{"id":28531,"date":"2025-08-14T22:10:19","date_gmt":"2025-08-14T14:10:19","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=28531"},"modified":"2025-08-14T22:10:21","modified_gmt":"2025-08-14T14:10:21","slug":"upsi-perkukuh-agenda-hijau-demi-tangani-isu-pencemaran-udara","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2025\/08\/14\/upsi-perkukuh-agenda-hijau-demi-tangani-isu-pencemaran-udara\/","title":{"rendered":"UPSI Perkukuh Agenda Hijau Demi Tangani Isu Pencemaran Udara"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Dr. Mohamad Ihsan Muhamad Ismail, Prof. Madya Dr. Mohd Hairy Ibrahim, Nurul Aini Mehat dan Prof. Madya Ts. Dr. Nor Kalsum Mohd Isa<\/p>\n\n\n\n<p><strong>TANJONG MALIM- <\/strong>Program \u201cForum: Menangani Pencemaran Udara, Menyemai Tindakan Hijau\u201d telah berjaya dilaksanakan secara dalam talian pada 12 Jun 2025. Forum ini merupakan inisiatif di bawah Kursus Kaji Iklim (HGF3073), Jabatan Geografi dan Alam Sekitar(JGAS), Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Ia bertujuan sebagai platform ilmu bagi membincangkan isu pencemaran udara yang semakin membimbangkan serta memupuk nilai kelestarian dalam kalangan masyarakat, khususnya pelajar institusi pengajian tinggi.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"888\" height=\"888\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/Picture1-8.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-28532\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/Picture1-8.jpg 888w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/Picture1-8-300x300.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/Picture1-8-150x150.jpg 150w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/Picture1-8-768x768.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/Picture1-8-600x600.jpg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/Picture1-8-100x100.jpg 100w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/Picture1-8-24x24.jpg 24w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/Picture1-8-48x48.jpg 48w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/Picture1-8-96x96.jpg 96w\" sizes=\"(max-width: 888px) 100vw, 888px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p><span style=\"font-family: Arial, sans-serif; font-size: revert; text-align: justify; color: initial;\">Penganjuran forum ini juga dilihat selari dengan usaha global dan nasional dalam mengekang kemerosotan kualiti udara yang memberi kesan langsung terhadap kesihatan manusia dan keseimbangan ekosistem. Program ini telah mendapat kerjasama erat daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) Malaysia, yang turut menjadi antara agensi utama dalam menangani isu pencemaran alam sekitar di negara ini.<\/span> <\/p>\n\n\n\n<p>Program ini berjaya meningkatkan kesedaran komuniti kampus terhadap isu pencemaran udara dengan mendedahkan punca, kesan serta langkah mengatasinya. Ia juga memupuk semangat tindakan hijau dalam kalangan peserta melalui tumpuan kepada pendidikan alam sekitar sebagai medium utama perubahan tingkah laku masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p>Seramai 326 peserta, termasuk pelajar, pensyarah dan wakil komuniti luar, telah menyertai forum ini. Penyertaan yang memberangsangkan ini membuktikan wujudnya minat dan keprihatinan masyarakat terhadap isu kualiti udara serta usaha mencari penyelesaian lestari.<\/p>\n\n\n\n<p>Antara pengisian utama forum ialah sesi perkongsian ilmu daripada tiga panel jemputan berwibawa. Puan Aini Oriza daripada Jabatan Alam Sekitar membentangkan pelaksanaan Pelan Strategik Jabatan Alam Sekitar 2021\u20132030, termasuk langkah pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang pencemaran. Dr. Mohamad Ihsan mengupas impak perubahan iklim terhadap corak atmosfera dan pembentukan pencemaran udara jenis sekunder. Dr. Nurul Aini pula menekankan kepentingan pendidikan dan tanggungjawab individu dalam membentuk gaya hidup rendah karbon.<\/p>\n\n\n\n<p>Sepanjang pelaksanaan program, peserta memperoleh kefahaman yang lebih mendalam tentang sumber utama pencemaran udara seperti pelepasan asap industri, pembakaran terbuka, pelepasan kenderaan bermotor dan aktiviti domestik. Mereka turut didedahkan kepada kesan jangka pendek dan panjang terhadap kesihatan, termasuk penyakit pernafasan, asma, dan kanser paru-paru, serta kesan terhadap alam sekitar seperti hujan asid dan kemerosotan biodiversiti.<\/p>\n\n\n\n<p>Forum ini turut menekankan langkah penyelesaian jangka panjang seperti penggunaan teknologi bersih, penambahbaikan dasar, pendidikan berterusan, dan penglibatan aktif masyarakat dalam pemuliharaan alam sekitar. Penekanan turut diberikan kepada kepentingan integrasi pelbagai sektor kerajaan, industri, institusi pendidikan dan masyarakat umum dalam menjayakan agenda kelestarian negara.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large is-resized\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"479\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/Picture2-13-1024x479.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-28533\" style=\"width:840px;height:auto\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/Picture2-13-1024x479.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/Picture2-13-300x140.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/Picture2-13-768x359.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/Picture2-13-600x281.jpg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/Picture2-13.jpg 1080w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Dari sudut kekuatan, forum ini menonjol melalui beberapa aspek utama. Pertama, kehadiran panel berpengalaman yang menyampaikan maklumat dengan jelas, berasaskan data semasa sekali gus meningkatkan kredibiliti program. Kedua, sambutan serta penglibatan aktif peserta membuktikan keberkesanan promosi awal dan daya tarikan topik forum. Ketiga, pengurusan teknikal dan perjalanan program secara dalam talian berjalan lancar tanpa gangguan besar.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun, pelaksanaan program turut berdepan cabaran, antaranya kekangan masa dalam mendapatkan pengesahan kehadiran panel jemputan dan isu pertindihan jadual melibatkan pihak berkepentingan. Cabaran ini berjaya diatasi melalui komunikasi berkesan antara ahli jawatankuasa, penggunaan aplikasi seperti WhatsApp dan Google Meet, serta kesediaan pensyarah penyelia memberikan bimbingan secara konsisten.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi penambahbaikan pada masa hadapan, perancangan program disaran dilakukan lebih awal bagi mengelakkan pertindihan jadual dan memberi ruang mencukupi untuk pengesahan pihak luar. Penganjuran forum juga boleh diperluas kepada pelajar sekolah, khususnya dari kawasan luar bandar, supaya mesej kelestarian dapat disebarluaskan ke peringkat akar umbi. Selain itu, penglibatan agensi tempatan seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan NGO alam sekitar wajar dipertingkatkan bagi memperkaya perspektif serta memperkukuh jaringan kerjasama komuniti.<\/p>\n\n\n\n<p>Secara keseluruhannya, forum ini berjaya mencapai matlamat meningkatkan kesedaran, kefahaman, dan keazaman peserta untuk bertindak terhadap isu pencemaran udara. Penglibatan semua pihak berkepentingan serta komitmen tinggi ahli jawatankuasa penganjur menjadi faktor kejayaan utama. Forum ini bukan sahaja berperanan sebagai medan ilmu, malah menjadi titik mula membina masyarakat yang lebih prihatin terhadap kelestarian alam sekitar. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan secara berkala sebagai sebahagian daripada inisiatif pendidikan iklim dan pemerkasaan komuniti ke arah Malaysia yang lebih lestari.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Dr. Mohamad Ihsan Muhamad Ismail, Prof. Madya Dr. Mohd Hairy Ibrahim, Nurul Aini Mehat dan Prof. Madya Ts. Dr. Nor Kalsum Mohd Isa TANJONG MALIM- Program \u201cForum: Menangani Pencemaran Udara, Menyemai Tindakan Hijau\u201d telah berjaya dilaksanakan secara dalam talian pada 12 Jun 2025. Forum ini merupakan inisiatif di bawah Kursus Kaji Iklim (HGF3073), Jabatan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":7,"featured_media":28532,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[71,166,269],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28531"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/7"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=28531"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28531\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":28534,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28531\/revisions\/28534"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/28532"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=28531"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=28531"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=28531"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}