{"id":26265,"date":"2025-06-17T11:22:21","date_gmt":"2025-06-17T03:22:21","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=26265"},"modified":"2025-06-17T11:22:23","modified_gmt":"2025-06-17T03:22:23","slug":"jungle-pop-up-explorers-kembali-lagi-edisi-kedua-pergeo-semarakkan-kecintaan-si-cilik-terhadap-alam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2025\/06\/17\/jungle-pop-up-explorers-kembali-lagi-edisi-kedua-pergeo-semarakkan-kecintaan-si-cilik-terhadap-alam\/","title":{"rendered":"&#8216;Jungle Pop-Up Explorers&#8217; Kembali Lagi! Edisi Kedua PERGEO Semarakkan Kecintaan Si Cilik terhadap Alam"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Muhammad Syafiq Razali<\/p>\n\n\n\n<p><strong>TANJONG MALIM, 11 Jun 2025 \u2013 <\/strong>Keseronokan dan gelak tawa jelas terpancar di wajah kanak-kanak Tadika Bitara UPSI apabila mereka diberi peluang menyertai program \u201cJungle Pop-Up Explorers\u201d, anjuran Persatuan Geografi UPSI (PERGEO) yang kini memasuki edisi kali kedua. Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif pendidikan alam sekitar awal kanak-kanak yang digerakkan berasaskan aspirasi Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC).<\/p>\n\n\n\n<p>Program kali ini telah melibatkan seramai 11 orang murid prasekolah Tadika Bitara UPSI, dengan bimbingan dan penglibatan aktif daripada 6 orang pelajar Kursus Latihan Ikhtisas (KLIK) UPSI yang sedang menjalani latihan praktikum di bawah seliaan NCDRC. Sepanjang program berlangsung, peserta kecil ini turut dipantau oleh guru berpengalaman, iaitu Nur Azura Yusofe, yang memastikan keselamatan serta kelancaran aktiviti sentiasa terjaga.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengangkat tema \u201cEksplorasi Alam Liar Malaysia\u201d, pelbagai aktiviti menarik dilaksanakan berteraskan prinsip learning through play, termasuk penggunaan buku pop-up interaktif yang direka khas oleh pelajar Geografi UPSI. Buku ini bukan sahaja menyampaikan maklumat, malah menghidupkan pengalaman pembelajaran melalui ilustrasi timbul, audio naratif, dan elemen visual interaktif. <\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"616\" height=\"346\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/EPENA-PERGEO-NCDRC-2c.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-26266\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/EPENA-PERGEO-NCDRC-2c.jpeg 616w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/EPENA-PERGEO-NCDRC-2c-300x169.jpeg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/EPENA-PERGEO-NCDRC-2c-600x337.jpeg 600w\" sizes=\"(max-width: 616px) 100vw, 616px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"614\" height=\"345\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/EPENA-PERGEO-NCDRC-2d.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-26267\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/EPENA-PERGEO-NCDRC-2d.jpeg 614w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/EPENA-PERGEO-NCDRC-2d-300x169.jpeg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/EPENA-PERGEO-NCDRC-2d-600x337.jpeg 600w\" sizes=\"(max-width: 614px) 100vw, 614px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Yang paling mengujakan, program ini turut memperkenalkan penggunaan teknologi pendidikan moden seperti hologram haiwan, kad imbas 4D, permainan padanan haiwan dan rantaian makanan, serta realiti maya (VR) memberikan peluang kepada murid-murid \u201cmenjelajah hutan\u201d secara maya dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan penuh rangsangan. Gabungan elemen fizikal dan digital ini terbukti mampu membina kefahaman yang lebih mendalam tentang ekosistem dan hidupan liar Malaysia. <\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-2 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"598\" height=\"398\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/EPENA-PERGEO-NCDRC-2f.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-26268\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/EPENA-PERGEO-NCDRC-2f.jpeg 598w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/EPENA-PERGEO-NCDRC-2f-300x200.jpeg 300w\" sizes=\"(max-width: 598px) 100vw, 598px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"585\" height=\"390\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/EPENA-PERGEO-NCDRC-2e.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-26269\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/EPENA-PERGEO-NCDRC-2e.jpeg 585w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/EPENA-PERGEO-NCDRC-2e-300x200.jpeg 300w\" sizes=\"(max-width: 585px) 100vw, 585px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Menurut penyelaras program, penganjuran kali kedua ini merupakan kesinambungan kepada kejayaan fasa pertama yang lalu. \u201cKami melihat potensi besar dalam membina kesedaran alam sekitar sejak usia kecil. Dengan pendekatan interaktif dan berpaksikan teknologi, kanak-kanak lebih mudah menyerap konsep-konsep geografi dan pemuliharaan dalam suasana ceria dan kreatif,\u201d ujarnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Tambah beliau lagi, penglibatan pelajar KLIK membuka ruang kepada mereka untuk mempraktikkan kemahiran pedagogi sebenar dalam konteks dunia pendidikan awal. \u201cIa menjadi platform latihan lapangan yang amat berharga, bukan sahaja untuk menyampaikan ilmu, tetapi juga membina keyakinan, empati dan kreativiti dalam mendidik anak kecil,\u201d katanya lagi. <\/p>\n\n\n\n<p>pengurusan Tadika Bitara UPSI, khususnya guru pemantau Nur Azura, turut menyambut baik penganjuran program ini. Beliau menyifatkan pendekatan interaktif dan luar bilik darjah ini sebagai pelengkap kepada kurikulum sedia ada. \u201cProgram seperti ini amat bagus kerana murid belajar melalui pengalaman dan interaksi secara langsung, bukan hanya melalui buku. Mereka menjadi lebih aktif, berani mencuba dan lebih mudah memahami isi pelajaran,\u201d jelasnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Melihat kepada sambutan yang menggalakkan dan impak positif terhadap murid, PERGEO menyasarkan untuk meluaskan pelaksanaan program Jungle Pop-Up Explorers ke lebih banyak prasekolah dan tadika di sekitar Tanjong Malim dan kawasan luar kampus UPSI. Inisiatif ini diharap dapat menjadi model inovasi pendidikan awal kanak-kanak yang berimpak tinggi dengan menggabungkan unsur teknologi, alam sekitar dan pedagogi inklusif dalam satu pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Muhammad Syafiq Razali TANJONG MALIM, 11 Jun 2025 \u2013 Keseronokan dan gelak tawa jelas terpancar di wajah kanak-kanak Tadika Bitara UPSI apabila mereka diberi peluang menyertai program \u201cJungle Pop-Up Explorers\u201d, anjuran Persatuan Geografi UPSI (PERGEO) yang kini memasuki edisi kali kedua. Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif pendidikan alam sekitar awal kanak-kanak yang digerakkan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":7,"featured_media":26270,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[71,166,102,219],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26265"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/7"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=26265"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26265\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":26271,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26265\/revisions\/26271"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/26270"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=26265"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=26265"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=26265"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}