{"id":27488,"date":"2025-07-14T08:16:13","date_gmt":"2025-07-14T00:16:13","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=27488"},"modified":"2025-07-14T08:16:15","modified_gmt":"2025-07-14T00:16:15","slug":"kerajaan-terengganu-iktiraf-misi-kemanusiaan-upsi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2025\/07\/14\/kerajaan-terengganu-iktiraf-misi-kemanusiaan-upsi\/","title":{"rendered":"Kerajaan Terengganu iktiraf misi kemanusiaan UPSI"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Bazli Razak<\/p>\n\n\n\n<p><strong>TANJUNG MALIM, 11 Julai \u2013<\/strong> Kerajaan Negeri Terengganu menyampaikan surat penghargaan kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) atas kerjasama dan keprihatinan luar biasa dalam membantu mangsa nahas kemalangan bas yang melibatkan pelajar universiti itu, baru-baru ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Surat penghargaan tersebut disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri Terengganu, YB Tuan Haji Maliaman Kassim kepada Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr Md Amin Md Taff dalam satu kunjungan rasmi ke kampus UPSI di sini.<\/p>\n\n\n\n<p>Maliaman berkata, penghargaan itu adalah tanda terima kasih Kerajaan Negeri Terengganu atas kecekapan, empati dan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh pihak universiti dalam menguruskan situasi kecemasan membabitkan anak-anak Terengganu yang menuntut di UPSI.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBagi pihak Kerajaan Negeri Terengganu dan seluruh rakyat negeri ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) atas keprihatinan dan kerjasama yang amat bermakna dalam usaha membantu mangsa-mangsa nahas kemalangan bas yang melibatkan para pelajar baru-baru ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut beliau, pendekatan pantas dan penuh empati yang ditunjukkan oleh pihak UPSI termasuk penyediaan bantuan kecemasan, sokongan moral serta pengurusan krisis yang cekap dan teratur telah memberikan impak yang sangat besar bukan sahaja kepada para mangsa, malah turut menyentuh hati keluarga mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cUsaha murni ini amat kami hargai dan mencerminkan semangat solidariti, nilai kemanusiaan, serta tanggungjawab sosial yang tinggi dalam kalangan warga UPSI.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cUsaha tersebut menyerlahkan komitmen UPSI sebagai sebuah institusi yang bukan sahaja menekankan kecemerlangan akademik, tetapi juga keprihatinan terhadap kebajikan pelajarnya,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Prof. Datuk Dr Md Amin Md Taff merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Terengganu atas sokongan moral yang diberikan serta pengiktirafan terhadap usaha universiti dalam menjaga kebajikan pelajar.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebagai universiti pendidik utama negara, UPSI sentiasa mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan pelajar.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSetiap warga UPSI berperanan dalam memastikan pelajar diberi perhatian sewajarnya, terutamanya dalam saat-saat mencabar,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Gambar-2-4-1024x683.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-27490\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Gambar-2-4-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Gambar-2-4-300x200.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Gambar-2-4-768x512.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Gambar-2-4-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Gambar-2-4-2048x1365.jpg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Gambar-2-4-600x400.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Sesi kunjungan rasmi delegasi Kerajaan Negeri Terengganu ke UPSI yang berlangsung di Bilik Mesyuarat, Bangunan Canselori, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Gambar-3--1024x683.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-27491\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Gambar-3--1024x683.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Gambar-3--300x200.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Gambar-3--768x512.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Gambar-3--1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Gambar-3--2048x1365.jpg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Gambar-3--600x400.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Sesi kunjungan rasmi delegasi Kerajaan Negeri Terengganu ke UPSI yang berlangsung di Bilik Mesyuarat, Bangunan Canselori, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Terdahulu, insiden kemalangan bas yang berlaku pada bulan lalu melibatkan beberapa orang pelajar UPSI yang berasal dari Terengganu ketika dalam perjalanan pulang ke kampus selepas cuti Hari Raya AidilAdha.<\/p>\n\n\n\n<p>Tragedi itu telah mengorbankan 15 insan muda harapan bangsa, serta mencederakan 27 lagi pelajar yang kini dalam proses penyembuhan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Bazli Razak TANJUNG MALIM, 11 Julai \u2013 Kerajaan Negeri Terengganu menyampaikan surat penghargaan kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) atas kerjasama dan keprihatinan luar biasa dalam membantu mangsa nahas kemalangan bas yang melibatkan pelajar universiti itu, baru-baru ini. Surat penghargaan tersebut disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":27489,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27488"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=27488"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27488\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":27492,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27488\/revisions\/27492"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/27489"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=27488"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=27488"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=27488"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}