{"id":25663,"date":"2025-05-27T16:26:44","date_gmt":"2025-05-27T08:26:44","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=25663"},"modified":"2025-05-28T08:35:24","modified_gmt":"2025-05-28T00:35:24","slug":"pusat-ict-upsi-siap-mendepani-era-pendigitalan-dr-megat-azrin-galak-kakitangan-teroka-peluang-baharu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2025\/05\/27\/pusat-ict-upsi-siap-mendepani-era-pendigitalan-dr-megat-azrin-galak-kakitangan-teroka-peluang-baharu\/","title":{"rendered":"PUSAT ICT UPSI SIAP MENDEPANI ERA PENDIGITALAN: DR. MEGAT AZRIN GALAK KAKITANGAN TEROKA PELUANG BAHARU"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Maznah Othman<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Tanjong Malim, 27 Mei 2025&nbsp;<\/strong>\u2013 \u201cMaklumat perlu disampaikan secara jelas kepada semua staf supaya agenda dan aspirasi yang dirancang dapat dilaksana dengan berkesan\u201d Itu antara pesanan penting yang ditekankan oleh Ts. Dr. Megat Azrin Ahmad, Ketua Pegawai Digital Pusat Teknologi Maklumat &amp; Komunikasi (Pusat ICT), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), semasa sesi perkongsian Pelan Strategik Pendigitalan Pusat ICT dalam Bengkel Retreat Pusat ICT UPSI 2025 bertempat di MU Hotel, Ipoh, pada 22\u201325 Mei 2025, baru-baru ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau menegaskan bahawa saluran penyampaian maklumat dalam organisasi perlu sentiasa diperkemas agar segala program dan inisiatif penting dapat sampai dengan jelas dan tepat ke semua peringkat warga kerja.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut beliau lagi, komunikasi dua hala yang jelas bukan sekadar menyampaikan arahan, tetapi juga memberi ruang kepada maklum balas, idea, dan kerjasama yang membina.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam suasana bengkel yang santai tetapi sarat dengan pengisian, Ts. Dr. Megat Azrin Ahmad turut menyeru seluruh warga Pusat ICT untuk bersedia menghadapi cabaran era pendigitalan yang bergerak pantas dan sentiasa berubah. Katanya lagi, dalam menghadapi dunia digital masa kini, kakitangan bukan sahaja perlu mahir, malah berani meneroka pengalaman baharu dan bijak mencipta serta memanfaatkan peluang yang ada.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"939\" height=\"704\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/2-42.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-25665\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/2-42.png 939w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/2-42-300x225.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/2-42-768x576.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/2-42-600x450.png 600w\" sizes=\"(max-width: 939px) 100vw, 939px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Ts. Dr. Megat Azrin (berdiri dua dari kiri) bersama warga Pusat ICT dalam sesi santai dan interaktif sempena Retreat Pusat ICT UPSI 2025.<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>\u201cKita tidak boleh lagi hanya mengikut arus, sebaliknya kita mesti bersedia menjadi peneraju\u201d, kata beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSemua pihak perlu berani teroka pengalaman baru, bijak mencari dan menggunakan peluang yang ada. Jangan takut untuk mencuba. Sertai pertandingan idea dan inovasi, baik di dalam mahupun luar negara. Ini bukan sahaja menampilkan identiti Pusat ICT, tetapi sebagai nilai tambah dalam kerjaya,\u201d tambahnya lagi dengan penuh semangat.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Tahniah atas Pencapaian Membanggakan<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Dalam nada penuh penghargaan, Ts. Dr. Megat Azrin Ahmad turut mengambil peluang mengucapkan tahniah kepada kakitangan yang berjaya mencipta kejayaan bagi tahun sebelumnya. Antara pencapaian membanggakan yang diraikan ialah:<\/p>\n\n\n\n<ul>\n<li>Mohammad Firdaus Zainun penerima Anugerah Pegawai Pengurusan Akademik sempena Anugerah Akademia BITARA (AKIRA) 2023 dan Anugerah Kecemerlangan Staf 2024.<\/li>\n\n\n\n<li>Zuraida Mahmood, sebagai Penyelidik Bersama MyRIMS, memenangi Pingat Emas dalam Pertandingan Inovasi INNOZILLA 2024.<\/li>\n\n\n\n<li>Pasukan GeoAttendance, bukan sahaja meraih Anugerah Emas, malah dinobatkan sebagai Johan Kategori Pentadbiran dalam Virtual Innovation Competition Exhibition (VICE 2024).<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<p>Tidak dilupakan juga para penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2024, yang telah menunjukkan komitmen dan semangat kerja luar biasa. Mereka semua menjadi inspirasi dan bukti bahawa kerja keras pasti membuahkan hasil.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"981\" height=\"562\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/3-45.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-25666\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/3-45.png 981w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/3-45-300x172.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/3-45-768x440.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/3-45-600x344.png 600w\" sizes=\"(max-width: 981px) 100vw, 981px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Sesi pembentangan oleh Ts. Dr. Megat Azrin (berdiri tengah) bersama kakitangan Pusat ICT dalam salah satu sesi Retreat Pusat ICT UPSI 2025.<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p><strong>Melangkah Bersama Menuju Masa Depan<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Ts. Dr. Megat Azrin Ahmad turut melahirkan harapan besar agar Pusat ICT akan terus melakar lebih banyak kejayaan, bukan sahaja dalam universiti, tetapi juga di peringkat nasional dan antarabangsa.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya percaya dengan semangat berpasukan, budaya inovasi dan keterbukaan kepada perubahan, kita akan terus bergerak ke hadapan. Dunia digital ini mencabar, \u2013 tapi penuh peluang.\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Bengkel Retreat Pusat ICT 2025 bukan sekadar satu sesi perancangan, tetapi turut menjadi platform penting menyatukan tekad, idea dan aspirasi seluruh warga Pusat ICT untuk melangkah lebih jauh dalam dunia digital yang semakin kompleks, namun penuh potensi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Maznah Othman Tanjong Malim, 27 Mei 2025&nbsp;\u2013 \u201cMaklumat perlu disampaikan secara jelas kepada semua staf supaya agenda dan aspirasi yang dirancang dapat dilaksana dengan berkesan\u201d Itu antara pesanan penting yang ditekankan oleh Ts. Dr. Megat Azrin Ahmad, Ketua Pegawai Digital Pusat Teknologi Maklumat &amp; Komunikasi (Pusat ICT), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), semasa sesi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":25664,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[241],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25663"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=25663"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25663\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":25695,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25663\/revisions\/25695"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/25664"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=25663"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=25663"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=25663"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}