{"id":27419,"date":"2025-07-11T11:24:25","date_gmt":"2025-07-11T03:24:25","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=27419"},"modified":"2025-07-11T11:24:27","modified_gmt":"2025-07-11T03:24:27","slug":"upsi-perintis-gerakan-advokasi-kesihatan-wanita-di-ipt-noraini","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2025\/07\/11\/upsi-perintis-gerakan-advokasi-kesihatan-wanita-di-ipt-noraini\/","title":{"rendered":"UPSI Perintis Gerakan Advokasi Kesihatan Wanita di IPT \u2013 Noraini"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Bazli Razak<\/p>\n\n\n\n<p><strong>TANJUNG MALIM, 10 Julai \u2013<\/strong> Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) muncul sebagai perintis dalam gerakan advokasi kesihatan dan kebersihan wanita di institusi pengajian tinggi menerusi menganjuran Program Advokasi Kesihatan dan Kebersihan Siswi: Sihat Itu Cantik.<\/p>\n\n\n\n<p>Program tersebut merupakan salah satu slot sempena Minggu Intelektual dan Interaksi Anak Kandung Suluh Budiman bagi pelajar baharu Diploma UPSI ambilan Julai 2025 anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).<\/p>\n\n\n\n<p>Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, kesedaran terhadap kesihatan dan kebersihan diri dalam kalangan siswi IPT perlu dipertingkatkan secara serius bagi melahirkan generasi wanita muda yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah sihat dari segi fizikal dan mental.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMentaliti masyarakat yang mengaitkan kecantikan wanita dengan rupa paras semata-mata perlu diubah. Kecantikan sebenar bermula dengan tubuh yang sihat, kefahaman terhadap tubuh sendiri, serta sikap menghormati dan menyayangi diri secara menyeluruh,\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian ketika merasmikan penutupan program tersebut yang dihadiri lebih 600 orang mahasiswi baharu UPSI di Panggung Percubaan, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI di sini.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut beliau, statistik tahun 2023 menunjukkan hanya 47 peratus wanita muda di IPT mempunyai pengetahuan lengkap mengenai kesihatan reproduktif dan kebersihan diri.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIsu-isu seperti kitaran haid tidak teratur, jangkitan saluran kencing (UTI) dan kekurangan akses terhadap produk kebersihan wanita kerap berlaku dalam diam kerana masih wujud rasa malu dalam kalangan pelajar untuk bertanya atau mendapatkan maklumat.<\/p>\n\n\n\n<p>Dr. Noraini turut mencadangkan agar kelab aktiviti siswi sihat diwujudkan di setiap universiti, di samping penghasilan e-book kesihatan khusus untuk pelajar IPT serta peluasan program advokasi ini ke seluruh negara dengan UPSI menjadi model rujukan utama.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita tidak mahu ada pelajar yang terpaksa ponteng kelas kerana tiada pad, atau lebih membimbangkan, menggunakan alternatif yang tidak selamat. Maka, perlu ada ekosistem sokongan yang lebih tersusun di kampus,\u201d ujar beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Program tersebut turut mendapat kerjasama daripada syarikat tempatan seperti WEINAQ yang memperkenalkan produk kebersihan wanita kepada para pelajar.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Gambar-1-3-1024x683.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-27421\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Gambar-1-3-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Gambar-1-3-300x200.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Gambar-1-3-768x512.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Gambar-1-3-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Gambar-1-3-2048x1365.jpg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Gambar-1-3-600x400.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad ketika berucap merasmikan Program Advokasi Kesihatan dan Kebersihan Siswi: Sihat Itu Cantik di Panggung Percubaan, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI baru-baru ini.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Gambar-3-3-1024x683.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-27422\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Gambar-3-3-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Gambar-3-3-300x200.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Gambar-3-3-768x512.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Gambar-3-3-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Gambar-3-3-2048x1365.jpg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Gambar-3-3-600x400.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Profesor Datuk Dr. Md Amin Md Taff ketika menyampaikan ucapan aluan sempena Program Advokasi Kesihatan dan Kebersihan Siswi: Sihat Itu Cantik di Panggung Percubaan, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI baru-baru.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr. Md Amin Md Taff berkata, tema \u201cSihat Itu Cantik\u201d sangat bertepatan dengan keperluan semasa dalam membina keyakinan dan kesejahteraan pelajar wanita secara menyeluruh.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKesihatan bukan lagi isu peribadi, sebaliknya merupakan teras kepada keyakinan, kejayaan dan keseimbangan hidup. Kecantikan sebenar hadir daripada gaya hidup sihat, kestabilan emosi dan ketahanan mental.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau menegaskan bahawa wanita yang sihat adalah wanita yang berdaya saing, berdaya cipta dan mampu mencipta impak besar kepada pembangunan masyarakat dan negara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cUPSI sentiasa percaya bahawa wanita bukan sekadar pelengkap, malah pemacu utama kepada perubahan. Kita mahu melihat lebih ramai siswi tampil menunjukkan kepimpinan dan kecemerlangan dalam bidang sukan, akademik, inovasi serta seni,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Bazli Razak TANJUNG MALIM, 10 Julai \u2013 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) muncul sebagai perintis dalam gerakan advokasi kesihatan dan kebersihan wanita di institusi pengajian tinggi menerusi menganjuran Program Advokasi Kesihatan dan Kebersihan Siswi: Sihat Itu Cantik. Program tersebut merupakan salah satu slot sempena Minggu Intelektual dan Interaksi Anak Kandung Suluh Budiman bagi pelajar [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":27420,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27419"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=27419"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27419\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":27423,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27419\/revisions\/27423"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/27420"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=27419"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=27419"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=27419"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}