{"id":25882,"date":"2025-06-03T14:28:49","date_gmt":"2025-06-03T06:28:49","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=25882"},"modified":"2025-06-03T14:29:06","modified_gmt":"2025-06-03T06:29:06","slug":"projek-kongsimakan-raih-emas-terima-pengiktirafan-khas-dalam-eduinnovate-2025","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2025\/06\/03\/projek-kongsimakan-raih-emas-terima-pengiktirafan-khas-dalam-eduinnovate-2025\/","title":{"rendered":"PROJEK \u201cKONGSIMAKAN\u201d RAIH EMAS, TERIMA PENGIKTIRAFAN KHAS DALAM EDU@INNOVATE 2025"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Suzani Mohamad Samuri<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Tanjong Malim, 20 Mei 2025<\/strong> \u2013 Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi (FKMT), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terus mencipta nama di pentas antarabangsa apabila wakil daripada program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian (Perisian Pendidikan) meraih kejayaan cemerlang dalam pertandingan inovasi pendidikan bertaraf antarabangsa, International Education Innovation Competition (Edu@Innovate) 2025.<\/p>\n\n\n\n<p>Pertandingan yang berprestij ini menghimpunkan inovasi terbaik dalam bidang penyelidikan pendidikan oleh para sarjana institusi pengajian tinggi (awam dan swasta), agensi, pemain industri serta pelajar sekolah dari peringkat prasekolah hingga menengah yang melibatkan penyertaan dari dalam dan luar negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Salah satu projek yang menjadi perhatian utama juri ialah \u201cKongsiMakan: Location-Based Food Sharing Mobile Application\u201d yang diketuai oleh Putra Amir Khairi Amir Mohd Zulkifli, bersama ahli kumpulan Raja Nur Aliesa Raja Husain dan Dian Farah Hanie Roslan. <\/p>\n\n\n\n<p>Projek ini bukan sahaja berjaya meraih Gold Award bagi Kategori Institusi Pengajian Tinggi, malah turut menerima Special Award (Commercialization) dengan insentif bernilai RM5,000, sebagai pengiktirafan terhadap potensinya untuk dikomersialkan secara meluas.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"733\" height=\"797\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/2-2.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-25884\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/2-2.png 733w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/2-2-276x300.png 276w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/2-2-600x652.png 600w\" sizes=\"(max-width: 733px) 100vw, 733px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"745\" height=\"727\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/3-2.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-25885\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/3-2.png 745w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/3-2-300x293.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/3-2-600x586.png 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/3-2-24x24.png 24w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/3-2-48x48.png 48w\" sizes=\"(max-width: 745px) 100vw, 745px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>KongsiMakan dibangunkan sebagai solusi digital inovatif untuk mengurangkan pembaziran makanan dengan menggunakan teknologi lokasi bagi menghubungkan komuniti yang ingin berkongsi lebihan makanan secara mudah, selamat dan sistematik. <\/p>\n\n\n\n<p>Objektif utamanya adalah untuk memupuk budaya saling membantu dan menjadikan perkongsian makanan sebagai satu amalan lestari dalam masyarakat moden.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain KongsiMakan, tiga lagi projek daripada kategori yang sama turut meraih Gold Award iaitu:<\/p>\n\n\n\n<ul>\n<li>\u201cLari2Gether\u201d \u2013 Aplikasi mudah alih untuk meningkatkan prestasi larian dan penglibatan komuniti pelari, diketuai oleh Muhammad Nur Iman Bahanuddin bersama Muhammad Danial Jupikil dan Syahmi Akmal Bin Shaharudin.<br><br><\/li>\n\n\n\n<li>\u201cSkillSpark\u201d \u2013 Sistem pengurusan kerja sambilan berasaskan model gig economy, hasil inovasi Luqman Haqim Bin Mekedad, dibantu oleh Nur Farah Adriana Mohamad Isa, dan Khairi Isyraf Khairroul Norsaidi.<br><br><\/li>\n\n\n\n<li>\u201ce-Wudhu\u201d \u2013 Inovasi pembelajaran interaktif bagi membantu kanak-kanak memahami dan mengamalkan wudhu dengan betul, dibangunkan oleh Khir Badriz Muhamad dibantu oleh Rabia\u2019tul Adwiyah Ishak.<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<p>Pencapaian ke empat-empat projek ini merupakan hasil bimbingan rapi daripada penyelia projek, En. Ahmad Nurzid Rosli (Pensyarah Jabatan Sains Komputer dan Teknologi Digital) FKMT, yang memainkan peranan penting dalam memberi panduan teknikal dan strategik sepanjang proses pembangunan sehingga pembentangan.<\/p>\n\n\n\n<p>Lebih membanggakan, penyertaan pelajar ke pertandingan berprestij ini ditaja oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar FKMT, sebagai galakan dan sokongan terhadap penglibatan aktif pelajar dalam pembangunan potensi diri.<\/p>\n\n\n\n<p>Kejayaan berturut-turut yang diraih ini sekaligus mengangkat Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi, UPSI sebagai salah satu pusat kecemerlangan dalam melahirkan individu berkemahiran tinggi, kreatif, dan inovatif. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia turut membuktikan keupayaan UPSI bukan sahaja dalam melahirkan graduan cemerlang dari aspek akademik, malah berdaya saing dalam bidang penyelidikan dan inovasi di peringkat global.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Suzani Mohamad Samuri Tanjong Malim, 20 Mei 2025 \u2013 Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi (FKMT), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terus mencipta nama di pentas antarabangsa apabila wakil daripada program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian (Perisian Pendidikan) meraih kejayaan cemerlang dalam pertandingan inovasi pendidikan bertaraf antarabangsa, International Education Innovation Competition (Edu@Innovate) 2025. Pertandingan yang berprestij [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":25883,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[204,147],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25882"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=25882"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25882\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":25887,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25882\/revisions\/25887"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/25883"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=25882"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=25882"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=25882"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}