{"id":29083,"date":"2025-09-04T16:35:35","date_gmt":"2025-09-04T08:35:35","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=29083"},"modified":"2025-09-04T16:36:30","modified_gmt":"2025-09-04T08:36:30","slug":"hampir-2000-peserta-sertai-taklimat-persediaan-temuduga-spp-2025-anjuran-edge-upsi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2025\/09\/04\/hampir-2000-peserta-sertai-taklimat-persediaan-temuduga-spp-2025-anjuran-edge-upsi\/","title":{"rendered":"Hampir 2,000 Peserta Sertai Taklimat Persediaan Temuduga SPP 2025 Anjuran EDGE UPSI"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Dr. Siti Shuhaida Shukor<\/p>\n\n\n\n<p><strong>TANJONG MALIM, 4 September 2025 \u2013 <\/strong>Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (EDGE), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terus memainkan peranan aktif dalam meningkatkan tahap kebolehpasaran graduan melalui penganjuran Taklimat Persediaan Temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) 2025 secara dalam talian.<\/p>\n\n\n\n<p>Program anjuran EDGE UPSI ini mendapat sambutan memberangsangkan dengan penyertaan hampir 2,000 peserta, melibatkan pelajar dan graduan UPSI serta calon daripada pelbagai institusi pendidikan tinggi di seluruh negara.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"772\" height=\"772\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/3-10.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-29086\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/3-10.png 772w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/3-10-300x300.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/3-10-150x150.png 150w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/3-10-768x768.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/3-10-600x600.png 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/3-10-100x100.png 100w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/3-10-24x24.png 24w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/3-10-48x48.png 48w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/3-10-96x96.png 96w\" sizes=\"(max-width: 772px) 100vw, 772px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Siri pertama yang berlangsung pada 26 Ogos 2025 dari 8.30 malam hingga 10.30 malam menampilkan Prof. Madya Dr. Ridzwan Che Rus daripada Fakulti Teknikal dan Vokasional, UPSI sebagai penceramah jemputan. Sesi ini disertai hampir 1,000 peserta iaitu seramai 970 orang dan memberi penekanan kepada persediaan praktikal menghadapi temuduga SPP.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam sesi berkenaan, Dr. Ridzwan berkongsi strategi menjawab soalan panel secara berkesan, teknik komunikasi profesional, serta kepentingan penyediaan dokumen sokongan seperti Rancangan Pengajaran Harian (RPH), rekod mengajar, fail pentaksiran dan resume. <\/p>\n\n\n\n<p>Peserta turut diberi peluang merasai pengalaman sebenar melalui simulasi temuduga, sekali gus meningkatkan keyakinan dan kefahaman mereka terhadap proses penilaian calon guru.<\/p>\n\n\n\n<p>Siri kedua, yang berlangsung pada 3 September 2025, menampilkan Penolong Setiausaha Bahagian Pengambilan, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP), Puan Azlina Mokhtar,  sebagai penceramah. <\/p>\n\n\n\n<p>Sesi ini dihadiri 765 peserta dan memberi penekanan kepada prosedur rasmi temuduga, proses pemilihan calon dan mekanisme pemarkahan. <\/p>\n\n\n\n<p>Peserta diberikan penerangan terperinci mengenai struktur panel penilai, kriteria penilaian dan faktor-faktor utama yang menentukan kelayakan calon. <\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"977\" height=\"331\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/2-11.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-29087\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/2-11.png 977w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/2-11-300x102.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/2-11-768x260.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/2-11-600x203.png 600w\" sizes=\"(max-width: 977px) 100vw, 977px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"977\" height=\"387\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/4-11.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-29088\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/4-11.png 977w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/4-11-300x119.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/4-11-768x304.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/4-11-600x238.png 600w\" sizes=\"(max-width: 977px) 100vw, 977px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Berbeza dengan pendekatan praktikal Siri 1, Siri 2 memberi pendedahan teknikal dan perspektif rasmi daripada pihak SPP sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Pengarah EDGE, Profesor Madya Dr. Sharul Effendy Janudin, program ini terbukti memberi impak positif kepada para peserta.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cProgram sebegini amat bermanfaat kerana ia bukan sahaja membantu calon memahami teknik menjawab soalan dan proses temuduga, malah memberi peluang untuk mereka mendapatkan pencerahan terus daripada pakar dan pihak SPP sendiri. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Sambutan luar biasa daripada peserta, termasuk graduan dan pelajar institusi lain, jelas menunjukkan keperluan sesi ini diadakan secara berterusan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Susulan sambutan yang memberangsangkan, Siri ketiga dijadualkan berlangsung pada Khamis, 11 September 2025 jam 8.30 malam, sekali lagi menampilkan Dr. Ridzwan Che Rus. <\/p>\n\n\n\n<p>Siri ini akan memberi tumpuan kepada teknik menjawab soalan temuduga secara lebih mendalam, termasuk strategi menghadapi soalan berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan isu-isu semasa pendidikan.<\/p>\n\n\n\n<p>Penganjuran siri taklimat ini membuktikan komitmen EDGE UPSI dalam menyokong pelajar dan graduannya dengan pengetahuan, kemahiran dan keyakinan untuk bersaing di pasaran pekerjaan serta melalui proses pelantikan sebagai guru di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Dr. Siti Shuhaida Shukor TANJONG MALIM, 4 September 2025 \u2013 Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (EDGE), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terus memainkan peranan aktif dalam meningkatkan tahap kebolehpasaran graduan melalui penganjuran Taklimat Persediaan Temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) 2025 secara dalam talian. Program anjuran EDGE UPSI ini mendapat sambutan memberangsangkan dengan penyertaan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":29085,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[107,1,194],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29083"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=29083"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29083\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":29089,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29083\/revisions\/29089"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/29085"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=29083"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=29083"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=29083"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}