{"id":29008,"date":"2025-09-02T17:04:00","date_gmt":"2025-09-02T09:04:00","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=29008"},"modified":"2025-09-03T19:13:08","modified_gmt":"2025-09-03T11:13:08","slug":"bengkel-pintar-perkasa-guru-sejarah-dengan-teknologi-imersif","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2025\/09\/02\/bengkel-pintar-perkasa-guru-sejarah-dengan-teknologi-imersif\/","title":{"rendered":"Bengkel PINTAR Perkasa Guru Sejarah dengan Teknologi Imersif"},"content":{"rendered":"\n<p>Abdullah Hasif Ismail, Dr. Shakila Che Dahalan dan Muhammad Adib Hazwan Abdul Aziz<\/p>\n\n\n\n<p><strong>TAPAH, 28 Ogos 2025<\/strong>&nbsp;\u2013 Seramai 26 orang guru sejarah dari 15 buah sekolah menengah di daerah Batang Padang telah menyertai&nbsp;Bengkel Pemerkasaan Inovatif Pengajaran Sejarah Terarah Teknologi (PINTAR)&nbsp;yang berlangsung di&nbsp;Pusat Latihan dan Pembangunan Komuniti (PLPK) HRD Corp Perak&nbsp;hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Bengkel anjuran&nbsp;Unit Latihan, Bahagian Sumber Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)&nbsp;dengan kerjasama&nbsp;Pusat Latihan &amp; Pembangunan Komuniti (PLPK) HRD Corp dan Pejabat Pendidikan Daerah Batang Padang ini bertujuan memperkukuh kompetensi guru sejarah dalam mengintegrasikan elemen teknologi digital dan inovasi ke dalam pedagogi pengajaran.<\/p>\n\n\n<div class=\"wp-block-image\">\n<figure class=\"aligncenter size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"768\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/IMG-20250902-WA0001-1024x768.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-29012\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/IMG-20250902-WA0001-1024x768.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/IMG-20250902-WA0001-300x225.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/IMG-20250902-WA0001-768x576.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/IMG-20250902-WA0001-600x450.jpg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/IMG-20250902-WA0001.jpg 1280w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure><\/div>\n\n\n<p>Menurut penganjur, bengkel ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai penggunaan teknologi&nbsp;Realiti Maya (VR),&nbsp;Kecerdasan Buatan (AI), aplikasi interaktif serta kaedah gamifikasi dalam pengajaran sejarah. <\/p>\n\n\n\n<p>Melalui pendekatan ini, guru bukan sahaja dapat menyampaikan kandungan sejarah dengan lebih menarik dan kontekstual, malah berupaya meningkatkan minat serta kefahaman pelajar terhadap subjek tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>Bengkel ini telah dikendalikan oleh YBrs. Dr. Shakila Che Dahalan. Beliau merupakan pensyarah Kanan di Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Kemanusian UPSI dan merupakan pakar dalam bidang pengintegrasian teknologi dalam pendidikan Sejarah khususnya berkaitan penggunaan teknologi Realiti Maya (VR) dalam pengajaran Sejarah. <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau kini sedang bergiat aktif dalam pengkajian berkenaan bidang ini dan juga menyelia beberapa orang pelajar pascasiswazah dalam pengkajian ini. Beliau juga turut dibantu oleh beberapa orang fasilitator yang mahir dalam bidang ini yang merupakan guru dari pelbagai sekolah.<\/p>\n\n\n<div class=\"wp-block-image\">\n<figure class=\"aligncenter size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1280\" height=\"800\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/IMG-20250902-WA0003-2-edited.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-29020\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/IMG-20250902-WA0003-2-edited.jpg 1280w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/IMG-20250902-WA0003-2-edited-300x188.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/IMG-20250902-WA0003-2-edited-1024x640.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/IMG-20250902-WA0003-2-edited-768x480.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/IMG-20250902-WA0003-2-edited-600x375.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 1280px) 100vw, 1280px\" \/><\/figure><\/div>\n\n\n<p>Menurut beliau, penganjuran bengkel ini merupakan salah satu sumbangan kepakaran beliau dalam memupuk semangat cinta akan Sejarah negara dalam diri anak bangsa Malaysia. Pengaplikasian teknologi terkini dalam sistem Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) dapat merangsang rasa minat generasi muda masa kini terhadap mata Pelajaran Sejarah, sekaligus memperkukuh semangat patriotisma dalam diri mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Program sehari suntuk ini dimulakan dengan slot \u201cMentransformasi PdP Sejarah Melalui Teknologi Imersif\u201d. Dalam Slot ini, peserta diperkenalkan kepada etika aplikasi-aplikasi terkini yang boleh digunakan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah, penggunaan teknologi dalam PdP dan lain-lain ilmu teori yang penting sebelum pengaplikasikan teknologi dalam PdP boleh dilaksanakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Seterusnya, bengkel diteruskan dengan sesi latihan kepada penggunaan set kepala Realiti Maya (VR Headset). Sesi ini dimulakan dengan pengenalan kepada aksesori-aksesori Realiti Maya seperti set kepala, joystick dan lain-lain. <\/p>\n\n\n<div class=\"wp-block-image\">\n<figure class=\"aligncenter size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1280\" height=\"800\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/IMG-20250902-WA0004-edited.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-29021\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/IMG-20250902-WA0004-edited.jpg 1280w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/IMG-20250902-WA0004-edited-300x188.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/IMG-20250902-WA0004-edited-1024x640.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/IMG-20250902-WA0004-edited-768x480.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/IMG-20250902-WA0004-edited-600x375.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 1280px) 100vw, 1280px\" \/><\/figure><\/div>\n\n\n<p>Setiap peserta diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman menggunakan set VR tersebut dan dibimbing oleh Jurulatih serta para fasilitator. Ramai peserta yang teruja dengan slot ini kerana ini merupakan pengalaman pertama bagi mereka mengunakan set VR ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Disebelah petang, peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi pengaplikasian teori-teori yang telah dipelajari pada sesi pagi. Setiap kumpulan diberikan satu watak tokoh Sejarah dan ditugaskan untuk membangunakan karekter kecerdasan buatan (AI character) menggunakan aplikasi-aplikasi kecerdasan buatan yang telah dipelajari. Setiap peserta bertungkus-lumus menyiapkan tugasan masing-masing. <\/p>\n\n\n<div class=\"wp-block-image\">\n<figure class=\"aligncenter size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"768\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/IMG-20250902-WA0005-1024x768.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-29015\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/IMG-20250902-WA0005-1024x768.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/IMG-20250902-WA0005-300x225.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/IMG-20250902-WA0005-768x576.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/IMG-20250902-WA0005-600x450.jpg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/IMG-20250902-WA0005.jpg 1280w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure><\/div>\n\n\n<p>Acara kemuncak bagi bengkel ini adalah peserta dapat merasai sendiri pengalaman melihat hasil tugasan mereka yang telah disiapkan melalui penggunaan VR Headset.<\/p>\n\n\n\n<p>Di akhir bengkel, peserta diberi peluang untuk menyatakan maklum balas serta pandangan mereka mengenai kursus ini. Menurut salah seorang peserta bagi bengkel ini, Puan Sharifah Anisa Albar Syed Rezuan, program ini memberi idea kepada beliau tentang bagaimana untuk mengajar mata Pelajaran Sejarah dengan lebih menarik dan interaktif.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBengkel ini membuka mata dan memberi banyak idea kepada saya bagaimana untuk saya mengaplikasikan teknologi dalam sesi PdP saya, supaya murid-murid saya minat dengan subjek yang diajar dan menambahkan lagi kefahaman berkenaan topik yang diajar dalam diri murid-murid saya,\u201d kata beliau.<\/p>\n\n\n<div class=\"wp-block-image\">\n<figure class=\"aligncenter size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1280\" height=\"800\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/IMG-20250902-WA0006-edited.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-29017\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/IMG-20250902-WA0006-edited.jpg 1280w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/IMG-20250902-WA0006-edited-300x188.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/IMG-20250902-WA0006-edited-1024x640.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/IMG-20250902-WA0006-edited-768x480.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/IMG-20250902-WA0006-edited-600x375.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 1280px) 100vw, 1280px\" \/><\/figure><\/div>\n\n\n<p>Manakala menurut Puan Syarifah Syahirah Syed Roslan, bengkel ini secara tidak langsung membantu para guru untuk mentransformasi pengajaran Sejarah yang sebelum ini dianggap sebagai mata pelajaran yang membosankan kepada mata pelajaran yang disukai oleh para pelajar zaman kini melalui penggunaan teknologi interaktif dan menarik.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBengkel ini sangat membantu guru-guru Sejarah dalam menarik minat para pelajar, yang mana ditelah dianggap membosankan oleh mereka disebabkan gaya pembelajaran yang berbentuk hafalan fakta semata-mata dan bacaan buku teks sahaja. <\/p>\n\n\n\n<p>Dengan penggunaan teknologi dalam pembelajaran seperti ini secara tidak langsung dapat membuka ruang pendekatan baharu dalam menarik minat para pelajar terhadap mata pelajaran ini,\u201d kata beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Majlis penutup telah disempurnakan oleh&nbsp;Cik Susieleen Suki, Ketua Pusat Latihan &amp; Pembangunan Komuniti (PLPK) HRD Corp Perak selaku tuan rumah kepada penganjuran bengkel ini. Dalam ucapannya, beliau menekankan bahawa penguasaan teknologi dalam pengajaran sejarah penting bagi memastikan generasi muda terus menghargai warisan dan jati diri bangsa seiring tuntutan Revolusi Industri 4.0.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1280\" height=\"800\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/IMG-20250902-WA0007-edited.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-29019\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/IMG-20250902-WA0007-edited.jpg 1280w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/IMG-20250902-WA0007-edited-300x188.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/IMG-20250902-WA0007-edited-1024x640.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/IMG-20250902-WA0007-edited-768x480.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/IMG-20250902-WA0007-edited-600x375.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 1280px) 100vw, 1280px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Sebagai tanda penghargaan terhadap kerjasama yang telah dilaksanakan dalam memastikan kelancaran pelaksanaan bengkel ini, acara penyampaian cenderahati diteruskan. Acara tersebut dimulakan dengan penyampaian cenderahati dari Cik Susieleen Suki mewakili pihak PLPK HRD Corp Perak kepada pihak UPSI dan PPD Batang Padang. Seterusnya penyampaian cenderahati dari pihak UPSI yang diwakili oleh Dr Shakila Che Dahalan kepada pihak PLPK HRD Corp Perak dan PPD Batang Padang.<\/p>\n\n\n\n<p>Encik Muhd. Faiz Zakaria, pegawai unit sumber dan teknologi pendidikan dari PPD Batang Padang mewakili pihak PPD Batang Padang mengucapkan terima kasih kepada pihak UPSI dan PLPK HRD Corp Perak atas kesudian menganjurkan bengkel seperti ini kepada guru-guru Sejarah di Daerah Batang Padang dan menyatakan bahawa bengkel ini telah memberi pendedahan baharu kepada para guru Sejarah berkenaan teknologi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPada pandangan saya bengkel ini sangat menarik kerana ia memberi satu pendedahan yang baru kepada guru-guru di daerah kami, dan kami amat berbesar hati sekiranya bengkel seperti ini diperluaskan kepada guru-guru Sejarah di sekolah rendah juga, supaya minat terhadap mata pelajaran Sejarah dapat dipupuk dari waktu kecil lagi\u201d kata beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Pelaksanaan bengkel ini turut menyokong usaha UPSI sebagai hab latihan keguruan negara dalam memperkasa pembangunan profesional pendidik serta memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara institusi pendidikan, agensi kerajaan dan komuniti.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Abdullah Hasif Ismail, Dr. Shakila Che Dahalan dan Muhammad Adib Hazwan Abdul Aziz TAPAH, 28 Ogos 2025&nbsp;\u2013 Seramai 26 orang guru sejarah dari 15 buah sekolah menengah di daerah Batang Padang telah menyertai&nbsp;Bengkel Pemerkasaan Inovatif Pengajaran Sejarah Terarah Teknologi (PINTAR)&nbsp;yang berlangsung di&nbsp;Pusat Latihan dan Pembangunan Komuniti (PLPK) HRD Corp Perak&nbsp;hari ini. Bengkel anjuran&nbsp;Unit Latihan, Bahagian [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":12,"featured_media":29009,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[136,281],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29008"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=29008"}],"version-history":[{"count":5,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29008\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":29056,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29008\/revisions\/29056"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/29009"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=29008"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=29008"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=29008"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}