{"id":25298,"date":"2025-05-20T15:12:50","date_gmt":"2025-05-20T07:12:50","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=25298"},"modified":"2025-05-20T15:12:52","modified_gmt":"2025-05-20T07:12:52","slug":"ipt-perlu-terajui-budaya-inovasi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2025\/05\/20\/ipt-perlu-terajui-budaya-inovasi\/","title":{"rendered":"IPT Perlu Terajui Budaya Inovasi"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Bazli Razak<\/p>\n\n\n\n<p><strong>TANJUNG MALIM, 19 Mei \u2014<\/strong> Institusi pengajian tinggi (IPT) perlu memainkan peranan lebih proaktif dalam memperkasa budaya inovasi negara melalui penyelidikan dan pembangunan (R&amp;D) berimpak tinggi bagi menangani cabaran sebenar masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p>Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian, berkata inovasi tidak lagi bersifat pilihan, sebaliknya menjadi keperluan strategik dalam memastikan kelestarian dan daya saing negara pada masa hadapan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita melangkah ke era baharu yang bukan sahaja memerlukan ilmu pengetahuan, tetapi juga keupayaan untuk berinovasi, menyesuaikan diri dan menyumbang secara bermakna kepada masa depan bersama.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata IPT tidak lagi boleh dilihat sebagai \u2018kilang peperiksaan\u2019 semata-mata, sebaliknya perlu menjadi pusat pembentukan sahsiah, kecemerlangan intelektual dan hab inovasi negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Megat Sany berkata, penubuhan unit Penyelidikan, Pembangunan, Inovasi, Pengkomersialan dan Keusahawanan (RDICE) di semua IPT merupakan langkah strategik bagi memperkukuh ekosistem inovasi yang lebih mampan dan dinamik.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut menekankan kepentingan pelaksanaan model heliks kuintuple, iaitu kerjasama antara akademia, industri, kerajaan, komuniti dan alam sekitar sebagai pemacu inovasi dan pembangunan inklusif negara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cProgram seperti Edu@Innovate dan Festival TVET bukan hanya platform pameran, malah medan untuk memperkasa TVET sebagai pemacu kreativiti dan modal insan Revolusi Industri Keempat dan Kelima.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian ketika merasmikan penutupan Edu@Innovate, Festival TVET dan SEPAKAD 2025, bertempat di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini hari ini, sempena penganjuran Mini FOI Putrajaya@Perak 2025.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengulas lanjut, beliau berkata pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) perlu dilihat sebagai laluan strategik yang penting dalam membangunkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan teknousahawan masa depan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTVET bukan pilihan kedua. Ia membekalkan pelajar dengan kemahiran teknikal, analitikal dan kepimpinan serta menyokong ekosistem inovasi negara,\u201d ujar beliau<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-1-6-1024x683.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-25300\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-1-6-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-1-6-300x200.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-1-6-768x512.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-1-6-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-1-6-2048x1365.jpg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-1-6-600x400.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Datuk Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian berucap ketika merasmikan penutupan Edu@Innovate, Festival TVET dan SEPAKAD 2025, bertempat di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-2-8-1024x683.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-25301\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-2-8-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-2-8-300x200.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-2-8-768x512.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-2-8-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-2-8-2048x1365.jpg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-2-8-600x400.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr. Md Amin Md Taff semasa menyampaikan ucapan aluan sempena penutupan Edu@Innovate, Festival TVET dan SEPAKAD 2025, bertempat di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr. Md Amin Md Taff, berkata Edu@Innovate 2025 menjadi platform dinamik yang menghimpunkan pelbagai inovasi pendidikan daripada pelbagai lapisan peserta termasuk institusi pendidikan tinggi, sekolah, agensi kerajaan, industri serta delegasi antarabangsa.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cProgram ini berjaya menghimpunkan lebih 300 peserta dari dalam dan luar negara serta menampilkan pameran daripada 30 agensi dan industri, sekali gus mencerminkan pendekatan menyeluruh UPSI dalam memacu inovasi pendidikan.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, UPSI turut mengambil inisiatif menjadi penganjur pertama Mini FOI di luar Putrajaya, dengan sokongan daripada Yayasan Perak, Institut Darul Ridzuan, UiTM Sri Iskandar dan Universiti Sultan Azlan Shah (USAS).<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cHari ini kita menyaksikan simbolik penyerahan dokumen kolaborasi antara UPSI dan 12 agensi serta industri bernilai RM10 juta yang membuktikan betapa pentingnya jaringan kerjasama inovatif dalam memperkasa program universiti.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengulas mengenai kepentingan inovasi terhadap masyarakat, Md Amin berkata UPSI komited menyumbang penyelesaian bermakna terhadap cabaran sosio-ekonomi melalui inovasi berasaskan penyelidikan dan jalinan komuniti.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cInovasi bukan hanya tentang teknologi baharu, tetapi juga soal nilai, etika dan impak kepada komuniti. Ini selari dengan hasrat kita membentuk masyarakat MADANI yang mengharmonikan kemajuan dengan belas ihsan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-2 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-3-9-1024x683.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-25302\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-3-9-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-3-9-300x200.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-3-9-768x512.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-3-9-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-3-9-2048x1365.jpg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-3-9-600x400.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Datuk Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian (tiga dari kanan) ketika menyempurnakan gimik perasmian penutupan Edu@Innovate, Festival TVET dan SEPAKAD 2025, bertempat di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)<br>\u00a0<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"477\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-4-9-1024x477.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-25303\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-4-9-1024x477.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-4-9-300x140.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-4-9-768x358.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-4-9-1536x716.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-4-9-2048x954.jpg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-4-9-600x280.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Datuk Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian bergambar bersama barisan pengurusan tertinggi universiti serta lebih 300 peserta dari dalam dan luar negara sempena penutupan Edu@Innovate, Festival TVET dan SEPAKAD 2025, bertempat di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-5-8-1024x683.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-25304\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-5-8-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-5-8-300x200.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-5-8-768x512.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-5-8-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-5-8-2048x1365.jpg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Gambar-5-8-600x400.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Sesi simbolik penyerahan dokumen kolaborasi antara UPSI dan 12 agensi serta industri bernilai RM10 juta yang disampaikan oleh Datuk Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian sempena penutupan Edu@Innovate, Festival TVET dan SEPAKAD 2025, bertempat di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPSI, Profesor Dr. Suriani Abu Bakar; Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Darul Ridzuan (IDR), Dr. Maisarah Ahmad; Pengarah Akademik dan Antarabangsa UPSI, Profesor Madya Dr. Ridzwan Che Rus<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Bazli Razak TANJUNG MALIM, 19 Mei \u2014 Institusi pengajian tinggi (IPT) perlu memainkan peranan lebih proaktif dalam memperkasa budaya inovasi negara melalui penyelidikan dan pembangunan (R&amp;D) berimpak tinggi bagi menangani cabaran sebenar masyarakat. Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian, berkata inovasi tidak lagi bersifat [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":25299,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[250,144],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25298"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=25298"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25298\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":25305,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25298\/revisions\/25305"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/25299"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=25298"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=25298"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=25298"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}