{"id":28469,"date":"2025-08-12T12:35:25","date_gmt":"2025-08-12T04:35:25","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=28469"},"modified":"2025-08-12T12:35:27","modified_gmt":"2025-08-12T04:35:27","slug":"uklk-laksana-program-transformasi-kepimpinan-mahasiswa-2025-bina-jati-diri-pemimpin-di-pulau-tioman","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2025\/08\/12\/uklk-laksana-program-transformasi-kepimpinan-mahasiswa-2025-bina-jati-diri-pemimpin-di-pulau-tioman\/","title":{"rendered":"UKLK Laksana Program Transformasi Kepimpinan Mahasiswa 2025: Bina Jati Diri Pemimpin di Pulau Tioman"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Irdina Wafa Zulkifli<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Pulau Tioman, 5 Ogos 2025<\/strong> \u2013 Seramai 33 orang Majlis Mahasiswa Kediaman Luar Kampus (MMKLK) sidang 2025\/2026 telah menyertai <em>Program Transformasi Kepimpinan Mahasiswa UKLK 2025<\/em> yang berlangsung dari 2 hingga 5 Ogos 2025 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tekek, Pulau Tioman, Pahang bagi menyertai <em>Program Transformasi Kepimpinan Mahasiswa UKLK 2025<\/em>.<\/p>\n\n\n\n<p>Program ini turut disertai 17 orang felo, staf dan pengetua Unit Kediaman Luar Kampus, dengan sokongan penuh Pengetua Kolej Za\u2019ba, Kolej Aminuddin Baki dan Kolej Ungku Omar. <\/p>\n\n\n\n<p>Kehadiran istimewa Yang Berusaha Profesor Dr. Norkhalid Salimin, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNC HEPA), yang turut merasmikan program, menambahkan lagi nilai signifikan penganjuran kali ini.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full is-resized\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"366\" height=\"485\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/1-21.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-28471\" style=\"width:840px;height:auto\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/1-21.png 366w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/1-21-226x300.png 226w\" sizes=\"(max-width: 366px) 100vw, 366px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">TNC HEPA sewaktu memberi ucapan dalam majlis perasmian.<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Dirangka sebagai platform strategik, program ini bertujuan membentuk barisan kepimpinan mahasiswa luar kampus yang berintegriti, berketerampilan dan berdaya saing. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia juga memberi pendedahan kepada pemimpin MMKLK mengenai struktur organisasi, gerak kerja pentadbiran serta kemahiran pengurusan dokumentasi rasmi yang penting bagi kelancaran perjalanan organisasi.<\/p>\n\n\n\n<p>Sepanjang empat hari, peserta mengikuti pelbagai modul kepimpinan dan aktiviti luar yang menekankan kemahiran komunikasi berkesan, kerja berpasukan, penyelesaian masalah dan pengurusan masa. <\/p>\n\n\n\n<p>Lokasi penganjuran yang jauh daripada hiruk-pikuk bandar membolehkan peserta memberi tumpuan sepenuhnya kepada pembinaan sahsiah dan pengukuhan jaringan kerjasama antara MMKLK, felo dan pihak pentadbiran.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Profesor Dr. Norkhalid, penganjuran program seperti ini amat digalakkan kerana bukan sahaja memberi ruang kepada barisan kepimpinan mahasiswa untuk merancang hala tuju organisasi, malah mendedahkan mereka kepada ilmu dan pengalaman baharu yang bermanfaat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMahasiswa luar kampus perlu memiliki nilai kepimpinan yang tinggi, kemahiran komunikasi yang mantap, dan kesediaan berkhidmat untuk komuniti. Program seperti ini adalah medan terbaik untuk melahirkan pemimpin sebegitu,\u201d katanya ketika merasmikan program.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"977\" height=\"431\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/2-23.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-28472\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/2-23.png 977w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/2-23-300x132.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/2-23-768x339.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/2-23-600x265.png 600w\" sizes=\"(max-width: 977px) 100vw, 977px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Pengetua UKLK bersama barisan kepimpinan MMKLK sidang 2025\/2026, barisan felo dan pentadbir UKLK.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full is-resized\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"977\" height=\"420\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/4-19.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-28473\" style=\"width:416px;height:auto\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/4-19.png 977w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/4-19-300x129.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/4-19-768x330.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/4-19-600x258.png 600w\" sizes=\"(max-width: 977px) 100vw, 977px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Slot Pembentangan Program oleh Barisan Exco dan Bengkel Pembentukan Takwim<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Bagi Irdina Wafa Zulkifli, YDP MMKLK 2025\/2026, pengalaman ini amat berharga kerana memberi peluang untuk menguji kemampuan diri dalam situasi sebenar.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAktiviti lasak dan sesi latihan kepimpinan di sini membuka mata saya bahawa menjadi pemimpin memerlukan bukan sahaja idea dan perancangan, tetapi juga ketahanan mental, fizikal dan hati yang kuat,\u201d ujarnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Secara keseluruhannya, <em>Program Transformasi Kepimpinan Mahasiswa UKLK 2025<\/em> berjaya mencapai objektifnya sebagai medan latihan kepimpinan yang mencabar minda dan fizikal, di samping membentuk pemimpin komuniti luar kampus yang bersedia memikul amanah dengan penuh dedikasi dan integriti.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Irdina Wafa Zulkifli Pulau Tioman, 5 Ogos 2025 \u2013 Seramai 33 orang Majlis Mahasiswa Kediaman Luar Kampus (MMKLK) sidang 2025\/2026 telah menyertai Program Transformasi Kepimpinan Mahasiswa UKLK 2025 yang berlangsung dari 2 hingga 5 Ogos 2025 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tekek, Pulau Tioman, Pahang bagi menyertai Program Transformasi Kepimpinan Mahasiswa UKLK 2025. Program ini [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":28470,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[96,164],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28469"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=28469"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28469\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":28474,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28469\/revisions\/28474"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/28470"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=28469"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=28469"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=28469"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}