{"id":28185,"date":"2025-08-06T15:33:31","date_gmt":"2025-08-06T07:33:31","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=28185"},"modified":"2025-08-08T08:17:12","modified_gmt":"2025-08-08T00:17:12","slug":"sains-itu-ajaib-spark-science-cungkil-potensi-pelajar-melalui-dunia-steam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2025\/08\/06\/sains-itu-ajaib-spark-science-cungkil-potensi-pelajar-melalui-dunia-steam\/","title":{"rendered":"SAINS ITU AJAIB! SPARK SCIENCE CUNGKIL POTENSI PELAJAR MELALUI DUNIA STEAM"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh : Farah Adiba Zulkeflee<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Ipoh, 25 Jun 2025 &#8211; <\/strong>Program SPARK SCIENCE &#8211; STI100\u00b3 YOUNG SCIENTIST 2025 telah diadakan dengan jayanya pada 25 Jun 2025 bertempat di SK Kampung Pasir Putih, Ipoh, Perak. <\/p>\n\n\n\n<p>Program ini disertai oleh seramai 80 orang murid Tahun 5 dan dibantu oleh 30 orang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) daripada Kelab STEM Ambassador di bawah STEM Nurturing Center, Fakulti Sains dan Matematik. <\/p>\n\n\n\n<p>Program ini dibawah penyelarasan Dr. Maizatul Najwa Jajuli dimana kata beliau matlamat utama program ini adalah untuk menyemai minat murid terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik (STEAM) melalui aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan, interaktif dan berasaskan pengalaman.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"597\" height=\"397\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/1-10.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-28187\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/1-10.png 597w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/1-10-300x199.png 300w\" sizes=\"(max-width: 597px) 100vw, 597px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"449\" height=\"302\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/2-10.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-28188\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/2-10.png 449w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/2-10-300x202.png 300w\" sizes=\"(max-width: 449px) 100vw, 449px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"449\" height=\"300\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/3-9.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-28189\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/3-9.png 449w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/3-9-300x200.png 300w\" sizes=\"(max-width: 449px) 100vw, 449px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Program dimulakan dengan aktiviti STEAMazing Show yang menampilkan dua eksperimen menarik iaitu <em>Fireboom<\/em> dan <em>Elephant Toothpaste<\/em>. <\/p>\n\n\n\n<p>Persembahan ini berjaya mencuri perhatian murid apabila mereka dapat melihat secara langsung tindak balas kimia yang mencetuskan letupan buih dan pembakaran terkawal. <\/p>\n\n\n\n<p>Suasana dewan meriah dengan sorakan dan tepukan, ia membuktikan kepada pelajar bahawa pembelajaran sains boleh menjadi sesuatu yang menyeronokkan dan mengujakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Seterusnya, aktiviti STEAMazing Race dijalankan dalam bentuk \u2018explorace\u2019 yang melibatkan lima stesen cabaran. Antara aktiviti yang dijalankan ialah <em>Allotrope Explorer Activity<\/em>, <em>Detective Nano Activity<\/em>, <em>Rainbow Milk Activity<\/em>, <em>Wax Drawing Activity<\/em> dan <em>Sun Gazing Activity<\/em>. <\/p>\n\n\n\n<p>Aktiviti ini menggabungkan elemen kolaborasi, kreativiti dan pemikiran kritis. Murid bukan sahaja bersaing secara sihat, malah mereka turut mempamerkan semangat bekerjasama dan kesungguhan menyelesaikan setiap tugasan dengan ceria dan penuh semangat.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-2 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"314\" height=\"339\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/6-6.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-28190\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/6-6.png 314w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/6-6-278x300.png 278w\" sizes=\"(max-width: 314px) 100vw, 314px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"474\" height=\"316\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/7-3.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-28191\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/7-3.png 474w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/7-3-300x200.png 300w\" sizes=\"(max-width: 474px) 100vw, 474px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Program diteruskan dengan STEAMazing Exhibition yang mempamerkan teknologi masa kini seperti <em>robot MBOT<\/em> dan <em>realiti maya (VR)<\/em>. <\/p>\n\n\n\n<p>Ramai murid menunjukkan minat tinggi terhadap robotik dan teknologi VR, malah ada yang menyatakan keinginan untuk menjadi jurutera dan pencipta robot suatu hari nanti. <\/p>\n\n\n\n<p>Pameran ini memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi secara langsung dengan teknologi moden yang jarang mereka temui dalam bilik darjah.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebagai penutup, satu sesi Evaluation and Reflection Programme telah dijalankan melalui soal selidik bagi mendapatkan maklum balas peserta. Hasil soal selidik menunjukkan bahawa majoriti murid sangat seronok menyertai program ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka melaporkan bahawa banyak ilmu baharu telah dipelajari, seperti tindak balas kimia, penggunaan tenaga suria, dan asas dalam dunia robotik serta realiti maya. Ramai juga menyatakan bahawa mereka semakin berminat terhadap sains dan berharap dapat menyertai lebih banyak program seperti ini pada masa akan datang.<\/p>\n\n\n\n<p>Secara keseluruhannya, program SPARK SCIENCE &#8211; STI100\u00b3 YOUNG SCIENTIST 2025 telah mencapai objektifnya dengan cemerlang dalam membangkitkan minat murid terhadap bidang STEAM. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia bukan sahaja memberikan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna, tetapi juga berjaya menyemai semangat ingin tahu serta membina keyakinan diri dalam kalangan murid untuk terus meneroka dunia sains dan teknologi.<\/p>\n\n\n\n<p>Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dr. Maizatul Najwa Jajuli selaku penyelaras program atas kepimpinan dan perancangan yang rapi sepanjang pelaksanaan program ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Ucapan terima kasih turut ditujukan kepada barisan guru dan fasilitator dari Kelab STEM Ambassador yang telah memberikan komitmen dan kerjasama penuh dalam menjayakan setiap aktiviti yang dirancang. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak dilupakan juga kepada semua murid yang telah menunjukkan semangat, disiplin dan minat yang tinggi sepanjang program berlangsung.<br><br>Semoga program seperti ini dapat diteruskan dan diperluaskan ke lebih banyak sekolah pada masa akan datang. <\/p>\n\n\n\n<p>Dengan pendedahan awal dan pendekatan pembelajaran yang menyeronokkan, diyakini bahawa generasi muda hari ini mampu menjadi pemimpin dalam dunia sains dan teknologi pada masa depan. Sains itu menyeronokkan, dan sains adalah untuk semua.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh : Farah Adiba Zulkeflee Ipoh, 25 Jun 2025 &#8211; Program SPARK SCIENCE &#8211; STI100\u00b3 YOUNG SCIENTIST 2025 telah diadakan dengan jayanya pada 25 Jun 2025 bertempat di SK Kampung Pasir Putih, Ipoh, Perak. Program ini disertai oleh seramai 80 orang murid Tahun 5 dan dibantu oleh 30 orang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":28186,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[121],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28185"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=28185"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28185\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":28209,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28185\/revisions\/28209"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/28186"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=28185"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=28185"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=28185"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}