{"id":26194,"date":"2025-06-17T09:00:15","date_gmt":"2025-06-17T01:00:15","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=26194"},"modified":"2025-06-17T12:05:59","modified_gmt":"2025-06-17T04:05:59","slug":"sciensationbio-upsi-sensasi-pembelajaran-stem-di-luar-bilik-darjah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2025\/06\/17\/sciensationbio-upsi-sensasi-pembelajaran-stem-di-luar-bilik-darjah\/","title":{"rendered":"SCIENSATIONBio @ UPSI: SENSASI PEMBELAJARAN STEM DI LUAR BILIK DARJAH"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: ChM Dr Siti Munirah Sidik, Profesor Madya Dr Shakinaz Desa dan ChM. Dr. Mohamad Saufi Rosmi<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Tanjong Malim, Perak, 6 Jun 2025<\/strong> \u2013 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Malaysian BioEconomy Development Sdn. Bhd. (Bioeconomy Corporation) telah melaksanakan program <em>SciensationBIO: Nurturing 100 Young Scientists <\/em>bermula Oktober 2024 sehingga Februari 2025.&nbsp; <\/p>\n\n\n\n<p>Program ini merupakan aspirasi YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk melibatkan 100 saintis dalam negara di dalam program <em>STI 100 on the Power of Three<\/em> (STI100<sup>3<\/sup>) bagi menyemarakkan serta mempergiatkan aktiviti pembudayaan sains, teknologi dan inovasi dalam kalangan masyarakat khususnya golongan pelajar dan belia melalui aktiviti pembelajaran secara bukan formal serta luar bilik darjah. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini bertujuan menarik minat pelajar bukan hanya di kawasan bandar, bahkan meliputi institusi pendidikan di kampung dan pinggir bandar.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"941\" height=\"514\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/2-17.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-26197\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/2-17.png 941w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/2-17-300x164.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/2-17-768x420.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/2-17-600x328.png 600w\" sizes=\"(max-width: 941px) 100vw, 941px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><em>Peserta menyediakan bahan campuran bagi penghasilan EM Mudball<\/em><\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"941\" height=\"516\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/3-17.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-26198\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/3-17.png 941w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/3-17-300x165.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/3-17-768x421.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/3-17-600x329.png 600w\" sizes=\"(max-width: 941px) 100vw, 941px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><em>Proses mengekstrak pati dari sisa pertanian untuk penyediaan bio-plastik.<\/em><\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"941\" height=\"533\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/4-10.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-26199\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/4-10.png 941w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/4-10-300x170.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/4-10-768x435.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/4-10-600x340.png 600w\" sizes=\"(max-width: 941px) 100vw, 941px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><em>Peserta menyediakan pewarna lukisan daripada bahan alami yang mempunyai perbezaan nilai keasidan.<\/em><\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Seramai 10 orang saintis daripada Fakulti Sains dan Matematik, UPSI yang terdiri daripada pelbagai bidang kepakaran telah terpilih sebagai perintis bagi menjayakan kitaran 1 program ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Program ini melibatkan penyertaan 10 buah sekolah menengah terpilih dari sekitar negeri Perak dan Selangor bagi 3 fasa aktiviti dalam tempoh tersebut. Kemuncak program telah berlangsung dalam fasa kedua dengan melibatkan 100 orang pelajar dan 20 orang guru pengiring pada 18-19 Disember 2024 bertempat di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). <\/p>\n\n\n\n<p>Enam modul aktiviti yang bertemakan sensasi sains dalam bidang STEM seperti <em>EM Mudball<\/em>, <em>Waste-Novation<\/em>, <em>pH Painting<\/em>, <em>DIY Telescope<\/em>, <em>Forest Lab<\/em> dan <em>Tiktok Challege: I\u2019m the Future Scientists<\/em> telah berjaya dilaksanakan dalam tempoh 2 hari 1 malam tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>Pelaksanaan program ini dilihat sebagai langkah positif dalam meningkatkan minat pelajar terhadap bidang STEM, memperkenalkan budaya inovasi dan teknologi terkini dalam bidang pendidikan STEM serta mempersiapkan mereka dengan kemahiran yang relevan bagi masa depan. <\/p>\n\n\n\n<p>Rata-rata peserta telah menunjukkan keterujaan dan memberikan penglibatan yang sangat aktif terhadap modul yang telah dilaksanakan. <\/p>\n\n\n\n<p>Menurut salah seorang peserta, \u201cSaya berasa sangat seronok menjalankan semua aktiviti di dalam makmal, di tepi kolam dan pusat kaji cuaca. Saya juga belajar bagaimana merawat ekosistem perairan dengan menggunakan <em>mudball<\/em>.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Melalui modul <em>Waste-Novation<\/em> yang membawa tema <em>Waste-to-Wealth, <\/em>para perserta telah mendapat pendedahan dan pengalaman untuk menghasilkan bio-plastik dan kertas-deko menggunakan bahan sisa pertanian seperti daun nanas dan serai. <\/p>\n\n\n\n<p>Muhammad Ammar Ramadhan Bin Sazali, pelajar Tingkatan 3 dari SMK Seri Perak, Teluk Intan berkata, \u201cSaya berasa teruja dengan program ini dan saya ingin menjadi seorang saintis suatu hari nanti\u201d.<\/p>\n\n\n\n<p>Pelajar juga didedahkan dengan aktiviti <em>pH painting,<\/em> yang menerapkan unsur seni lukisan menggunakan bahan alami seperti kubis ungu, lemon dan ubat gigi. Selain itu, melalui modul <em>DIY Telescope<\/em> pelajar dibimbing untuk membina sendiri mini model teleskop, mempelajari fungsi teleskop dan diberi peluang untuk meneroka galaksi dengan lebih terperinci menggunakan alat <em>Virtual Reality (VR)<\/em>.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-2 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"941\" height=\"466\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/5-7.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-26200\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/5-7.png 941w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/5-7-300x149.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/5-7-768x380.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/5-7-600x297.png 600w\" sizes=\"(max-width: 941px) 100vw, 941px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><em>Fasilitator memberikan panduan kepada peserta dalam melengkapkan aktiviti di lapangan.<\/em><\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"941\" height=\"468\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/6-6.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-26201\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/6-6.png 941w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/6-6-300x149.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/6-6-768x382.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/6-6-600x298.png 600w\" sizes=\"(max-width: 941px) 100vw, 941px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><em>Sesi perkongsian daripada wakil pihak Bioeconomy Corporation bersama guru pengiring.<\/em><\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"885\" height=\"506\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/7-5.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-26202\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/7-5.png 885w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/7-5-300x172.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/7-5-768x439.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/7-5-600x343.png 600w\" sizes=\"(max-width: 885px) 100vw, 885px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><em>Profesor Ts. Dr. Suriani Abu Bakar, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPSI bersama barisan rakan strategik, saintis, dan peserta program dalam Majlis Penutup program SciensationBIO: Nurturing 100 Young Scientists<\/em><\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Tidak terhad di makmal, pelajar juga didedahkan dengan pengalaman mengenalpasti fisiologi tumbuhan melalui kerja lapangan dan menghasilkan kandungan pembelajaran menggunakan aplikasi media terkini seperti TikTok. Guru pengiring turut bersetuju dengan program seumpama ini yang mendedahkan konsep STEM dalam kehidupan seharian. Proses pemindahan ilmu yang berlaku berjaya memupuk minat dan menambahkan pengetahuan pelajar, sekaligus dilihat dapat menjadikan mereka sebagai duta saintis kecil di sekolah masing-masing.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Profesor Ts. Dr. Suriani Abu Bakar, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPSI dalam ucapan perasmiannya, \u201cSaya mengharapkan melalui program ini, ke semua pelajar terbuka minda, menyukai ilmu sains dan menanam cita-cita untuk menjadi saintis. <\/p>\n\n\n\n<p>Ilmu sains ini tidak terhad dalam pembelajaran sahaja, namun perlu dibangunkan secara holistik, termasuk komunikasi berkesan.\u201d <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau juga dengan penuh motivasi telah berkongsi penyelidikan terkini beliau dalam penyelidikan membran berasaskan grafin yang telah mendapat pengiktirafan dan kerjasama daripada pihak industri untuk dikomersilkan, sebagai suntikan semangat dan inspirasi kepada semua pelajar.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu, di dalam satu sesi perkongsian bersama guru pengiring, wakil daripada pihak Bioeconomy Corporation juga telah berkongsi mengenai laluan kerjaya dan program-program berkaitan bidang bioteknologi yang diuruskan oleh pihak mereka, memberi input tentang kemahiran yang diperlukan oleh tenaga kerja masa depan, termasuk kemahiran teknikal yang lebih spesifik.<\/p>\n\n\n\n<p>En Fadzrin Azwar bin Abdul Aziz, Naib Presiden Bahagian Usahasama Strategik, Bioeconomy Corporation menyatakan, \u201ckerjasama strategik daripada pihak industri, pakar dan pihak sekolah dapat mengurangkan jurang antara pendidikan tinggi dan keperluan pasaran kerja, terutama dalam sektor STEM yang berkembang pesat. <\/p>\n\n\n\n<p>Apabila institusi pendidikan memahami keperluan sebenar industri, mereka dapat menyesuaikan program pendidikan untuk menyediakan modal insan yang lebih berpotensi tinggi dalam bidang STEM seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara\u201d.<\/p>\n\n\n\n<p>Program <em>SciensationBIO: Nurturing 100 Young Scientists<\/em> telah membuktikan potensinya dalam melahirkan pelajar yang lebih berminat dan bermotivasi dalam bidang STEM. <\/p>\n\n\n\n<p>Berdasarkan maklumbalas soal selidik ke atas peserta dan temubual guru pengiring yang telah dijalankan dalam fasa 3 program, terdapat peningkatan yang signifikan dalam tiga konstruk utama, termasuklah konsep kendiri dalam Sains, keseronokan terhadap Sains dan motivasi dalam Sains. <\/p>\n\n\n\n<p>Pelajar semakin yakin dengan kemampuan mereka dalam memahami dan mengaplikasikan ilmu Sains, disamping berasa seronok dan lebih terdorong untuk meneroka ilmu Sains. <\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, penglibatan 40 orang Majlis Mahasiswa Kolej (MMK) Kolej Ungku Omar selaku jawatankuasa pelaksana dan 40 orang mahasiswa dari Fakulti Sains dan Matematik sebagai fasilitator nyata memberikan pengalaman berharga kepada mereka dalam pengurusan program berimpak tinggi dan kaedah pemindahan ilmu secara santai dan bermakna.<\/p>\n\n\n\n<p>Dengan sokongan dan komitmen kerajaan, inisiatif seperti ini dapat diperluaskan ke seluruh negara bagi menyokong agenda pembangunan bakat tempatan, khususnya dalam bidang bioteknologi. <\/p>\n\n\n\n<p>Usaha sebegini bukan sahaja mampu meningkatkan minat pelajar terhadap STEM, malah dapat membentuk generasi saintis yang berperanan penting dalam memacu kemajuan negara menuju era teknologi masa hadapan. <\/p>\n\n\n\n<p>Agenda ini adalah bertepatan dengan aspirasi UPSI yang sentiasa optimis dalam menerajui kebitaraan dalam pendidikan, membina generasi unggul masa hadapan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: ChM Dr Siti Munirah Sidik, Profesor Madya Dr Shakinaz Desa dan ChM. Dr. Mohamad Saufi Rosmi Tanjong Malim, Perak, 6 Jun 2025 \u2013 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Malaysian BioEconomy Development Sdn. Bhd. (Bioeconomy Corporation) telah melaksanakan program SciensationBIO: Nurturing 100 Young Scientists bermula Oktober 2024 sehingga Februari 2025.&nbsp; Program ini merupakan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":26195,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[121],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26194"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=26194"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26194\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":26278,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26194\/revisions\/26278"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/26195"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=26194"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=26194"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=26194"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}