{"id":26151,"date":"2025-06-16T09:39:15","date_gmt":"2025-06-16T01:39:15","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=26151"},"modified":"2025-06-16T09:39:17","modified_gmt":"2025-06-16T01:39:17","slug":"program-shine-your-smile-learn-the-right-way-to-brush-meningkatkan-kemahiran-murid-sekolah-rendah-seri-budiman-upsi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2025\/06\/16\/program-shine-your-smile-learn-the-right-way-to-brush-meningkatkan-kemahiran-murid-sekolah-rendah-seri-budiman-upsi\/","title":{"rendered":"PROGRAM \u2018SHINE YOUR SMILE: LEARN THE RIGHT WAY TO BRUSH\u2019 MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID SEKOLAH RENDAH SERI BUDIMAN UPSI"},"content":{"rendered":"\n<p>oleh: Nur Iman Safiah dan Dr Kama Shaffeei<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Tanjong Malim,15 Mei 2025 &#8211; <\/strong>Pada tanggal 15 Mei 2025, telah diadakan program \u2018Shine Your Smile: Learn The Right Way to Brush\u201d iaitu satu program kesihatan gigi yang dilaksanakan oleh Sekolah Rendah Seri Budiman dengan kerjasama Pusat Kesihatan UPSI yang bertempat di Pusat Sumber Sekolah Rendah Seri Budiman. <\/p>\n\n\n\n<p>Program ini adalah merupakan kesinambungan dari program Taklimat Asas Kesihatan Oral yang telah dilaksanakan pada bulan April yang lalu dimana murid-murid diberi pendedahan mengenai kepentingan penjagaan gigi dan gusi serta penggunaan berus gigi yang bersesuaian. <\/p>\n\n\n\n<p>Justeru itu, program ini diadakan sebagai aktiviti demonstrasi kepada murid-murid mengenai kaedah memberus gigi dengan betul dan melatih murid-murid untuk menjaga kesihatan gigi dengan baik. Seramai 59 orang murid terlibat dalam aktiviti ini,terdiri daripada 29 orang murid Tahun 1 dan 28 orang murid Tahun 2.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada jam 12.30 tengahari, kehadiran wakil Pegawai Kesihatan daripada Pusat Kesihatan UPSI, Puan Rasidah Binti Salleh disambut baik oleh warga Sekolah Rendah Seri Budiman khususnya murid-murid Tahun 1 dan Tahun 2 yang teruja untuk melaksanakan aktiviti memberus gigi dan sudah bersiap sedia dengan alatan yang dibawa. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum aktiviti memberus gigi, murid-murid diberi penerangan berkaitan kaedah memberus gigi dengan betul. Penerangan ini disampaikan dalam bentuk yang mudah difahami, bersesuaian dengan tahap umur murid.<\/p>\n\n\n\n<p>Seterusnya, sesi demonstrasi teknik memberus gigi yang betul telah dijalankan. Pegawai Kesihatan menunjukkan cara memegang berus gigi, menggosok gigi bahagian luar dan dalam, serta memastikan setiap permukaan gigi dibersihkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Teknik ini disampaikan secara interaktif dengan melibatkan murid secara langsung. Kemudian murid-murid diarahkan untuk bergerak ke kawasan luar sekolah bagi memulakan aktiviti memberus gigi dan membawa alatan seperti berus gigi,ubat gigi serta cawan masing-masing.<\/p>\n\n\n\n<p>Murid-murid dikehendaki mengisi air di dalam cawan dan bergerak secara dalam barisan\u00a0 ke kawasan saliran terbuka yang bersih dan terkawal. <\/p>\n\n\n\n<p>Aktiviti amali memberus gigi dimulakan dengan pemantauan wakil Pegawai Kesihatan. Guru-guru yang terlibat turut membantu mengawasi serta membimbing murid-murid ketika aktiviti dijalankan bagi memastikan program berjalan dengan lancar.<\/p>\n\n\n\n<p>Wakil Pegawai Kesihatan sekali lagi menunjukkan demonstrasi kepada murid semasa aktiviti amali berlangsung bagi membantu murid-murid memberus dengan betul. Murid-murid memberi perhatian yang sepenuhnya kepada demonstrasi yang ditunjukkan oleh Puan Rasidah dan mengaplikasikannya dengan teliti. <\/p>\n\n\n\n<p>Hanya sebilangan kecil murid, iaitu tujuh orang, yang tidak membawa alatan memberus gigi. Namun begitu, mereka tetap terlibat dalam aktiviti bagi tujuan pemerhatian agar dapat mempelajari teknik memberus gigi yang betul untuk diamalkan di rumah.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"824\" height=\"618\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/1-14.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-26153\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/1-14.png 824w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/1-14-300x225.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/1-14-768x576.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/1-14-600x450.png 600w\" sizes=\"(max-width: 824px) 100vw, 824px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"831\" height=\"600\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/2-13.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-26154\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/2-13.png 831w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/2-13-300x217.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/2-13-768x555.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/2-13-600x433.png 600w\" sizes=\"(max-width: 831px) 100vw, 831px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Setelah selesai aktiviti amali memberus gigi, program diakhiri dengan sesi fotografi murid-murid dan guru-guru Sekolah Rendah Seri Budiman bersama dengan wakil Pegawai Kesihatan UPSI, Puan Rasidah Binti Salleh di pentas tapak perhimpunan sekolah dimana murid-murid turut&nbsp; menyampaikan ucapan terima kasih kepada wakil Pegawai Kesihatan yang telah hadir serta bingkisan video ringkas turut dirakamkan sebagai tanda kenangan.<\/p>\n\n\n\n<p>Dengan berakhirnya program ini, diharapkan dapat memupuk kesedaran awal dalam kalangan murid tentang kepentingan menjaga kebersihan mulut melalui amalan memberus gigi dengan betul dan dijadikan amalan harian secara berterusan. <\/p>\n\n\n\n<p>Sekali lagi, jutaan terima kasih diucapkan kepada wakil Pegawai Kesihatan UPSI, Puan Rasidah Binti Salleh atas kesudian meluangkan masa hadir serta berkongsi ilmu dan kepakaran sepanjang program kesihatan gigi dijalankan. Sekalung tahniah kepada murid-murid yang terlibat dalam menjayakan program ini dan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada semua guru-guru yang sudi memberikan kerjasama sepanjang program ini berlangsung.\u00a0<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>oleh: Nur Iman Safiah dan Dr Kama Shaffeei Tanjong Malim,15 Mei 2025 &#8211; Pada tanggal 15 Mei 2025, telah diadakan program \u2018Shine Your Smile: Learn The Right Way to Brush\u201d iaitu satu program kesihatan gigi yang dilaksanakan oleh Sekolah Rendah Seri Budiman dengan kerjasama Pusat Kesihatan UPSI yang bertempat di Pusat Sumber Sekolah Rendah Seri [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":26152,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[240],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26151"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=26151"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26151\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":26155,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26151\/revisions\/26155"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/26152"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=26151"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=26151"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=26151"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}