{"id":29146,"date":"2025-09-09T17:00:12","date_gmt":"2025-09-09T09:00:12","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=29146"},"modified":"2025-09-09T17:00:14","modified_gmt":"2025-09-09T09:00:14","slug":"upsi-ningxia-new-vision-education-tandatangani-moa-perkukuh-kerjasama-antarabangsa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2025\/09\/09\/upsi-ningxia-new-vision-education-tandatangani-moa-perkukuh-kerjasama-antarabangsa\/","title":{"rendered":"UPSI, Ningxia New Vision Education Tandatangani MoA Perkukuh Kerjasama Antarabangsa"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Bazli Razak<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Tanjong Malim, 9 September 2025 \u2013<\/strong> Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Ningxia New Vision Education Management Co. Ltd dari China, dengan Ningxia Business Vocational School (NBVS) sebagai rakan pelaksana di Yinchuan.<\/p>\n\n\n\n<p>MoA tersebut memberi tumpuan kepada pelaksanaan <em>English Preparatory Course (EPC)<\/em> yang dijajarkan dengan penilaian APTIS sebagai laluan berkualiti ke program prasiswazah UPSI.<\/p>\n\n\n\n<p>Kursus berkenaan bertujuan menyediakan pelajar untuk pengajian dalam bahasa Inggeris sebaik sahaja menjejak kaki ke kampus UPSI.<\/p>\n\n\n\n<p>Menjalankan fungsi sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPSI, Prof. Madya Dr. Ridzwan Che Rus berkata kerjasama itu penting kerana ia memberi manfaat besar kepada hasil pembelajaran pelajar.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cEPC memberi fokus kepada peningkatan tahap kemahiran bahasa Inggeris dengan ukuran jelas berdasarkan penilaian luaran APTIS, sekali gus membolehkan pelajar dan ibu bapa melihat kemajuan sebenar, bukan sekadar janji,\u201d katanya dalam majlis menandatangani MoA yang diadakan di Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cNew Vision akan mengurus aspek pengambilan pelajar dan logistik di Ningxia, NBVS pula menyediakan kemudahan pelaksanaan, manakala UPSI membekalkan tenaga pengajar pakar, bahan pengajaran, jaminan kualiti dan penyelarasan APTIS.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut beliau, UPSI berkomitmen menyediakan persekitaran pembelajaran lengkap menerusi dua kampus moden di Tanjong Malim, iaitu Kampus Sultan Abdul Jalil Shah (KSAJS) dan Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS), yang dilengkapi infrastruktur akademik, kediaman, kokurikulum, sukan serta kesejahteraan pelajar.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDengan standard kurikulum yang ketat, penilaian jelas dan sokongan pelajar yang rapi, laluan ini akan benar-benar melaksanakan apa yang dijanjikan,\u201d Ujar beliau.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/Gambar-2-1-1024x683.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-29148\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/Gambar-2-1-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/Gambar-2-1-300x200.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/Gambar-2-1-768x512.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/Gambar-2-1-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/Gambar-2-1-2048x1365.jpg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/Gambar-2-1-600x400.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Prof. Madya Dr. Ridzwan (dua dari kanan) dan Yu Zhiming (tiga dari kanan) ketika menandangani dokumen MoA antara UPSI dengan Ningxia New Vision Education Management Co. Ltd, China dalam satu majlis yang diadakan di Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI.<br>\u00a0<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/Gambar-3-1024x683.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-29149\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/Gambar-3-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/Gambar-3-300x200.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/Gambar-3-768x513.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/Gambar-3-1536x1025.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/Gambar-3-2048x1367.jpg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/Gambar-3-600x400.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Prof. Madya Dr. Ridzwan (kanan) ketika berucap pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoA) antara UPSI dengan Ningxia New Vision Education Management Co. Ltd, China<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Pengurus Besar Ningxia New Vision Education, Yu Zhiming berkata UPSI merupakan universiti pendidikan yang terkenal dengan sejarah panjang dan budaya yang kaya, serta sentiasa berusaha ke arah pengantarabangsaan pendidikan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSejak ditubuhkan, UPSI telah melatih ramai bakat cemerlang, manakala New Vision Education pula sentiasa menekankan inovasi dan perkhidmatan serta komited menyediakan pendidikan yang kukuh dan boleh dipercayai,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, sejak beberapa tahun lalu syarikat itu telah membantu lebih ribuan pelajar melanjutkan pengajian ke luar negara, sekali gus meraih kepercayaan berterusan daripada ibu bapa dan pelajar.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMalah, kerjasama kami dengan UPSI bermula seawal tahun 2019 melalui penubuhan <em>Off-shore ELPC Training Center<\/em> di Ningxia International Language College.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, MoA yang ditandatangani hari ini bukan sahaja kesinambungan usaha terdahulu, malah satu penambahbaikan dengan penubuhan <em>Language Centre<\/em> di China bagi menggabungkan sumber berkualiti kedua-dua pihak.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPusat bahasa ini akan membuka laluan lebih mudah dan berkesan kepada pelajar China untuk menyambung pengajian di sebuah universiti terkemuka dunia seperti UPSI.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya percaya dengan usaha bersama, kerjasama antara universiti dan industri ini akan melahirkan bakat menyeluruh yang menguasai bahasa dan kemahiran untuk keperluan masyarakat,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Hadir sama Pendaftar UPSI, Helmi Zaifura Abdul Rahman; Penolong Pengetua Sekolah Vokasional Perniagaan NingXia, Prof. Zhang Jing; Dekan, Fakulti Bahasa dan Komunikasi UPSI, Prof. Madya Dr. Mazura @ Mastura Muhammad.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Bazli Razak Tanjong Malim, 9 September 2025 \u2013 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Ningxia New Vision Education Management Co. Ltd dari China, dengan Ningxia Business Vocational School (NBVS) sebagai rakan pelaksana di Yinchuan. MoA tersebut memberi tumpuan kepada pelaksanaan English Preparatory Course (EPC) yang dijajarkan dengan penilaian APTIS sebagai [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":29147,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[140],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29146"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=29146"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29146\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":29150,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29146\/revisions\/29150"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/29147"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=29146"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=29146"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=29146"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}