{"id":27975,"date":"2025-08-01T15:27:59","date_gmt":"2025-08-01T07:27:59","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=27975"},"modified":"2025-08-01T15:28:01","modified_gmt":"2025-08-01T07:28:01","slug":"upsi-usim-perkasa-komunikasi-strategik-universiti-melalui-lawatan-penanda-aras","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2025\/08\/01\/upsi-usim-perkasa-komunikasi-strategik-universiti-melalui-lawatan-penanda-aras\/","title":{"rendered":"UPSI, USIM Perkasa Komunikasi Strategik Universiti Melalui Lawatan Penanda Aras"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Bazli Razak<\/p>\n\n\n\n<p><strong>TANJONG MALIM, 31 Julai \u2013<\/strong> Bahagian Komunikasi Korporat, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerima kunjungan lawatan penanda aras daripada Pusat Komunikasi Strategik, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam usaha memperkukuh hubungan dua hala serta memperkasa amalan terbaik dalam bidang komunikasi korporat universiti awam.<\/p>\n\n\n\n<p>Delegasi USIM seramai 6 orang kakitangannya diketuai oleh Pengarah Pusat Komunikasi Strategik USIM, Prof. Madya Dr. Mohd Faizal Kasmani, disambut mesra oleh Pengarah, Bahagian Komunikasi Korporat UPSI, Prof. Dr. Mohd Izwan Shahril bersama-sama barisan pegawai dan kakitangan unit berkaitan.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut, Prof. Dr. Mohd Izwan Shahril, lawatan seperti ini mencerminkan semangat kolaboratif antara universiti awam dalam memperkukuh sistem penyampaian maklumat serta memperkasakan peranan komunikasi strategik sebagai jantung kepada reputasi institusi.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut beliau, lawatan tersebut bertujuan untuk berkongsi maklumat dan bertukar pandangan mengenai pengurusan komunikasi strategik, pengendalian media sosial rasmi universiti, pengurusan krisis reputasi, pembangunan bahan media serta pendekatan membina keterlihatan jenama universiti secara lebih efektif kepada khalayak sasaran.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cLawatan ini memberi ruang untuk kita menilai kembali pendekatan komunikasi yang digunakan, selain membuka peluang untuk meneroka inisiatif bersama dalam bidang pengurusan media, penerbitan kandungan kreatif serta penyelarasan komunikasi krisis.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut menekankan pentingnya pengurusan komunikasi yang cekap dan berkesan, khususnya dalam menyampaikan naratif universiti kepada masyarakat dan pihak berkepentingan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cHari ini, universiti bukan sahaja perlu menonjolkan pencapaian akademik dan penyelidikan, tetapi juga perlu bijak mengurus persepsi melalui strategi komunikasi yang relevan dengan kehendak semasa. Justeru, hubungan strategik antara UPSI dan USIM ini amat signifikan dalam memperkasa jenama institusi masing-masing,\u201d ujar beliau.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/Gambar-2-1024x683.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-27978\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/Gambar-2-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/Gambar-2-300x200.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/Gambar-2-768x512.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/Gambar-2-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/Gambar-2-2048x1365.jpg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/Gambar-2-600x400.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Prof. Madya Dr. Mohd Faizal Kasmani menandatangani buku pelawat sambil disaksikan oleh Prof. Dr. Mohd Izwan Shahril ketika mengadakan lawatan penanda aras di Bangunan Canselori, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"588\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/Gambar-3-1024x588.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-27977\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/Gambar-3-1024x588.jpeg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/Gambar-3-300x172.jpeg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/Gambar-3-768x441.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/Gambar-3-1536x881.jpeg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/Gambar-3-2048x1175.jpeg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/Gambar-3-600x344.jpeg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Prof. Dr. Mohd Izwan Shahril (tiga dari kiri) bergambar bersama delegasi USIM ketika melawat ke UPSI Adventure Park, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"640\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/Gambar-4-1024x640.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-27979\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/Gambar-4-1024x640.jpeg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/Gambar-4-300x188.jpeg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/Gambar-4-768x480.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/Gambar-4-1536x960.jpeg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/Gambar-4-2048x1280.jpeg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/Gambar-4-600x375.jpeg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Prof. Dr. Mohd Izwan Shahril (tiga dari kiri) dan Prof. Madya Dr. Mohd Faizal Kasmani ( tiga dari kanan) bergambar bersama delegasi USIM ketika melawat ke UPSI Sports Bowl, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Prof. Madya Dr. Mohd Faizal Kasmani mengzahirkan penghargaan terhadap kesediaan UPSI menerima lawatan tersebut dan menyifatkannya sebagai satu peluang besar untuk memahami secara lebih dekat operasi komunikasi korporat di universiti yang memiliki keunikan tersendiri.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cUPSI mempunyai pendekatan yang sistematik dalam pengurusan komunikasi, termasuk dalam hal ehwal pengurusan media, penjenamaan visual dan penulisan ucapan rasmi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cLawatan ini sangat membantu kami menambah baik proses dalaman dan menyemak keberkesanan strategi sedia ada di USIM,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut menegaskan bahawa kolaborasi seperti ini mampu mewujudkan ekosistem komunikasi yang lebih berdaya saing dalam kalangan universiti awam.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKeterlihatan universiti pada hari ini bukan lagi bergantung kepada bahan bercetak semata-mata, tetapi bagaimana kita mengurus maklumat di pelbagai platform digital, serta membina hubungan yang berterusan dengan media dan masyarakat. UPSI memberikan contoh pelaksanaan yang baik dalam aspek ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Delegasi USIM juga turut dibawa melawat fasiliti serta kemudahan di sekitar Kampus Sultan Azlan Shah serta kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI antaranya UPSI Sports Bowl, UPSI Glamping Park dan UPSI Adventure Park.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cLawatan penanda aras ini bukan sahaja menjadi platform perkongsian ilmu dan pengalaman, malah membuka ruang kerjasama strategik yang lebih erat antara UPSI dan USIM dalam memartabatkan fungsi komunikasi korporat institusi pendidikan tinggi awam,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Bazli Razak TANJONG MALIM, 31 Julai \u2013 Bahagian Komunikasi Korporat, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerima kunjungan lawatan penanda aras daripada Pusat Komunikasi Strategik, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam usaha memperkukuh hubungan dua hala serta memperkasa amalan terbaik dalam bidang komunikasi korporat universiti awam. Delegasi USIM seramai 6 orang kakitangannya diketuai oleh Pengarah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":27976,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[149],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27975"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=27975"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27975\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":27980,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27975\/revisions\/27980"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/27976"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=27975"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=27975"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=27975"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}