{"id":27862,"date":"2025-07-30T14:46:14","date_gmt":"2025-07-30T06:46:14","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=27862"},"modified":"2025-07-30T14:46:17","modified_gmt":"2025-07-30T06:46:17","slug":"spat-makmal-2025-perkukuh-budaya-keselamatan-di-institusi-pendidikan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2025\/07\/30\/spat-makmal-2025-perkukuh-budaya-keselamatan-di-institusi-pendidikan\/","title":{"rendered":"SPAT MAKMAL 2025 Perkukuh Budaya Keselamatan di Institusi Pendidikan"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Bazli Razak<\/p>\n\n\n\n<p><strong>TANJONG MALIM, 29 Julai \u2013<\/strong> Seminar Perkongsian Amalan Terbaik Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Makmal dan Bengkel (SPAT MAKMAL 2025) menjadi medan penting dalam usaha memperkukuh budaya keselamatan di institusi pendidikan tinggi, khususnya di makmal dan bengkel berisiko tinggi.<\/p>\n\n\n\n<p>Ahli Lembaga Pengarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tuan Mohd Zaidi Aziz berkata, keselamatan dan kesihatan pekerjaan di makmal serta bengkel bukan hanya bersifat teknikal, tetapi perlu dibudayakan secara berterusan melalui pendidikan, latihan dan pemodelan tingkah laku selamat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMakmal dan bengkel merupakan pusat penting dalam kemajuan ilmu dan teknologi, namun ia juga tempat yang penuh risiko seperti bahan kimia berbahaya, peralatan berputar serta proses berisiko tinggi yang boleh mencetuskan kecelakaan jika tiada kawalan atau amalan terbaik.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian ketika hadir menyempurnakan seminar berkenaan bertempat di Dewan Konvensyen, Bangunan E-Learning, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI, kelmarin.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengulas lanjut, beliau memetik statistik tahunan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang menunjukkan insiden seperti pendedahan bahan kimia, kebakaran dan kecederaan akibat pengendalian mesin masih berlaku, termasuk di institusi pendidikan dan penyelidikan.<\/p>\n\n\n\n<p>Justeru itu, katanya, penganjuran seminar ini amat tepat pada masanya bagi menyelaras amalan terbaik dan memperkukuh pematuhan kepada aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP).<\/p>\n\n\n\n<p>Seminar yang berlangsung selama dua hari itu menghimpunkan penyelidik, penyelia makmal, pegawai sains serta pengurusan institusi itu bagi membincangkan topik penting seperti pengurusan bahan kimia, pengendalian sisa makmal, reka bentuk makmal selamat dan pembentukan budaya kerja yang sihat dan produktif.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya percaya bahawa perkongsian hari ini mampu menyumbang kepada pembentukan polisi dalaman yang lebih kukuh dan pembangunan modul latihan yang lebih relevan ke arah menjadikan makmal dan bengkel lebih selamat dan berkesan,\u201d ujar beliau.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Gambar-2-9-1024x683.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-27864\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Gambar-2-9-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Gambar-2-9-300x200.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Gambar-2-9-768x513.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Gambar-2-9-1536x1025.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Gambar-2-9-2048x1367.jpg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Gambar-2-9-600x400.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Tuan Mohd Zaidi Aziz ketika berucap merasmikan Seminar Perkongsian Amalan Terbaik Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Makmal dan Bengkel (SPAT MAKMAL 2025) di Dewan Konvensyen, Bangunan E-Learning, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Gambar-3-9-1024x683.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-27865\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Gambar-3-9-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Gambar-3-9-300x200.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Gambar-3-9-768x513.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Gambar-3-9-1536x1025.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Gambar-3-9-2048x1367.jpg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Gambar-3-9-600x400.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Prof. Dr. Norkhalid Salimin ketika menyampaikan ucapan aluan sempena Seminar Perkongsian Amalan Terbaik Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Makmal dan Bengkel (SPAT MAKMAL 2025) di Dewan Konvensyen, Bangunan E-Learning, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Gambar-1-9-1024x683.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-27867\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Gambar-1-9-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Gambar-1-9-300x200.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Gambar-1-9-768x512.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Gambar-1-9-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Gambar-1-9-2048x1365.jpg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/Gambar-1-9-600x400.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Tuan Mohd Zaidi Aziz (lima dari kiri) ketika menyempurnakan gimik perasmian Seminar Perkongsian Amalan Terbaik Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Makmal dan Bengkel (SPAT MAKMAL 2025) di Dewan Konvensyen, Bangunan E-Learning, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI, Prof. Dr. Norkhalid Salimin berkata, seminar ini bukan sahaja menjadi medan perkongsian ilmu dan pengalaman, malah merupakan platform strategik dalam membudayakan amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang cemerlang, menyeluruh dan berkesan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTema program ini iaitu \u2018Kepentingan Keselamatan di Makmal dan Bengkel bagi Institusi Pendidikan, Industri serta Institusi Penyelidikan\u2019 dipilih bagi menekankan betapa pentingnya keselamatan di tempat kerja, terutama di persekitaran berisiko tinggi.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, kecuaian kecil boleh membawa kesan besar, bukan sahaja kepada individu yang terlibat, malah kepada organisasi secara keseluruhan.<\/p>\n\n\n\n<p>Tambah beliau, aspek keselamatan kini bukan lagi satu pilihan, tetapi satu keperluan mutlak bagi menjamin kesejahteraan warga kerja serta kelangsungan operasi yang produktif dan berintegriti.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKerjasama erat antara institusi pendidikan, penyelidikan dan industri amat penting dalam memperkukuh budaya keselamatan yang mampan,\u201d ujarnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Hadir sama Pengarah Bahagian Pengurusan Risiko, Keselamatan dan Kesihatan (ROSH) UPSI, Prof. Dr. Haniza Hanim Mohd Zain; Dekan, Fakulti Sains dan Matematik, Prof. Dr. Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah; Pengarah, Bahagian Pengurusan Risiko Universiti Utara Malaysia (UUM), Shahrul Nizam Ahmad; Pengarah, Bahagian Komunikasi Korporat UPSI, Prof Dr. Mohd Izwan Shahril.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Bazli Razak TANJONG MALIM, 29 Julai \u2013 Seminar Perkongsian Amalan Terbaik Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Makmal dan Bengkel (SPAT MAKMAL 2025) menjadi medan penting dalam usaha memperkukuh budaya keselamatan di institusi pendidikan tinggi, khususnya di makmal dan bengkel berisiko tinggi. Ahli Lembaga Pengarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tuan Mohd Zaidi Aziz berkata, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":27863,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[209],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27862"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=27862"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27862\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":27868,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27862\/revisions\/27868"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/27863"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=27862"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=27862"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=27862"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}