{"id":28708,"date":"2025-08-20T14:33:41","date_gmt":"2025-08-20T06:33:41","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=28708"},"modified":"2025-08-20T14:33:43","modified_gmt":"2025-08-20T06:33:43","slug":"obe-bakar-semangat-upsi-pacu-pelajar-diploma-sasar-menara-gading","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2025\/08\/20\/obe-bakar-semangat-upsi-pacu-pelajar-diploma-sasar-menara-gading\/","title":{"rendered":"OBE Bakar Semangat! UPSI Pacu Pelajar Diploma Sasar Menara Gading"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh : NOOR FARHANA MD NOOR dan AMIRATUL BALQIS ALL ASHARI<\/p>\n\n\n\n<p><strong>BANTING, 14 Ogos 2025<\/strong> \u2013 Unit Kediaman Luar Kampus, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad (KVSAS) menganjurkan program Wacana Strategik: Outcome Based Education (OBE) dan Hala Tuju Pelajar Diploma yang menghimpunkan seramai 200 pelajar diploma di kolej berkenaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Program ini dirasmikan dan ditutup oleh Puan Roselawati Awang yang merupakan Pengarah Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad (KVSAS), Banting.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut pengarah Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad (KVSAS), Banting iaitu Puan Roselawati Binti Awang&nbsp; dalam ucapannya, program ini merupakan inisiatif yang amat signifikan dalam membentuk kesedaran pelajar mengenai hala tuju akademik.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPengetahuan tentang OBE ini sangat penting untuk membuka minda anak-anak semua. Pelajar-pelajar apabila tahu tentang tujuan dan outcome PEO dan PLO, pelajar akan ada matlamat yang jelas apabila sudah menamatkan pembelajaran. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Program ini juga merupakan satu inisiatif yang signifikan dalam membentuk kesedaran akademik. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya harap pelajar memanfaatkan peluang ini untuk merancang langkah seterusnya dan berusaha untuk mencapai kejayaan.\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"650\" height=\"527\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/2-32.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-28710\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/2-32.png 650w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/2-32-300x243.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/2-32-600x486.png 600w\" sizes=\"(max-width: 650px) 100vw, 650px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><em>Pengarah Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad, Banting iaitu Puan Roselawati Binti Awang memberi ucapan dalam majlis penutup program Wacana Strategik: Outcome Based Education (OBE) dan Hala Tuju Pelajar Diploma<\/em><\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"606\" height=\"474\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/3-27.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-28711\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/3-27.png 606w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/3-27-300x235.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/3-27-600x469.png 600w\" sizes=\"(max-width: 606px) 100vw, 606px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><em>Pengetua UKLK iaitu Profesor Madya Ts. Dr. Che Ghani Bin Che Kob memberi ucapan dalam majlis perasmian program Wacana Strategik: Outcome Based Education (OBE) dan Hala Tuju Pelajar Diploma<\/em><\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Wacana strategik ini bertujuan membangkitkan kesedaran pelajar diploma tentang kepentingan melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, selain memberi panduan menetapkan matlamat akademik yang jelas. <\/p>\n\n\n\n<p>Peserta turut didedahkan dengan maklumat mengenai laluan pendidikan selepas diploma, peluang kerjaya dalam pelbagai bidang, serta cabaran yang bakal dihadapi dalam dunia pendidikan tinggi dan profesional.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengetua Unit Kediaman Luar Kampus, Profesor Madya Ts. Dr. Che Ghani Che Kob, pula menegaskan bahawa penganjuran wacana ini adalah sebahagian daripada komitmen UPSI untuk memperkukuh pendidikan pelajar luar kampus.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cProgram <em>Wacana Strategik: Outcome Based Education (OBE) dan Hala Tuju Pelajar Diploma <\/em>ini merupakan sebahagian daripada usaha dan komitmen UKLK iaitu Unit Kediaman Luar Kampus untuk memperkukuh pendidikan serta menjalin kolaborasi yang baik di antara institusi. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;UKLK juga sentiasa komited dalam menyokong pembangunan pelajar bukan sahaja dalam aspek akademik malah membuka peluang kepada pelajar untuk menimba ilmu dan kemahiran insaniah.\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sepanjang program, sesi motivasi dan perkongsian interaktif dijalankan bagi menggalakkan penglibatan aktif pelajar. <\/p>\n\n\n\n<p>Majlis Mahasiswa Kediaman Luar Kampus (MMKLK) turut menjadikan program ini sebagai platform untuk mengasah kemahiran insaniah seperti komunikasi, kepimpinan dan kerja berpasukan, di samping memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara UPSI dan KVSAS.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"447\" height=\"695\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/4-27.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-28713\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/4-27.png 447w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/4-27-193x300.png 193w\" sizes=\"(max-width: 447px) 100vw, 447px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Salah seorang peserta, Nur Syazwani, pelajar Diploma Kosmetologi, menyatakan program ini membuka matanya tentang peluang yang luas selepas diploma.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSelepas saya dapat tahu tentang OBE ini, saya lebih yakin untuk merancang kehidupan saya selepas tamat pembelajaran. Penerangan yang diberikan juga amat jelas dan saya mula memahami secara mendalam tentang kos saya dan haluan kerjaya saya akan datang. \u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi Halim, pelajar Diploma Teknologi Elektrik, program ini bukan sahaja memberi maklumat, malah meningkatkan keyakinannya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPerkongsian oleh penceramah memberi inspirasi kepada saya untuk berusaha lebih gigih. Saya juga belajar bahawa terdapat banyak teknik belajar selain dari membuat nota semata-mata. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Semua perkongsian yang diberikan membuatkan saya lebih semangat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi,\u201d ujarnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Program ini bukan sahaja memberi inspirasi dan motivasi kepada pelajar untuk merancang hala tuju akademik dengan lebih jelas, malah seiring dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) 4: Pendidikan Berkualiti dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 17 : Kerjasama Demi Matlamat. <\/p>\n\n\n\n<p>Kedua-duanya menekankan akses kepada pendidikan inklusif dan peluang pembelajaran sepanjang hayat serta mengukuhkan kerjasama antara institusi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh : NOOR FARHANA MD NOOR dan AMIRATUL BALQIS ALL ASHARI BANTING, 14 Ogos 2025 \u2013 Unit Kediaman Luar Kampus, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad (KVSAS) menganjurkan program Wacana Strategik: Outcome Based Education (OBE) dan Hala Tuju Pelajar Diploma yang menghimpunkan seramai 200 pelajar diploma di kolej berkenaan. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":28709,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[164],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28708"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=28708"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28708\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":28714,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28708\/revisions\/28714"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/28709"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=28708"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=28708"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=28708"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}