{"id":25958,"date":"2025-06-04T18:39:12","date_gmt":"2025-06-04T10:39:12","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=25958"},"modified":"2025-06-04T18:39:14","modified_gmt":"2025-06-04T10:39:14","slug":"upsi-terajui-pemerkasaan-tvet-melalui-pendekatan-lestari-dan-kreatif","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2025\/06\/04\/upsi-terajui-pemerkasaan-tvet-melalui-pendekatan-lestari-dan-kreatif\/","title":{"rendered":"UPSI Terajui Pemerkasaan TVET Melalui Pendekatan Lestari dan Kreatif"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Bazli Razak<\/p>\n\n\n\n<p><strong>TANJUNG MALIM, 4 Jun\u2014<\/strong> Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terus memperkukuh peranannya dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dengan pendekatan yang lebih menyeluruh dan berimpak tinggi selari aspirasi negara untuk membentuk tenaga kerja masa depan yang mampan dan berdaya saing.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengarah Jabatan Strategik UPSI, Profesor Dr. Azmi Mohamed berkata, TVET bukan lagi dianggap sebagai laluan alternatif, sebaliknya menjadi tunjang utama dalam mendepani cabaran ekonomi dan transformasi tenaga kerja negara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTVET kini diterapkan dalam hampir semua fakulti di UPSI merangkumi teknologi kejuruteraan, digital, keusahawanan, perkhidmatan, serta seni dan kreatif.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni menjadikan UPSI antara peneraju institusi pengajian tinggi dalam menyediakan tenaga kerja mahir berpendapatan tinggi,\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Perhimpunan Bulanan UPSI bulan Jun, bertemakan \u2018Seni dan TVET, Pemangkin Masa Depan Lestari\u2019 bertempat di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut beliau, kedudukan strategik UPSI yang terletak berhampiran Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) membuka ruang besar untuk UPSI meneroka bidang Hard-TVET seperti kejuruteraan, robotik, elektronik dan kenderaan generasi baharu.<\/p>\n\n\n\n<p>UPSI juga tampil proaktif terhadap keperluan Digital TVET melalui penubuhan Fakulti Komputeran dan Meta Teknologi yang menumpukan latihan dalam bidang kecerdasan buatan (AI), pengkomputeran awan, keselamatan siber dan Big Data.<\/p>\n\n\n\n<p>Dr. Azmi turut menekankan aspek keusahawanan sebagai komponen penting dalam ekosistem TVET UPSI, yang digerakkan menerusi program start-up serta unit perniagaan fakulti bagi melahirkan graduan berdaya saing dan mampu menjana pendapatan sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p>Kata beliau, bidang perkhidmatan seperti hospitaliti, penjagaan kanak-kanak, kecantikan, sukan dan rekreasi, serta bidang seni seperti muzik dan persembahan juga disepadukan dalam pendekatan TVET UPSI.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cApa sahaja program yang menjurus kepada kebolehpasaran graduan dan penjanaan pendapatan, itu adalah TVET.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cLangkah proaktif seperti penerapan teknologi terkini dalam latihan praktikal serta kerjasama dengan industri dalam bidang AI, EV dan teknologi hijau perlu digiatkan bagi memastikan UPSI terus berada di hadapan dalam arus pembangunan negara,\u201d ujar beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada majlis sama, UPSI turut mengumumkan penubuhan Majlis TVET UPSI, iaitu gabungan fakulti-fakulti yang mempunyai elemen TVET seperti, Fakulti Sains dan Matematik (FSM), Fakulti Teknikal dan Vokasional (FTV), Fakulti Pembangunan Manusia (FPM), Fakulti Komputeran dan Meta Teknologi (META), Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK) serta Fakulti Pengurusan Ekonomi (FPE).<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/Gambar-2-1024x683.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-25960\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/Gambar-2-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/Gambar-2-300x200.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/Gambar-2-768x512.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/Gambar-2-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/Gambar-2-2048x1365.jpg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/Gambar-2-600x400.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Profesor Dr. Azmi Mohamed ketika berucap dalam Perhimpunan Bulanan UPSI bulan Jun, bertemakan \u2018Seni dan TVET, Pemangkin Masa Depan Lestari\u2019 bertempat di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/Gambar-3-1024x683.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-25961\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/Gambar-3-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/Gambar-3-300x200.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/Gambar-3-768x512.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/Gambar-3-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/Gambar-3-2048x1365.jpg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/Gambar-3-600x400.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Profesor Madya Dr. Mohd Azlan Mohammad Hussain ketika menyampaikan ucapan aluan dalam Perhimpunan Bulanan UPSI bulan Jun, bertemakan \u2018Seni dan TVET, Pemangkin Masa Depan Lestari\u2019 bertempat di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Dekan FTV, Profesor Madya Dr. Mohd Azlan Mohammad Hussain berkata, penubuhan majlis ini akan mengukuhkan lagi penyelarasan agenda TVET dalam UPSI melalui kerjasama rentas fakulti.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebagai permulaan, di peringkat UPSI pada hari ini akan diperkenalkan Majlis TVET UPSI, iaitu gabungan daripada fakulti-fakulti bercirikan TVET yang terdiri daripada FTV, FPM, META, FSKIK dan FPE, untuk bersama-sama melaksanakan dan membangunkan agenda TVET,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cHakikatnya, TVET bukan hanya ada di FTV. TVET bukanlah hanya berkaitan bidang teknikal, automotif, kulinari dan pertanian.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cApa sahaja latihan yang bertujuan untuk menyediakan individu ke arah pekerjaan berasaskan kemahiran, itulah TVET danan ruang serta peluang dalam bidang ini terlalulah besar untuk kita sama-sama usahakan.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMelalui gabungan Majlis TVET UPSI ini, daftar pakar dalam pelbagai bidang kemahiran akan dikumpulkan untuk kita sama-sama meneroka peluang pendanaan yang lebih besar bagi tujuan penyelidikan, perundingan dan khidmat masyarakat,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-2 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/Gambar-1-1024x683.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-25962\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/Gambar-1-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/Gambar-1-300x200.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/Gambar-1-768x512.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/Gambar-1-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/Gambar-1-2048x1365.jpg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/Gambar-1-600x400.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Barisan pengurusan tertinggi UPSI bergambar bersama kakitangannya dalam Perhimpunan Bulanan UPSI bulan Jun, bertemakan \u2018Seni dan TVET, Pemangkin Masa Depan Lestari\u2019 bertempat di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/Gambar-5-1024x683.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-25963\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/Gambar-5-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/Gambar-5-300x200.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/Gambar-5-768x512.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/Gambar-5-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/Gambar-5-2048x1365.jpg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/Gambar-5-600x400.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Tuan Mohd Zaidi Aziz ( tiga dari kanan) menyampaikan sijil pelantikan ahli majlis TVET UPSI kepada Profesor Madya Dr. Mohd Azlan Mohammad Hussain sempena Perhimpunan Bulanan UPSI bulan Jun di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Pada majlis sama, UPSI turut melancarkan Sistem i-Promote, satu inisiatif digital yang bertujuan memperkasa pengurusan kenaikan pangkat warga universiti secara lebih cekap, telus dan sistematik.<\/p>\n\n\n\n<p>Hadir sama Ahli Lembaga Pengarah UPSI, Tuan Mohd Zaidi Aziz; Pendaftar UPSI, Helmi Zaifura Abdul Rahman; Timbalan Dekan, Akademik dan Antarabangsa FSKIK UPSI, Dr. Nur Safinas Albakry<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Bazli Razak TANJUNG MALIM, 4 Jun\u2014 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terus memperkukuh peranannya dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dengan pendekatan yang lebih menyeluruh dan berimpak tinggi selari aspirasi negara untuk membentuk tenaga kerja masa depan yang mampan dan berdaya saing. Pengarah Jabatan Strategik UPSI, Profesor Dr. Azmi Mohamed berkata, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":25959,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[172],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25958"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=25958"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25958\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":25964,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/25958\/revisions\/25964"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/25959"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=25958"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=25958"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=25958"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}