{"id":28202,"date":"2025-08-07T12:48:34","date_gmt":"2025-08-07T04:48:34","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=28202"},"modified":"2025-08-07T12:48:36","modified_gmt":"2025-08-07T04:48:36","slug":"upsi-ipta-pertama-rungkai-identiti-bugis-di-sarawak","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2025\/08\/07\/upsi-ipta-pertama-rungkai-identiti-bugis-di-sarawak\/","title":{"rendered":"UPSI IPTA Pertama Rungkai Identiti Bugis di Sarawak"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Bazli Razak<\/p>\n\n\n\n<p><strong>MIRI, 5 Ogos <\/strong>\u2013 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK) mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi institusi pengajian tinggi awam (IPTA) pertama menjalankan penyelidikan khusus berkaitan sejarah dan warisan komuniti Bugis di Sarawak.<\/p>\n\n\n\n<p>Penyelidikan tersebut dibiayai melalui geran penyelidikan jangka pendek berjumlah RM10,000 dengan objektif utama untuk mengenal pasti serta mendokumentasikan nilai sejarah dan identiti komuniti Bugis yang telah lama menetap di Bumi Kenyalang.<\/p>\n\n\n\n<p>Projek yang diketuai oleh Dr Shakila Che Dahalan itu turut melibatkan Prof Khairi Arifin, Dr Yunus Sauman dan Dr Ahmad Farhan Abdullah@Zakaria dari Jabatan Sejarah, FSK UPSI, selain kolaborasi penyelidik luar, Dr Sitti Hasnah Bandu dan Dr Alwi Daud.<\/p>\n\n\n\n<p>Dekan Fakulti Sains Kemanusiaan UPSI, Prof. Madya Ts. Dr. Nor Kalsum Mohd Isa berkata, inisiatif yang diterajui oleh Jabatan Sejarah ini membuktikan komitmen UPSI dalam memartabatkan sejarah komuniti minoriti yang sebelum ini kurang diberi perhatian dalam arus penyelidikan arus perdana.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKajian ini memberi dimensi baharu dalam landskap penyelidikan sejarah negara kerana ia bukan sahaja mengangkat identiti etnik Bugis di Sarawak, tetapi turut menyumbang kepada usaha pendigitalan dan pemeliharaan khazanah budaya yang semakin terpinggir.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut menegaskan bahawa penyelidikan seperti ini selari dengan hasrat universiti untuk memperkukuh peranan dalam menghasilkan ilmu yang relevan dengan keperluan masyarakat setempat serta menyumbang kepada dasar pembangunan negara berasaskan nilai dan warisan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cFSK UPSI amat komited menyokong penyelidikan berasaskan komuniti, terutama yang melibatkan etnik dan budaya tempatan yang unik.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cHasil penyelidikan ini bukan sahaja penting untuk dunia akademik, malah menjadi sumbangan bermakna kepada sejarah sosial Malaysia,\u201d ujar beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Dr Shakila berkata, penyelidikan ini memberi tumpuan kepada pengumpulan data kuantitatif dan kualitatif melalui kajian lapangan dan temu bual bersama komuniti Bugis di beberapa kawasan penempatan sekitar Sarawak.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPenemuan awal menunjukkan bukti kukuh terhadap susur galur pergerakan masyarakat Bugis ke Sarawak. Malah, komuniti di sini masih mengekalkan adat dan budaya yang mempunyai persamaan ketara dengan masyarakat di Sulawesi.<\/p>\n\n\n\n<p>Tambah beliau, projek ini turut merintis usaha pendigitalan sumber sejarah Bugis melalui pembangunan dokumentasi, penghasilan kandungan visual seperti dokumentari, serta pembinaan naratif digital berkaitan sejarah komuniti tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, dalam masa terdekat, Jabatan Sejarah UPSI akan menerbitkan hasil kajian ini dalam bentuk buku ilmiah, artikel jurnal serta bahan pendidikan digital untuk kegunaan akademik dan pengkaji dalam bidang sejarah, antropologi dan pendidikan warisan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cLangkah tersebut selaras dengan misi UPSI untuk menerajui penyelidikan sejarah berimpak tinggi, berasaskan komuniti serta menyumbang kepada pemeliharaan khazanah warisan negara,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"768\" height=\"1024\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/Gambar-2-768x1024.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-28204\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/Gambar-2-768x1024.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/Gambar-2-225x300.jpeg 225w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/Gambar-2-600x800.jpeg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/Gambar-2.jpeg 810w\" sizes=\"(max-width: 768px) 100vw, 768px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Sesi temubual penyelidik bersama salah seorang penduduk kampung awal yang membuka kampung.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"768\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/Gambar-3-1-1024x768.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-28205\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/Gambar-3-1-1024x768.jpeg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/Gambar-3-1-300x225.jpeg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/Gambar-3-1-768x576.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/Gambar-3-1-600x450.jpeg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/Gambar-3-1.jpeg 1080w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Perbincangan penyelidik bersama pengurusan kampung Muhibbah Ladang 3.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Ketua Kampung Muhibbah Ladang 3, Hassan Malik turut menyambut baik usaha penyelidikan tersebut dan menyifatkannya sebagai satu langkah penting dalam pemeliharaan warisan etnik di Sarawak.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cLawatan dan kajian oleh Jabatan Sejarah UPSI sangat dialu-alukan kerana ia membantu menonjolkan warisan budaya yang kaya dalam kalangan komuniti Bugis di sini. Tanpa dokumentasi seperti ini, banyak nilai sejarah mungkin lenyap begitu sahaja,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Bazli Razak MIRI, 5 Ogos \u2013 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK) mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi institusi pengajian tinggi awam (IPTA) pertama menjalankan penyelidikan khusus berkaitan sejarah dan warisan komuniti Bugis di Sarawak. Penyelidikan tersebut dibiayai melalui geran penyelidikan jangka pendek berjumlah RM10,000 dengan objektif utama untuk [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":28203,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[166,138],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28202"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=28202"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28202\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":28206,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28202\/revisions\/28206"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/28203"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=28202"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=28202"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=28202"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}