{"id":25580,"date":"2025-05-27T11:43:01","date_gmt":"2025-05-27T03:43:01","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=25580"},"modified":"2025-05-27T11:44:29","modified_gmt":"2025-05-27T03:44:29","slug":"kursus-teknologi-kenderaan-hybrid-dan-elektrik-peningkatan-pengetahuan-kakitangan-upsi-dalam-mobiliti-pintar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2025\/05\/27\/kursus-teknologi-kenderaan-hybrid-dan-elektrik-peningkatan-pengetahuan-kakitangan-upsi-dalam-mobiliti-pintar\/","title":{"rendered":"KURSUS TEKNOLOGI KENDERAAN HYBRID DAN ELEKTRIK: PENINGKATAN PENGETAHUAN KAKITANGAN UPSI DALAM MOBILITI PINTAR"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Dr. Azizul Qayyum Basri<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Kepala Batas, 21 April 2025<\/strong>&#8211; Seramai lapan orang peserta dari Fakulti Teknikal Vokasional (FTV) dan seorang wakil dari Bahagian Pengangkutan, Jabatan Pendaftar, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah berpeluang menghadiri Kursus Teknologi Kenderaan Hybrid dan Elektrik di Kolej Komuniti Kepala Batas, Pulau Pinang. Kursus ini dianjurkan oleh <em>Center Of Advanced Automotive Training (CoAT)<\/em> dan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran serta pengetahuan kakitangan dalam bidang teknologi kenderaan elektrik dan hybrid, yang merupakan satu bidang yang semakin penting dalam industri automotif global.<\/p>\n\n\n\n<p>Kursus ini menjadi platform dalam memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknologi terkini dalam sektor automotif yang mengutamakan kelestarian alam sekitar, dengan memberi tumpuan kepada kenderaan yang menggunakan sumber tenaga elektrik sebagai alternatif kepada bahan api fosil. Ini merupakan inisiatif global untuk mengurangkan jejak karbon dan memperkenalkan konsep mobiliti pintar. Objektif utama kursus ini adalah untuk meningkatkan pemahaman teknikal kakitangan UPSI yang terlibat dalam penyelenggaraan kenderaan elektrik dan hybrid, memberi pendedahan kepada penyelenggaraan rutin kenderaan elektrik dan hybrid dan meningkatkan kemahiran dalam menggantikan komponen bertekanan tinggi dalam kenderaan elektrik dan hybrid. <\/p>\n\n\n\n<p>Melalui kursus ini, membolehkan peserta kursus memahami lebih mendalam secara komprehensif tentang bagaimana kenderaan elektrik berfungsi dan bagaimana untuk menjaga kecekapan operasinya dalam jangka panjang. Secara tidak langsung, penyertaan kakitangan UPSI ke kursus ini juga menyokong dan memperkasakan pengetahuan bagi inisiatif kelestarian dan mobiliti pintar yang dijalankan oleh UPSI dengan memperkenalkan penyelesaian teknologi hijau yang lebih mesra alam.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"960\" height=\"540\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Picture7-4.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-25582\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Picture7-4.jpg 960w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Picture7-4-300x169.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Picture7-4-768x432.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Picture7-4-600x338.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 960px) 100vw, 960px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"576\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Picture6-9-1024x576.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-25583\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Picture6-9-1024x576.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Picture6-9-300x169.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Picture6-9-768x432.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Picture6-9-600x338.jpg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Picture6-9.jpg 1280w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Kursus ini memberikan impak yang signifikan kepada UPSI, terutama dalam usaha untuk meningkatkan kecekapan dan kemahiran kakitangan dalam bidang teknologi hijau. Dengan semakin berkembangnya penggunaan kenderaan elektrik, terutama di negara-negara maju, adalah penting bagi universiti untuk memastikan kakitangan mereka dilengkapi dengan pengetahuan yang terkini dalam bidang ini. Ini bukan sahaja meningkatkan keupayaan universiti untuk mengendalikan kenderaan elektrik di kampus tetapi juga menyediakan persekitaran yang lebih mesra alam. Salah satu manfaat terbesar adalah bahawa kursus ini turut menyokong visi UPSI untuk mempromosikan kelestarian kampus hijau dan mobiliti pintar. Dengan meningkatnya penggunaan kenderaan elektrik di kampus, UPSI dapat mengurangkan jejak karbonnya, seterusnya menyumbang kepada usaha global dalam memerangi perubahan iklim. <\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-2 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"768\" height=\"1020\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Picture5-11.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-25584\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Picture5-11.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Picture5-11-226x300.jpg 226w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Picture5-11-600x797.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 768px) 100vw, 768px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"768\" height=\"1024\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Picture4-17-768x1024.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-25585\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Picture4-17-768x1024.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Picture4-17-225x300.jpg 225w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Picture4-17-600x800.jpg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Picture4-17.jpg 810w\" sizes=\"(max-width: 768px) 100vw, 768px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Dengan adanya kakitangan yang berkemahiran tinggi dalam penyelenggaraan kenderaan elektrik, universiti akan dapat memastikan operasi kenderaan tersebut berjalan lancar dan efisien. Kesimpulannya, kursus ini memberikan peluang kepada peserta untuk mengembangkan kemahiran teknikal mereka. Sebagai contoh, peserta dari FTV dapat memanfaatkan pengetahuan ini untuk meningkatkan kurikulum mereka serta menyediakan pelajar dengan pengetahuan terkini mengenai teknologi kenderaan hijau. Ini akan memperkasa pelajar dalam dunia automotif yang semakin mengutamakan kelestarian dan teknologi hijau. <\/p>\n\n\n\n<p>Kursus ini memberi ruang kepada peserta untuk membincangkan tentang cabaran dan peluang dalam industri automotif yang lebih hijau. Sebagai institusi pendidikan, UPSI berperanan penting dalam menyediakan tenaga kerja yang kompeten untuk menghadapi cabaran masa hadapan, terutama dalam bidang teknologi hijau yang semakin berkembang. <\/p>\n\n\n\n<p>Peserta amat berterima kasih kepada pihak pengurusan UPSI yang sentiasa mendukung inisiatif-inisiatif yang memberi manfaat kepada komuniti universiti dan seterusnya masyarakat sekaligus penghargaan kepada pihak FTV serta UPSI kerana telah menyediakan tajaan dan sokongan penuh untuk menjayakan kursus ini. Tanpa sokongan dan komitmen yang diberikan, program ini tidak mungkin dapat dilaksanakan dengan jayanya. Pihak FTV yang memahami kepentingan teknologi hijau telah memberi peluang kepada kakitangan untuk mempelajari kemahiran yang relevan dengan keperluan industri semasa. <\/p>\n\n\n\n<p>Dengan sokongan yang diterima, peserta yakin kursus ini bukan sahaja memberikan manfaat kepada peserta tetapi juga akan menyumbang kepada pembangunan teknologi hijau di kampus UPSI, menjadikan universiti ini sebagai contoh dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran dan kecekapan dalam bidang kelestarian.<br><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Dr. Azizul Qayyum Basri Kepala Batas, 21 April 2025&#8211; Seramai lapan orang peserta dari Fakulti Teknikal Vokasional (FTV) dan seorang wakil dari Bahagian Pengangkutan, Jabatan Pendaftar, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah berpeluang menghadiri Kursus Teknologi Kenderaan Hybrid dan Elektrik di Kolej Komuniti Kepala Batas, Pulau Pinang. Kursus ini dianjurkan oleh Center Of Advanced [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":7,"featured_media":25581,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[71,151,172,17],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25580"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/7"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=25580"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25580\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":25589,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25580\/revisions\/25589"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/25581"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=25580"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=25580"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=25580"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}