{"id":29235,"date":"2025-09-12T16:30:31","date_gmt":"2025-09-12T08:30:31","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=29235"},"modified":"2025-09-12T16:30:33","modified_gmt":"2025-09-12T08:30:33","slug":"dialog-perpaduan-membina-jambatan-keharmonian","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2025\/09\/12\/dialog-perpaduan-membina-jambatan-keharmonian\/","title":{"rendered":"Dialog Perpaduan: Membina Jambatan Keharmonian"},"content":{"rendered":"\n<p><strong>Oleh: Nik Nurul Athirah binti Mohd Fikri<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p><strong>Tanjong Malim, 1 September \u2013 <\/strong>Sekretariat Rukun Negara (SRN) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Sidang 2024\/2025 dengan kerjasama pelbagai rakan strategik telah berjaya menganjurkan sebuah forum intelektual bertajuk <em>Rentak Perpaduan: Bicara Merdeka, Pelbagai Suara<\/em> bersempena sambutan bulan kemerdekaan. Forum ini mengangkat tema <em>\u201cBerbeza Budaya, Sejiwa Merdeka\u201d<\/em> dan berlangsung secara dalam talian melalui platform Google Meet pada 1 September 2025. <\/p>\n\n\n\n<p>Program ini diketuai oleh Nik Nurul Athirah Mohd Fikri selaku Pengarah Program bersama barisan jawatankuasa yang telah berganding bahu sehingga majlis berjalan dengan lancar. Penganjuran ini turut mendapat sokongan daripada pelbagai pihak kolaborasi, termasuk Persatuan Pengajian Malaysia (PPMAS), Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR), Kelab Pendidikan Demokratik, Majlis Perwakilan Pelajar UPSI, SRN Politeknik Ungku Omar, SRN Universiti Sains Malaysia, SRN IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan serta SRN IPG Kampus Bahasa Melayu.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada siri terdahulu, SRN telah menganjurkan forum yang menampilkan mahasiswa sebagai panel dan mendapat sambutan yang amat memberangsangkan. Hal ini membuktikan bahawa isu perpaduan sangat dekat di hati golongan muda. Rentetan daripada maklum balas positif tersebut, penganjuran kali ini diteruskan dengan membawa forum ke tahap yang lebih tinggi melalui penglibatan panel jemputan berwibawa daripada pelbagai latar belakang akademik, penyelidikan dan institusi kerajaan. Kehadiran panel yang berautoriti ini bukan sahaja memperkayakan wacana, malah memberi peluang kepada peserta untuk memahami isu perpaduan dari pelbagai sudut. <\/p>\n\n\n\n<p>Forum ini berfungsi sebagai wadah diskusi terbuka yang menekankan peranan mahasiswa dalam menghayati kepelbagaian serta memperkukuh semangat perpaduan nasional. Kehadiran panel yang berpengalaman dalam bidang perpaduan, pendidikan, budaya dan pengurusan masyarakat menjadikan perbincangan lebih bermakna kerana mereka berkongsi pandangan berdasarkan kepakaran serta pengalaman lapangan.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"935\" height=\"528\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/Picture2-1.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-29236\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/Picture2-1.png 935w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/Picture2-1-300x169.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/Picture2-1-768x434.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/Picture2-1-600x339.png 600w\" sizes=\"(max-width: 935px) 100vw, 935px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Antara panel yang diundang ialah Tuan Zulkhairi Zainal, Timbalan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Pulau Pinang dengan pengalaman lebih 17 tahun dalam pengurusan konflik komuniti. Beliau menekankan bahawa usaha mengekalkan keharmonian masyarakat berbilang kaum adalah tanggungjawab bersama yang perlu digalas tanpa mengira latar bangsa dan agama. Beliau turut mengingatkan bahawa perpaduan hanya dapat bertahan apabila setiap anggota masyarakat memainkan peranan secara konsisten.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, forum ini turut menampilkan En. Oo Cheng Keat, Pensyarah Kanan merangkap Pengarah Program Sains Politik di Open University Malaysia (OUM). Beliau juga merupakan Penyelidik Bersekutu Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) UKM serta sedang melanjutkan pengajian PhD dalam bidang Pendidikan Kewarganegaraan Global. Berpengalaman menulis artikel berkaitan toleransi beragama serta menjadi panel forum perpaduan di pelbagai universiti, beliau menegaskan bahawa perpaduan bukan hanya slogan di atas kertas, tetapi perlu diterjemahkan melalui tindakan nyata dalam kehidupan seharian.<\/p>\n\n\n\n<p>Turut hadir ialah Dr. Charanjit Kaur Darshan Singh, Profesor Madya dari Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), pakar antropologi budaya yang terkenal dengan penyelidikan mengenai masyarakat minoriti Sikh di Malaysia. Beliau yang berpengalaman luas dalam isu identiti sosial, konflik budaya-agama dan gender, sering menjadi pakar rujuk kepada agensi kerajaan, NGO serta media arus perdana. Pandangan beliau membuka dimensi baharu tentang bagaimana kepelbagaian budaya boleh diurus secara harmoni untuk memperkukuh perpaduan masyarakat majmuk.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"576\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/Picture4-1024x576.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-29238\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/Picture4-1024x576.png 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/Picture4-300x169.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/Picture4-768x432.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/Picture4-600x337.png 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/Picture4.png 1366w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Forum ini berjaya menarik penyertaan hampir 500 peserta dari pelbagai institusi pengajian tinggi di seluruh negara, mencerminkan minat yang mendalam terhadap topik perpaduan. Diskusi menekankan bahawa perpaduan tidak boleh dilihat sebagai slogan semata-mata, sebaliknya menuntut usaha berterusan melalui kefahaman, dialog terbuka, serta penghormatan terhadap kepelbagaian budaya. Panel juga menegaskan bahawa kepimpinan mahasiswa yang bersifat inklusif dan berlandaskan nilai sejagat merupakan asas penting dalam membina masyarakat yang harmoni.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain memperkukuh kesedaran sivik, forum ini juga menyokong aspirasi nasional selari dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 serta Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), khususnya SDG 4 (Pendidikan Berkualiti), SDG 10 (Mengurangkan Ketidaksamaan) dan SDG 16 (Kehidupan Aman dan Harmoni). Majlis penutup diserikan dengan sesi soal jawab dan fotografi maya sebagai simbol penghargaan kepada semua pihak yang terlibat. <em>Rentak Perpaduan: Bicara Merdeka, Pelbagai Suara<\/em> telah membuktikan komitmen mahasiswa dalam memperkukuh semangat perpaduan nasional serta mengangkat peranan institusi pendidikan tinggi sebagai medium penting dalam melahirkan generasi muda yang bersatu padu, progresif dan berdaya saing.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Nik Nurul Athirah binti Mohd Fikri Tanjong Malim, 1 September \u2013 Sekretariat Rukun Negara (SRN) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Sidang 2024\/2025 dengan kerjasama pelbagai rakan strategik telah berjaya menganjurkan sebuah forum intelektual bertajuk Rentak Perpaduan: Bicara Merdeka, Pelbagai Suara bersempena sambutan bulan kemerdekaan. Forum ini mengangkat tema \u201cBerbeza Budaya, Sejiwa Merdeka\u201d dan berlangsung [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":7,"featured_media":29239,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[270,166,222,108,256,170],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29235"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/7"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=29235"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29235\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":29240,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29235\/revisions\/29240"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/29239"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=29235"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=29235"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=29235"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}