{"id":27073,"date":"2025-07-03T11:11:03","date_gmt":"2025-07-03T03:11:03","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=27073"},"modified":"2025-07-03T11:11:05","modified_gmt":"2025-07-03T03:11:05","slug":"karnival-kesihatan-muallim-tingkatkan-kesedaran-dan-akses-kesihatan-komuniti","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2025\/07\/03\/karnival-kesihatan-muallim-tingkatkan-kesedaran-dan-akses-kesihatan-komuniti\/","title":{"rendered":"KARNIVAL KESIHATAN MUALLIM TINGKATKAN KESEDARAN DAN AKSES KESIHATAN KOMUNITI"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Stephany Ayub Liew, Chong Yoke Ming &amp; Mohamad Basri Jamal<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Tanjong Malim, 25 Jun 2025<\/strong> \u2013 Bertempat di Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Program Karnival Kesihatan Muallim anjuran Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK) dengan kerjasama komuniti tempatan telah berlangsung dengan jayanya. Program ini merupakan satu inisiatif holistik yang bertujuan meningkatkan kesedaran kesihatan dalam kalangan warga UPSI dan masyarakat Muallim, serta memperluas akses kepada perkhidmatan saringan kesihatan secara percuma kepada komuniti setempat.<\/p>\n\n\n\n<p>Program bermula seawal jam 8.00 pagi dengan sesi dialog bertajuk \u201cThe Silent Battle: Youth &amp; Mental Health\u201d, menampilkan Ahmad Shazwi Ahmad Shukri, Pegawai Tadbir (Psikologi), Pusat Kaunseling UPSI, sebagai panel jemputan, dan dimoderatorkan oleh Nur Alia Zahirah Hamzah Tai. Sesi ini membuka ruang wacana yang bermakna berkenaan cabaran kesihatan mental dalam kalangan belia.<\/p>\n\n\n\n<p>Majlis perasmian Karnival Kesihatan Muallim bermula tepat jam 10.00 pagi dengan ucapan aluan oleh Dr. Abu Zarrin Selamat, Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), yang menekankan pentingnya penjagaan kesihatan sebagai tanggungjawab sosial dan peribadi. Perasmian program telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Raja Mohd Azim Raja Haron, Pegawai Kesihatan Daerah Muallim, yang turut menzahirkan sokongan UPSI dalam memperkasakan kesihatan komuniti kampus dan sekitarnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Program diteruskan dengan ceramah bertajuk \u201cSuarakan Realiti: Merungkai Isu LGBTQ dan HIV\/AIDS\u201d yang disampaikan oleh Profesor Dr. Samsul Draman. Beliau mengupas secara berfakta isu gaya hidup sihat, pencegahan penyakit tidak berjangkit khususnya HIV\/AIDS, serta peranan pendidikan dalam membina kesedaran awam.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"352\" height=\"264\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Picture1-1.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-27085\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Picture1-1.png 352w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Picture1-1-300x225.png 300w\" sizes=\"(max-width: 352px) 100vw, 352px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"348\" height=\"261\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Picture2.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-27088\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Picture2.png 348w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Picture2-300x225.png 300w\" sizes=\"(max-width: 348px) 100vw, 348px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Sesi seterusnya menampilkan ceramah interaktif daripada wakil Yakult, selaku penaja program, yang berkongsi tentang kepentingan probiotik dan kesihatan usus, serta memberikan sampel minuman Yakult kepada peserta.<\/p>\n\n\n\n<p>Tepat jam 2.00 petang, berlangsung forum \u201cSemak Santai: Sumber Kesejahteraan Masyarakat\u201d anjuran KESUMA, dengan Dr. Nurzaimah Asalal sebagai moderator. Forum ini menekankan peranan sumber semula jadi, manusia dan pendekatan berimpak tinggi dalam membentuk komuniti yang sejahtera. Peserta turut berpeluang berkongsi pandangan serta bertanya soalan berkaitan isu semasa yang mempengaruhi kualiti hidup masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-2 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"330\" height=\"247\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Picture3.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-27095\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Picture3.png 330w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Picture3-300x225.png 300w\" sizes=\"(max-width: 330px) 100vw, 330px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"340\" height=\"255\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Picture6.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-27099\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Picture6.png 340w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Picture6-300x225.png 300w\" sizes=\"(max-width: 340px) 100vw, 340px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Ceramah seterusnya bertajuk \u201cPertolongan Cemas Asas dan CPR: Ilmu Menyelamatkan Nyawa\u201d disampaikan oleh Muhammad Faiz Maula Kammaruddin, Pegawai Penjaga Latihan Daerah, Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Daerah Muallim. Beliau memberikan pendedahan kepada teknik asas pertolongan cemas dan CPR, serta demonstrasi praktikal bagi meningkatkan kefahaman dan kemahiran peserta dalam menangani situasi kecemasan.<\/p>\n\n\n\n<p>Majlis penutupan rasmi berlangsung pada jam 6.00 petang, dimulakan dengan ucapan penghargaan oleh Dr. Abu Zarrin  kepada semua pihak yang telah berusaha menjayakan karnival. Acara disusuli dengan penyampaian sijil penghargaan kepada para pengarah program sampingan.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"513\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Picture5-1024x513.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-27091\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Picture5-1024x513.png 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Picture5-300x150.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Picture5-768x385.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Picture5-1536x770.png 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Picture5-600x301.png 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Picture5.png 2048w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Program ditutup dengan sesi inspirasi bertajuk \u201cFitrah &amp; Fitness: Wellness by Faith\u201d yang disampaikan oleh Ustaz Mohamed Hanafiah Abd. Malek, personaliti terkenal TV3 dan TV9. Beliau mengupas secara santai namun bermakna tentang hubungan erat antara kesihatan fizikal dan spiritual dalam Islam, serta bagaimana menjaga tubuh badan merupakan satu tuntutan agama.<\/p>\n\n\n\n<p>Pelbagai aktiviti lain turut diadakan sepanjang karnival, antaranya pemeriksaan kesihatan percuma, derma darah, pameran daripada AADK berkaitan bahaya dadah, kaunseling psikologi oleh Unit Gerontologi, serta kios pameran kesihatan daripada pelbagai agensi. Sebahagian besar program berlangsung di kawasan SITC, UPSI, dengan penyertaan aktif pelajar, staf universiti dan penduduk sekitar yang membuktikan sambutan amat menggalakkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Program seperti ini bertepatan dengan matlamat pembangunan mampan (SDG), Program ini menyokong SDG 3\u00a0 (Kesihatan yang baik dan Kesejahteraan), SDG 4 (Pendidikan Berkualiti), dan SDG 17 (Perkongsian untuk Mencapai Matlamat), Ini membuktikan dan mencerminkan usaha UPSI dalam mendekati masyarakat melalui pendidikan dan kesedaran Kesihatan dengan menghubungkan ilmu, amalan kesihatan dan kerjasama pelbagai pihak ke arah kesejahteraan komuniti.<\/p>\n\n\n\n<p>Karnival ini telah dikendalikan dengan jayanya oleh Pengarah Program, Chong Yoke Ming bersama barisan jawatankuasa pelaksana yang terdiri daripada wakil-wakil persatuan di bawah Fakulti Sains Kemanusiaan, iaitu Persatuan Pendidikan Moral (PERMOR), Persatuan Geografi (PERGEO), Persatuan Pengajian Malaysia (PPMAS), Persatuan Mahasiswa Sejarah (PERMAS), Persatuan Pendidikan Islam (PPI) dan Persatuan Tahfiz Qiraat (PTQ). Sinergi antara pelbagai persatuan ini bukan sahaja mencerminkan semangat integrasi dan toleransi, malah memperkukuh nilai kerjasama merentas bidang pengajian demi menjayakan satu matlamat bersama yang berimpak kepada komuniti.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia membuktikan komitmen UPSI dalam mendekati masyarakat melalui pendidikan dan kesedaran kesihatan dengan menghubungkan ilmu, amalan dan kerjasama pelbagai pihak ke arah kesejahteraan komuniti.<\/p>\n\n\n\n<p>Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua individu dan organisasi yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Dengan sokongan padu serta maklum balas positif, Karnival Kesihatan Muallim diharapkan dapat diteruskan sebagai acara tahunan yang lebih besar dan berimpak tinggi demi kesejahteraan semua.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Stephany Ayub Liew, Chong Yoke Ming &amp; Mohamad Basri Jamal Tanjong Malim, 25 Jun 2025 \u2013 Bertempat di Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Program Karnival Kesihatan Muallim anjuran Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK) dengan kerjasama komuniti tempatan telah berlangsung dengan jayanya. Program ini merupakan satu inisiatif holistik yang bertujuan meningkatkan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":7,"featured_media":27082,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[71,166,219,257,253,258,256,237,170],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27073"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/7"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=27073"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27073\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":27101,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27073\/revisions\/27101"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/27082"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=27073"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=27073"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=27073"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}