{"id":26363,"date":"2025-06-18T16:50:27","date_gmt":"2025-06-18T08:50:27","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=26363"},"modified":"2025-06-18T16:50:28","modified_gmt":"2025-06-18T08:50:28","slug":"fluent-first-steps-ffs-platform-pembelajaran-bahasa-bagi-pelajar-antarabangsa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2025\/06\/18\/fluent-first-steps-ffs-platform-pembelajaran-bahasa-bagi-pelajar-antarabangsa\/","title":{"rendered":"FLUENT FIRST STEPS (FFS) : PLATFORM PEMBELAJARAN BAHASA BAGI PELAJAR ANTARABANGSA"},"content":{"rendered":"\n<p>OLEH : CHONG SOON PHIN<\/p>\n\n\n\n<p><strong>TANJONG MALIM, 3 MEI 2025 &#8211;<\/strong> Pelaksanaan program dan bengkel bahasa khususnya Bahasa Melayu kepada pelajar antarabangsa merupakan inisiatif yang wajar dilaksanakan oleh institusi pendidikan kini dalam menghapuskan isu jurang bahasa antara pelajar antarabangsa dan masyarakat tempatan.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Majlis Mahasiswa Kolej Antarabangsa (MMKA) Sidang 2024\/2025 telah mengadakan program kedua mereka di Bilik Seminar, Pusat Pelajar, Kampus Sultan Azlan Shah iaitu Program <em>Fluent First Steps <\/em>(FFS) yang julung kalinya diadakan pada 03 Mei 2025. <\/p>\n\n\n\n<p>Program ini telah melibatkan penyertaan pelajar Kolej Antarabangsa dan pelajar tempatan yang bertujuan untuk memperkenalkan asas Bahasa Melayu kepada pelajar-pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris, khususnya pelajar antarabangsa.<\/p>\n\n\n\n<p>Program tersebut dimulakan dengan pendaftaran peserta yang terdiri daripada pelajar antarabangsa. Kemudian, program diteruskan lagi dengan ucapan aluan oleh pengacara bagi meraikan kehadiran pensyarah jemputan yang menjadi penceramah program iaitu Puan Diana Jumaidi pada pagi itu.\u00a0\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Semasa slot Puan Diana berlangsung, pelajar-pelajar antarabangsa yang berasal daripada China menunjukkan tahap motivasi yang tinggi sepanjang sesi berlangsung. <\/p>\n\n\n\n<p>Puan Diana menggunakan pendekatan berpusatkan pelajar dengan menggalakkan penglibatan aktif melalui soal jawab ringkas, latihan sebutan dan permainan bahasa yang ringkas bersama-sama peserta program. <\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"768\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/GAMBAR-1-1-1024x768.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-26367\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/GAMBAR-1-1-1024x768.jpeg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/GAMBAR-1-1-300x225.jpeg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/GAMBAR-1-1-768x576.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/GAMBAR-1-1-1536x1152.jpeg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/GAMBAR-1-1-2048x1536.jpeg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/GAMBAR-1-1-600x450.jpeg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Sesi pengajaran oleh penceramah jemputan, Puan Diana<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"768\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/GAMBAR-2-2-1024x768.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-26368\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/GAMBAR-2-2-1024x768.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/GAMBAR-2-2-300x225.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/GAMBAR-2-2-768x576.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/GAMBAR-2-2-1536x1152.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/GAMBAR-2-2-2048x1536.jpg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/GAMBAR-2-2-600x450.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Penerangan tentang asas Bahasa Melayu oleh penceramah jemputan<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"768\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/GAMBAR-3-2-1024x768.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-26369\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/GAMBAR-3-2-1024x768.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/GAMBAR-3-2-300x225.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/GAMBAR-3-2-768x576.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/GAMBAR-3-2-1536x1152.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/GAMBAR-3-2-2048x1536.jpg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/GAMBAR-3-2-600x450.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Pelajar antarabangsa belajar menyebut ayat mudah dalam Bahasa Melayu<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Para peserta dilihat berusaha menyebut setiap frasa yang diajarkan dengan teliti dan aktif mengambil bahagian dalam menjawab soalan.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Mereka menjadi lebih semangat dan bermotivasi apabila pelajar tempatan dan sukarelawan program membantu mereka dalam penggunaan tatabahasa dan sebutan yang betul. <\/p>\n\n\n\n<p>Interaksi antara pelajar tempatan dan antarabangsa ini berlaku secara semula jadi dan harmoni yang menunjukkan bahawa program ini bukan sahaja membantu pelajar antarabangsa menguasai asas Bahasa Melayu malah membangkitkan semangat kerjasama serta keterbukaan budaya dalam kalangan komuniti kampus. <\/p>\n\n\n\n<p>Pelajar-pelajar antarabangsa yang berasal daripada China tersebut juga meminta agar bahan mengajar yang digunakan semasa program dikongsikan kepada mereka agar mereka dapat mengulang kaji bahan tersebut yang merupakan bukti kesungguhan mereka hendak belajar Bahasa Melayu. <\/p>\n\n\n\n<p>Setelah slot Puan Diana selesai, sesi penyampaian plak penghargaan kepada beliau daripada pengarah program dilaksanakan sebagai tanda ucapan terima kasih.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>MMKA juga berpeluang untuk beramah mesra dengan pelajar antarabangsa sewaktu sesi makan tengah hari. Dalam slot ini, pelajar telah berinteraksi secara langsung dengan MMKA untuk menyatakan harapan mereka terhadap program-program yang akan dianjurkan pada masa akan datang. <\/p>\n\n\n\n<p>Pelajar juga turut bertanya soalan kepada MMKA dan memberikan cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi memantapkan lagi pelaksanaan program yang akan datang. <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam sesi temu bual tersebut, pelajar antarabangsa berpuas hati dengan program tersebut kerana mereka dapat mempelajari perkataan-perkataan asas Bahasa Melayu yang membolehkan mereka berkomunikasi dengan pelajar tempatan dan memudahkan urusan pembelajaran mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Wong, salah seorang pelajar PhD yang berasal dari China berkongsi pendapat beliau tentang program ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya sangat berpuas hati dengan program ini. Saya sudah lama tercari-cari program yang mengajar asas Bahasa Melayu kerana sukar untuk saya belajar bahasa asing sendiri tanpa bimbingan. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kami juga berharap agar bahasa-bahasa asing lain turut diajarkan dalam program sedemikian seperti Bahasa Inggeris kerana kami juga lemah dalam bahasa tersebut.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Pengetua Kolej Antarabangsa, Encik Zamrus Bin Hashim mengucapkan syabas kepada MMKA atas penganjuran program yang berimpak kepada pelajar-pelajar antarabangsa.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTahniah kepda pengarah program dan kepada semua ahli jawatankuasa serta sukarelawan yang menjayakan program. <\/p>\n\n\n\n<p>Semoga program ini memberi manfaat kepada pelajar antarabangsa agar mereka boleh berkomunikasi dengan mudah dengan orang tempatan. Jadikan program ini sebagai kenangan manis untuk MMKA serta peserta dan peluang untuk mengeratkan hubungan sesama sendiri.\u201d, kata beliau.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan pelaksanaan program ini. Semoga program ini dapat membawa sinergi baru yang dapat menghubungkan pelajar antarabangsa dengan komuniti di UPSI untuk membina sebuah komuniti yang sihat dan berjaya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>OLEH : CHONG SOON PHIN TANJONG MALIM, 3 MEI 2025 &#8211; Pelaksanaan program dan bengkel bahasa khususnya Bahasa Melayu kepada pelajar antarabangsa merupakan inisiatif yang wajar dilaksanakan oleh institusi pendidikan kini dalam menghapuskan isu jurang bahasa antara pelajar antarabangsa dan masyarakat tempatan.\u00a0 Majlis Mahasiswa Kolej Antarabangsa (MMKA) Sidang 2024\/2025 telah mengadakan program kedua mereka di [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":26364,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[96,95,255],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26363"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=26363"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26363\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":26370,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26363\/revisions\/26370"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/26364"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=26363"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=26363"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=26363"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}