{"id":25076,"date":"2025-05-14T15:18:46","date_gmt":"2025-05-14T07:18:46","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=25076"},"modified":"2025-05-14T15:18:47","modified_gmt":"2025-05-14T07:18:47","slug":"sambutan-hari-guru-upsi-tekankan-kesejahteraan-emosi-nilai-insani","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2025\/05\/14\/sambutan-hari-guru-upsi-tekankan-kesejahteraan-emosi-nilai-insani\/","title":{"rendered":"Sambutan Hari Guru UPSI Tekankan Kesejahteraan Emosi, Nilai Insani"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Bazli Razak<\/p>\n\n\n\n<p><strong>TANJUNG MALIM, 14 Mei \u2013<\/strong> Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menekankan kesejahteraan mental dan emosi para guru merupakan asas penting dalam memastikan keberkesanan pendidikan dan pembentukan generasi masa depan yang sejahtera dan berdaya saing.<\/p>\n\n\n\n<p>Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan &amp; Inovasi) UPSI, Profesor Dr. Suriani Abu Bakar, berkata bahawa guru yang sihat dari segi mental dan emosi mampu memberi tumpuan penuh dalam pengajaran, sekali gus melahirkan pelajar yang cemerlang secara akademik dan seimbang dari segi emosi serta sahsiah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cGuru yang bahagia akan dapat melahirkan murid yang sejahtera. Justeru, usaha untuk memperkasakan kebajikan guru akan diteruskan melalui program sokongan psikososial dan pembangunan profesionalisme berterusan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut beliau, sambutan kali ini yang bertemakan <strong>\u2018<\/strong>Guru Inspirasi Cerminan Masa Depan\u2019 sangat bertepatan dengan realiti semasa peranan guru bukan sekadar sebagai penyampai ilmu, malah sebagai pembimbing jiwa, pencetus inspirasi dan agen perubahan dalam masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cGuru ialah pelita yang tidak pernah padam, menyuluh lorong kehidupan anak-anak bangsa, menjadi pendorong dan pembimbing ke arah kemenjadian yang cemerlang.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Anugerah Inspirasi Pendidikan sempena Sambutan Hari Guru peringkat UPSI 2025 di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Kata beliau, UPSI sebagai institusi pendidikan guru tertua negara, terus komited untuk mendukung peranan guru dalam era pasca-pandemik dan cabaran pendidikan semasa.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Prof. Dr. Suriani, UPSI mengangkat prinsip \u2018humanizing education\u2019 atau pendidikan yang memanusiakan manusia, yang menekankan nilai empati, keterangkuman, integriti dan kesejahteraan dalam sistem pendidikan.<\/p>\n\n\n\n<p>Prinsip ini, katanya, perlu menjadi tunjang dalam pembentukan guru masa kini agar dapat melaksanakan peranan mereka dengan lebih berkesan dan bermakna.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebagai universiti pendidikan utama negara, kami memperjuangkan dan menjunjung prinsip \u2018humanizing education\u2019, menjadikan pendidikan sebagai satu proses memanusiakan manusia. Ini melibatkan bukan sahaja ilmu pengetahuan, tetapi pemupukan nilai dan kesejahteraan emosi.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut memaklumkan beberapa inisiatif dan pusat sokongan yang diwujudkan di UPSI bagi menangani isu kesejahteraan psikososial dalam kalangan pelajar dan komuniti pendidikan.<\/p>\n\n\n\n<p>Antaranya termasuklah Intervention and Therapy Centre (InTact) yang menawarkan perkhidmatan terapi cara kerja dan psikologi klinikal kepada kanak-kanak dan remaja yang menghadapi isu seperti autisme, gangguan hiperaktif (ADHD), kebimbangan, kemurungan dan penolakan ke sekolah (school refusal).<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKami percaya kesejahteraan bukan hanya milik murid, tetapi bermula daripada gurunya. Maka intervensi perlu dilihat secara menyeluruh, bukan hanya rawatan selepas krisis, tetapi pencegahan awal dan pemupukan sokongan sepanjang hayat.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>UPSI juga menubuhkan Pusat Kajian Inklusif bagi Komuniti dan Orang Kurang Upaya (CIRCLE) yang memberi fokus kepada pendekatan penjagaan dan pendidikan inklusif.<\/p>\n\n\n\n<p>Guru-guru yang berkhidmat dengan komuniti berkeperluan khas, katanya, perlu mendapat latihan dan sokongan emosi yang mencukupi agar dapat menjalankan tanggungjawab mereka dengan berkesan dan berempati.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBagi menyokong kesejahteraan pendidikan awal kanak-kanak, UPSI turut menerajui National Child Development Research Centre (NCDRC) yang bukan sahaja menjalankan penyelidikan berimpak tinggi, tetapi juga mengendalikan Taska, Tadika dan Sekolah Seri Budiman sebagai model pendidikan awal berasaskan data dan nilai kemanusiaan.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Prof. Dr. Suriani turut mengumumkan kerjasama strategik antara UPSI dan Maybank dalam memperkukuh pendidikan inklusif dan kesejahteraan komuniti melalui program biasiswa, sumbangan peralatan digital, sokongan kepada pusat penjagaan, serta transformasi PDK luar bandar.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-1-1-1-1024x683.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-25078\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-1-1-1-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-1-1-1-300x200.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-1-1-1-768x512.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-1-1-1-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-1-1-1-2048x1365.jpg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-1-1-1-600x400.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Dekan Fakulti Pembangunan Manusia UPSI, Profesor Madya Dr. Abdul Talib Mohamed Hashim berucap sempena Majlis Anugerah Inspirasi Pendidikan sempena Sambutan Hari Guru peringkat UPSI 2025 di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-2-6-1024x683.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-25079\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-2-6-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-2-6-300x200.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-2-6-768x512.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-2-6-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-2-6-2048x1365.jpg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-2-6-600x400.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan &amp; Inovasi) UPSI, Profesor Dr. Suriani Abu Bakar ketika menyampaikan ucapan perasmian sempena Sambutan Hari Guru peringkat UPSI 2025 di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI.<br>\u00a0<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Dekan Fakulti Pembangunan Manusia UPSI, Profesor Madya Dr. Abdul Talib Mohamed Hashim, menyokong usaha memperkukuh kesejahteraan pendidik, dan menyifatkan tema sambutan tahun ini sebagai sangat relevan dengan cabaran dan peranan guru masa kini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSambutan Hari Guru pada tahun ini membawa makna besar terhadap peranan pendidik dalam membina tamadun ilmu dan menyemai nilai insani.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, UPSI berbangga kerana menjadi sebahagian daripada warisan gemilang pendidikan guru yang telah menjangkau lebih satu abad, bermula dari Sultan Idris Training College (SITC), kemudian Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI) dan kini sebagai UPSI.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPerjalanan institusi ini bukan sahaja menggambarkan transformasi pendidikan tinggi negara, tetapi juga membuktikan bahawa komitmen kita terhadap kualiti, integriti dan kecemerlangan dalam pendidikan tidak pernah luntur.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Menyentuh mengenai penghargaan kepada warga pendidik, beliau berkata anugerah yang disampaikan hari ini merupakan pengiktirafan terhadap dedikasi luar biasa dalam bidang akademik, penyelidikan, inovasi dan khidmat masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAnugerah ini adalah lambang penghargaan terhadap dedikasi luar biasa warga pendidik. Anda semua adalah tonggak utama yang memastikan UPSI terus menjadi mercu tanda pendidikan unggul di negara ini,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Majlis turut diserikan dengan sesi penyampaian beberapa anugerah berprestij, termasuk Anugerah Pendidik Bitara, Anugerah Pendidik Cemerlang, Anugerah Tokoh Alumni serta Anugerah Tokoh Guru Suluh Budiman yang disandang oleh Tan Sri Dr. Khair Mohamad Yusof sebagai menghargai sumbangan cemerlang beliau dalam bidang pendidikan negara.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-2 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-3-6-1024x683.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-25080\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-3-6-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-3-6-300x200.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-3-6-768x512.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-3-6-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-3-6-2048x1365.jpg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-3-6-600x400.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan &amp; Inovasi) UPSI, Profesor Dr. Suriani Abu Bakar (tiga dari kiri) menyampaikan replika cek Anugerah Tokoh Guru Suluh Budiman kepada Tan Sri Dr. Khair Mohamad Yusof (tiga dari kanan) sempena Sambutan Hari Guru peringkat UPSI 2025 di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-4-7-1024x683.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-25081\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-4-7-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-4-7-300x200.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-4-7-768x512.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-4-7-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-4-7-2048x1365.jpg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-4-7-600x400.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Ketua Kewangan Pengguna Maybank, Zolkefli Awang (tiga dari kanan) menyampaikan momento Hari Guru kepada : Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan &amp; Inovasi) UPSI, Profesor Dr. Suriani Abu Bakar sempena Sambutan Hari Guru peringkat UPSI 2025 di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-5-6-1024x683.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-25082\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-5-6-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-5-6-300x200.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-5-6-768x512.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-5-6-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-5-6-2048x1365.jpg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-5-6-600x400.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Barisan penerima Anugerah Pendidik Bitara, Anugerah Pendidik Cemerlang, Anugerah Tokoh Alumni serta Anugerah Tokoh Guru Suluh Budiman bergambar bersama barisan pengurusan tertinggi UPSI sambil memegang replika cek serta trofi penghargaan Bakar sempena Sambutan Hari Guru peringkat UPSI 2025 di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Hadir sama Ahli Lembaga Pengarah UPSI, Datuk Seri Hj Ahmad Hj Burak; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI, Profesor Dr. Norkhalid Salimin; Pendaftar UPSI, Helmi Zaifura Abdul Rahman; Ketua Kewangan Pengguna Maybank, Zolkefli Awang.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Bazli Razak TANJUNG MALIM, 14 Mei \u2013 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menekankan kesejahteraan mental dan emosi para guru merupakan asas penting dalam memastikan keberkesanan pendidikan dan pembentukan generasi masa depan yang sejahtera dan berdaya saing. Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan &amp; Inovasi) UPSI, Profesor Dr. Suriani Abu Bakar, berkata bahawa guru yang sihat dari [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":25077,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[112],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25076"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=25076"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25076\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":25083,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25076\/revisions\/25083"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/25077"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=25076"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=25076"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=25076"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}