{"id":27493,"date":"2025-07-14T08:19:20","date_gmt":"2025-07-14T00:19:20","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=27493"},"modified":"2025-07-14T08:19:21","modified_gmt":"2025-07-14T00:19:21","slug":"honor-upsi-teroka-kerjasama-bangunkan-teknologi-ai-pendidikan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2025\/07\/14\/honor-upsi-teroka-kerjasama-bangunkan-teknologi-ai-pendidikan\/","title":{"rendered":"HONOR, UPSI Teroka Kerjasama Bangunkan Teknologi AI Pendidikan"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Bazli Razak<\/p>\n\n\n\n<p><strong>TANJUNG MALIM, 11 Julai<\/strong> \u2013 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) meneroka kerjasama strategik bersama HONOR South Pacific dalam usaha memperkukuh pembangunan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) di institusi itu, sejajar dengan aspirasi nasional memperkasa pendidikan tinggi berasaskan teknologi digital.<\/p>\n\n\n\n<p>Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md Amin Md Taff berkata, kolaborasi tersebut memberi potensi yang dapat dimanfaatkan kedua-dua pihak, khususnya dalam mempercepat pembangunan teknologi AI yang menyokong pembelajaran dan penyelidikan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPerbincangan kami memberi tumpuan kepada inisiatif pembangunan teknologi AI secara produktif di UPSI.<\/p>\n\n\n\n<p>Kerjasama strategik ini dijangka membuka peluang kepada pelbagai inisiatif termasuk pembangunan kurikulum AI, pemerkasaan kompetensi digital warga UPSI, pelaksanaan projek penyelidikan bersama serta penerokaan solusi pintar dalam pengurusan kampus.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita melihat AI bukan sekadar sebagai alat, tetapi sebagai ekosistem yang akan mentransformasi cara kita mengajar, belajar dan mengurus institusi pendidikan tinggi secara menyeluruh.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKami yakin, dengan kepakaran dan jaringan teknologi yang dimiliki oleh HONOR, UPSI berpotensi menjadi hab kepada pembangunan penyelidikan AI dalam bidang pendidikan dan kemanusiaan, serta melahirkan graduan yang bersedia untuk cabaran industri masa depan,\u201d ujar beliau.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"941\" height=\"708\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/1-37.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-27495\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/1-37.png 941w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/1-37-300x226.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/1-37-768x578.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/1-37-600x451.png 600w\" sizes=\"(max-width: 941px) 100vw, 941px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Sesi kunjungan rasmi delegasi HONOR South Pacific bersama UPSI yang diadakan di Scholar Suites, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI, baru-baru ini.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"941\" height=\"708\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/2-35.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-27496\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/2-35.png 941w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/2-35-300x226.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/2-35-768x578.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/2-35-600x451.png 600w\" sizes=\"(max-width: 941px) 100vw, 941px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Justin Li ketika menyampaikan ucapan sempena kunjungan hormat delegasi HONOR South Pacific ke UPSI dalam satu majlis yang diadakan Scholar Suites, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Presiden HONOR South Pacific, Justin Li Jeng berkata pihaknya berbesar hati dapat mengadakan perbincangan secara langsung bersama pihak pengurusan UPSI dan menyambut baik potensi kerjasama dalam memperkasakan inovasi teknologi di peringkat pendidikan tinggi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKami melihat UPSI sebagai sebuah universiti yang progresif dan bersedia meneroka bidang baharu dalam teknologi pintar.<\/p>\n\n\n\n<p>Justin turut menzahirkan komitmen HONOR untuk bekerjasama dalam inisiatif penyelidikan bersama, pemindahan teknologi dan program pembangunan kapasiti yang menyokong keperluan semasa institusi pengajian tinggi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKerjasama ini membuka peluang untuk kami menyumbang kepakaran dalam AI, khususnya dalam membangunkan aplikasi dan sistem yang boleh meningkatkan pengalaman pembelajaran dan pengajaran.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKami juga percaya bahawa kolaborasi dengan UPSI akan memperkukuh ekosistem inovasi teknologi di rantau ini, sekaligus menyumbang kepada pembinaan bakat digital tempatan yang berkualiti.<\/p>\n\n\n\n<p>Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI, Prof Dr. Norkhalid Salimin; Pengurus Besar UPSI Holdings Sdn. Bhd, Mohd Effendy Datuk Mohamad Zailani; Dekan, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi UPSI, Prof Madya Dr. Mohd Asri Mohd Noor; Dekan, Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi UPSI, Prof Madya Dr. Ing Maizatul Hayati Mohd Yatim.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Bazli Razak TANJUNG MALIM, 11 Julai \u2013 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) meneroka kerjasama strategik bersama HONOR South Pacific dalam usaha memperkukuh pembangunan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) di institusi itu, sejajar dengan aspirasi nasional memperkasa pendidikan tinggi berasaskan teknologi digital. Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md Amin Md Taff berkata, kolaborasi tersebut memberi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":27494,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27493"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=27493"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27493\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":27497,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27493\/revisions\/27497"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/27494"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=27493"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=27493"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=27493"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}