{"id":26177,"date":"2025-06-16T15:45:26","date_gmt":"2025-06-16T07:45:26","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=26177"},"modified":"2025-06-16T15:45:28","modified_gmt":"2025-06-16T07:45:28","slug":"bengkel-keibubapaan-tadika-kemas-perlimen-tanjong-piai-memperkasa-peranan-ibu-bapa-dalam-pendidikan-awal-kanak-kanak","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2025\/06\/16\/bengkel-keibubapaan-tadika-kemas-perlimen-tanjong-piai-memperkasa-peranan-ibu-bapa-dalam-pendidikan-awal-kanak-kanak\/","title":{"rendered":"Bengkel Keibubapaan TADIKA KEMAS Perlimen Tanjong Piai: Memperkasa Peranan Ibu Bapa dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Dr. Jamilah Mohd Basir<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Pekan Nanas &#8211; <\/strong>Pendidikan awal merupakan platform utama terhadap perkembangan kognitif, fizikal, emosi, dan sosial. Satu bengkel keibubapaan telah dianjurkan oleh TADIKA KEMAS Parlimen pada 15 Jun 2025 bertempat di dewan terbuka SJK (C) Yu Ming 1, Pekan Nanas Pontian Johor. <\/p>\n\n\n\n<p>YB Tan Eng Meng (ADUN Daerah Pontian) telah merasmikan bengkel ini bersempena dengan Programl Jelajah Orang Johor (JOJ) Pekan Nanas.<\/p>\n\n\n\n<p>Bengkel ini memberi tumpuan kepada tajuk \u201cPendidikan Awal dan Pembelajaran Masa Kini\u201d dan telah disampaikan oleh Dr. Jamilah Mohd Basir, Pensyarah Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Fakulti Pembangunan Manusia, UPSI. <\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"770\" height=\"1024\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/2-15-770x1024.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-26179\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/2-15-770x1024.png 770w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/2-15-226x300.png 226w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/2-15-768x1022.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/2-15-600x798.png 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/2-15.png 902w\" sizes=\"(max-width: 770px) 100vw, 770px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Objektif bengkel yang dianjurkan adalah untuk memberikan pengetahuan dan meningkatkan kesedaran ibu bapa terhadap kepentingan pendidikan awal serta peranan mereka dalam menyokong pembelajaran anak-anak. Tempoh keemeasan yang sangat signifikan dalam membina asas kejayaan akademik dan sosial pada masa hadapan adalah antara 0 hingga 6 tahun. <\/p>\n\n\n\n<p>Justeru, Dr. Jamilah telah mengetengahkan pelbagai peranan ibu bapa atau penjaga termasuklah peranan ibu bapa dalam memahami perkembangan anak, menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif di rumah, serta memberikan sokongan emosi yang berterusan. <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau juga menekankan bahawa ibu bapa adalah \u201cpendidik pertama\u201d kepada anak-anak, dan perlu menjadi teladan dalam kehidupan seharian anak-anak.<\/p>\n\n\n\n<p>Bengkel ini turut memperlihatkan kepelbagaian aktiviti sokongan yang boleh dilakukan di rumah seperti membaca bersama anak, bermain permainan pendidikan, serta melakukan aktiviti motor halus dan kasar. <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam era digital kini, isu kawalan skrin dan pemilihan aplikasi yang sesuai turut dibincangkan agar ibu bapa dapat membimbing penggunaan teknologi secara bijaksana. <\/p>\n\n\n\n<p>Hubungan erat antara ibu bapa dengan guru turut ditekankan sebagai aspek penting dalam menyokong perkembangan anak-anak. <\/p>\n\n\n\n<p>Ibu bapa digalakkan menyertai program-program anjuran TADIKA, memberikan sumbangan sama ada dari segi tenaga, kewangan atau kepakaran, dan menghormati peranan guru sebagai pendidik profesional.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"902\" height=\"675\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/3-15.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-26180\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/3-15.png 902w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/3-15-300x225.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/3-15-768x575.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/3-15-600x449.png 600w\" sizes=\"(max-width: 902px) 100vw, 902px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Sebagai penutup, Dr. Jamilah mengingatkan bahawa pendidikan ialah satu bentuk pelaburan jangka panjang kepada anak-anak. <\/p>\n\n\n\n<p>Bengkel ini membuktikan bahawa dengan pendekatan yang inklusif dan berfokus kepada kerjasama, pendidikan awal boleh dijadikan platform perubahan sosial yang bermakna. UPSI sebagai universiti pendidikan unggul akan terus memainkan peranan dalam memperkasakan ibu bapa dan komuniti melalui pendidikan berasaskan ilmu dan nilai.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Dr. Jamilah Mohd Basir Pekan Nanas &#8211; Pendidikan awal merupakan platform utama terhadap perkembangan kognitif, fizikal, emosi, dan sosial. Satu bengkel keibubapaan telah dianjurkan oleh TADIKA KEMAS Parlimen pada 15 Jun 2025 bertempat di dewan terbuka SJK (C) Yu Ming 1, Pekan Nanas Pontian Johor. YB Tan Eng Meng (ADUN Daerah Pontian) telah merasmikan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":26178,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[112],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26177"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=26177"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26177\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":26181,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26177\/revisions\/26181"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/26178"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=26177"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=26177"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=26177"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}