang seimbang dari segi jasmani, emosi, Rohani, intelek dan sosial melalui penglibatan aktif dalam aktiviti kesenian. Program ini juga menyediakan platform bagi mahasiswa untuk berinteraksi dan memahami budaya masing-masing.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Picture3-8-1024x683.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-25069\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Picture3-8-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Picture3-8-300x200.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Picture3-8-768x512.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Picture3-8-600x400.jpg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Picture3-8.jpg 1377w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Picture4-6-1024x683.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-25070\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Picture4-6-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Picture4-6-300x200.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Picture4-6-768x512.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Picture4-6-600x400.jpg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Picture4-6.jpg 1377w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Picture2-8-1024x683.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-25071\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Picture2-8-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Picture2-8-300x200.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Picture2-8-768x512.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Picture2-8-600x400.jpg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Picture2-8.jpg 1377w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Program Budaya Borneo telah memberi banyak kelebihan kepada tiga negara yang terlibat iaitu Indonesia, Malaysia dan Brunei, khususnya dalam memperkukuh hubungan serantau melalui penglibatan aktif dalam persembahan tarian dan nyanyian tradisional yang melambangkan identiti budaya masing-masing. Program ini bukan sahaja menjadi wadah penting dalam usaha melestarikan seni warisan yang semakin terpinggir akibat arus modenisasi, malah turut berperanan sebagai medium pendidikan tidak formal yang memberi pendedahan secara langsung kepada generasi muda tentang kepelbagaian budaya dan nilai sejarah yang diwarisi sejak turun-temurun. Melalui aktiviti kebudayaan seperti ini, warisan seni bukan sekadar dipertontonkan, tetapi dihayati dan diwarisi, sekali gus mengukuhkan jati diri masyarakat serumpun dalam menghadapi cabaran globalisasi budaya masa kini.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, pelaksanaan program ini turut menjadi pemangkin kepada pembangunan jalinan kerjasama antara penggiat seni, institusi kebudayaan dan komuniti tempatan dari ketiga-tiga negara, yang berkongsi minat dan aspirasi dalam memartabatkan budaya Borneo. Rentas Budaya Borneo telah membuka ruang interaksi yang harmoni antara masyarakat berbilang etnik, memupuk semangat toleransi, persefahaman dan perpaduan yang kukuh di peringkat serantau. <\/p>\n\n\n\n<p>Usaha sebegini amat penting bagi mengekalkan keharmonian sosial dan memperlihatkan kepada dunia bahawa Borneo bukan sahaja kaya dengan sumber alam, tetapi juga kaya dengan warisan budaya yang tinggi nilainya. Justeru, program ini wajar diteruskan dan diperluas agar manfaatnya dapat dinikmati oleh lebih banyak komuniti serta diwarisi oleh generasi yang akan datang. <\/p>\n\n\n\n<p>Dengan pelaksanaan ini, diharapkan setiap anggota masyarakat akan lebih menghargai dan menyayangi keunikan budaya setiap lapisan masyarakat di pelbagai negara sekaligus masyarakat akan lebih memahami kepelbagaian yang terdapat di negara jiran. <\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tanjong Malim, 26 April 2025- Program Rentas Budaya Borneo 2025 merupakan satu program showcase perkongsian seni tarian dan budaya masyarakat Borneo yang dianjurkan oleh Exco Kesenian dan Kebudayaan Majlis Mahasiswa Kolej Za\u2019ba, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama erat dua buah negara iaitu Indonesia dan Brunei. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada Mahasiswa [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":7,"featured_media":25072,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[71,188],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25067"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/7"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=25067"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25067\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":25073,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25067\/revisions\/25073"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/25072"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=25067"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=25067"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=25067"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}