{"id":25853,"date":"2025-06-03T09:52:50","date_gmt":"2025-06-03T01:52:50","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=25853"},"modified":"2025-06-03T09:52:53","modified_gmt":"2025-06-03T01:52:53","slug":"fpe-upsi-anjur-pertandingan-bbm-digital-pupuk-kreativiti-pedagogi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2025\/06\/03\/fpe-upsi-anjur-pertandingan-bbm-digital-pupuk-kreativiti-pedagogi\/","title":{"rendered":"FPE UPSI anjur Pertandingan BBM Digital, pupuk kreativiti pedagogi"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh : Linda Aimuni Mawandi <\/p>\n\n\n\n<p><strong>Tanjong Malim, 20 Mei 2025 \u2013<\/strong> Persatuan Pengurusan dan Ekonomi, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi (PPEFPE), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menganjurkan Pertandingan Inovasi Bahan Bantu Mengajar (BBM) Digital 2025 yang berlangsung dari 1 Mei hingga 20 Mei 2025.<\/p>\n\n\n\n<p>Pertandingan ini telah mendapat penyertaan yang memberangsangkan daripada mahasiswa dan mahasiswi daripada pelbagai Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), serta Institut Pendidikan Guru (IPG) dari seluruh negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Majlis penutupan pertandingan ini telah berlangsung pada 31 Mei 2025 dan dijalankan secara hibrid, iaitu secara bersemuka dan turut disiarkan secara langsung melalui media sosial rasmi PPEFPE. <\/p>\n\n\n\n<p>Majlis ini menandakan berakhirnya sebuah pertandingan inovatif yang bertujuan untuk memupuk kreativiti serta kemahiran pedagogi digital dalam kalangan bakal pendidik, selaras dengan keperluan pendidikan abad ke-21.<\/p>\n\n\n\n<p>Majlis Penutupan Pertandingan Inovasi BBM Digital 2025 telah disempurnakan oleh Dr. Rohieszan Bin Ramdan merangkap wakil juri dan merupakan juri jemputan dalaman bagi pertandingan ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Keberadaan beliau sebagai perasmi dan juri jemputan mencerminkan kepakaran serta komitmen beliau dalam bidang inovasi dan pendidikan digital. <\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"579\" height=\"366\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/2.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-25855\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/2.png 579w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/2-300x190.png 300w\" sizes=\"(max-width: 579px) 100vw, 579px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"729\" height=\"416\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/3.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-25856\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/3.png 729w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/3-300x171.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/3-600x342.png 600w\" sizes=\"(max-width: 729px) 100vw, 729px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Dalam ucapannya, Dr. Rohieszan menekankan kepentingan penerapan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran masa kini, khususnya dalam membangunkan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang lebih interaktif, berkesan dan bersesuaian dengan keperluan generasi digital.<\/p>\n\n\n\n<p>Pertandingan ini telah melahirkan seramai 30 orang pemenang, terdiri daripada 10 penerima Anugerah Emas, 10 penerima Anugerah Perak, dan 10 penerima Anugerah Gangsa. <\/p>\n\n\n\n<p>Antara pemenang tersebut, 9 orang merupakan pelajar dari Institut Pendidikan Guru (IPG), 3 orang dari Universiti Sains Malaysia (USM), dan selebihnya iaitu seramai 18 orang mahasiswa merupakan Anak Kandung Suluh Budiman.<\/p>\n\n\n\n<p>Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Semoga kejayaan ini menjadi pencetus semangat untuk terus melangkah lebih jauh dalam dunia inovasi dan pendidikan pada masa hadapan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh : Linda Aimuni Mawandi Tanjong Malim, 20 Mei 2025 \u2013 Persatuan Pengurusan dan Ekonomi, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi (PPEFPE), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menganjurkan Pertandingan Inovasi Bahan Bantu Mengajar (BBM) Digital 2025 yang berlangsung dari 1 Mei hingga 20 Mei 2025. Pertandingan ini telah mendapat penyertaan yang memberangsangkan daripada mahasiswa dan mahasiswi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":25854,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[79],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25853"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=25853"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25853\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":25857,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25853\/revisions\/25857"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/25854"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=25853"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=25853"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=25853"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}