{"id":28227,"date":"2025-08-08T11:16:22","date_gmt":"2025-08-08T03:16:22","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=28227"},"modified":"2025-08-08T11:16:24","modified_gmt":"2025-08-08T03:16:24","slug":"1569-tontonan-ptq-cipta-fenomena-dengan-talk-money-talk-siri-3","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2025\/08\/08\/1569-tontonan-ptq-cipta-fenomena-dengan-talk-money-talk-siri-3\/","title":{"rendered":"1,569 TONTONAN! PTQ CIPTA FENOMENA DENGAN TALK \u201cMONEY TALK\u201d SIRI 3"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Farah Nabiela Md Nazri, Muhammad Irham Ruslan Fadzil &amp; Ummikalsum Mat Lazim<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Tanjong Malim, 23 Mei 2025 &#8211; P<\/strong>ersatuan Tahfiz Qiraat (PTQ), Institut Penyelidikan Pengajian Tahfiz dan Turath Islami (IPTTI), Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menganjurkan program Talk Sharing dengan kerjasama Persatuan Bahasa Melayu UPSI, Persatuan Pendidikan Islam UPSI, Kelab Sahabat Ulul Albab UPSI dan Sekretariat Mahasiswa Anak Negeri Sembilan UPSI. Bersama juga persatuan daripada universiti luar iaitu Jam\u2019iyyatu Khadamati Quran IIUM, Persatuan Mahasiswa Islam UM, Kelab Mahasiswa Program Pengajian Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah UKM, Kelab Rakan Siswa YADIM UUM dan Persatuan Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam) USIM. <\/p>\n\n\n\n<p>Program ini merupakan salah satu program peringkat kebangsaan dan melibatkan pelbagai lapisan warga UPSI, UM, UKM, UIAM, USIM serta IPTA lain daripada kalangan mahasiswa, pensyarah dan orang awam secara atas talian yang berlangsung di Youtube Live Media PTQ Official.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"640\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/Picture1-5-1024x640.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-28229\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/Picture1-5-1024x640.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/Picture1-5-300x188.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/Picture1-5-768x480.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/Picture1-5-600x375.jpg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/Picture1-5.jpg 1080w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Tetamu jemputan utama untuk program ini ialah Dr Radziah Mohd Dani, Ketua Program Diploma Perakaunan dan Pensyarah Perakaunan yang dikenali ramai terutamanya di aplikasi Tiktok dan aplikasi media sosial lain umumnya. Program ini mendapat sambutan hangat daripada mahasiswa UPSI dan pihak luar yang mana jumlah tontonan siaran langsung hampir mencecah sebanyak 1,569 orang tontonan.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"583\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/Picture3-3-1024x583.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-28228\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/Picture3-3-1024x583.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/Picture3-3-300x171.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/Picture3-3-768x437.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/Picture3-3-600x342.jpg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/Picture3-3.jpg 1080w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Dalam program <em>talk sharing<\/em> ini, Dr. Radziah berkongsi pelbagai tip pengurusan kewangan yang berkesan bagi memastikan kestabilan kewangan sepanjang tempoh pengajian dan selepas tamat universiti. Beliau turut menyampaikan kisah serta cerita inspirasi yang mampu membangkitkan semangat peserta untuk mencapai kejayaan hidup. Pelbagai input bermanfaat diperoleh penonton sebagai panduan mengubah gaya hidup ke arah yang lebih baik, seiring perubahan dunia yang sentiasa berlaku mengikut peredaran masa. Menurut beliau, mahasiswa dan anak muda perlu lebih teliti dalam merancang supaya setiap langkah menjadi titik tolak menghadapi persaingan hidup yang kian mencabar. <\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Pengarah Program, Farah Nabiela, pengurusan kewangan yang baik memerlukan bimbingan serta keazaman tinggi dalam diri individu. Beliau menjelaskan bahawa program ini bertujuan memupuk kesedaran dan semangat peserta agar memperoleh ilmu secara teori dan praktikal yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian demi mencapai kejayaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Program ini mendapat sambutan hangat dengan kehadiran mahasiswa UPSI, pelajar IPTA lain, serta orang awam. Seorang peserta menyatakan bahawa program ini memberi semangat baharu kepadanya, dengan banyak tip berguna yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan, selain hikmah dan ilmu yang meningkatkan tahap kendiri. Beliau turut tertarik dengan penganjuran cabutan bertuah yang memeriahkan program  dan turut memberikan panduan menguruskan pendapatan sampingan dengan bijak bagi menyokong kewangan pelajar, di samping menekankan kepentingan usaha dan doa agar setiap matlamat yang dikejar disertai keberkatan.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Farah Nabiela Md Nazri, Muhammad Irham Ruslan Fadzil &amp; Ummikalsum Mat Lazim Tanjong Malim, 23 Mei 2025 &#8211; Persatuan Tahfiz Qiraat (PTQ), Institut Penyelidikan Pengajian Tahfiz dan Turath Islami (IPTTI), Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menganjurkan program Talk Sharing dengan kerjasama Persatuan Bahasa Melayu UPSI, Persatuan Pendidikan Islam UPSI, Kelab [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":7,"featured_media":28230,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[71,166,248,237],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28227"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/7"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=28227"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28227\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":28231,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28227\/revisions\/28231"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/28230"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=28227"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=28227"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=28227"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}