{"id":29463,"date":"2025-09-26T11:42:16","date_gmt":"2025-09-26T03:42:16","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=29463"},"modified":"2025-09-26T13:47:06","modified_gmt":"2025-09-26T05:47:06","slug":"rakan-millenia-perkasa-semangat-anak-kandung-suluh-budiman","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2025\/09\/26\/rakan-millenia-perkasa-semangat-anak-kandung-suluh-budiman\/","title":{"rendered":"Rakan Millenia Perkasa Semangat Anak Kandung Suluh Budiman"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Ng Zhen Fan Shankar<\/p>\n\n\n\n<p><strong>TANJONG MALIM, 26 September 2025\u2013 <\/strong>Persiapan Minggu Intelektual dan Interaksi Anak Kandung Suluh Budiman (MILLENIA) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kini berada pada tahap paling rancak apabila seramai 180 sukarelawan Rakan Millenia tampil berganding bahu memastikan kelancaran penganjuran program berkenaan untuk menyambut seramai 4063 mahasiswa\u00a0baharu.<\/p>\n\n\n\n<p>Sukarelawan tersebut bukan sahaja bertindak sebagai tenaga kerja di belakang tabir, malah berperanan sebagai duta kecil universiti dengan menonjolkan semangat, kesungguhan dan iltizam. Kehadiran mereka turut mencerminkan komitmen mahasiswa UPSI dalam menyambut kedatangan pelajar baharu dengan penuh mesra serta rasa tanggungjawab sebagai keluarga besar Anak Kandung Suluh Budiman.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"682\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/Picture2-5-1024x682.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-29465\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/Picture2-5-1024x682.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/Picture2-5-300x200.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/Picture2-5-768x512.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/Picture2-5-600x400.jpg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/Picture2-5.jpg 1280w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Sepanjang tempoh persiapan, pelbagai bentuk latihan, bengkel, dan sesi taklimat intensif telah dijalankan bagi memastikan setiap sukarelawan memahami peranan serta tanggungjawab mereka. Latihan tersebut bukan sahaja menekankan aspek teknikal dan pengurusan program, malah turut memberi penekanan kepada sahsiah, kepimpinan, komunikasi, serta nilai-nilai murni selari dengan falsafah UPSI.<\/p>\n\n\n\n<p>Pendedahan ini penting kerana Rakan Millenia bakal menjadi individu pertama yang berinteraksi secara langsung dengan pelajar baharu, sekali gus mencerminkan imej UPSI sebagai sebuah institusi pendidikan berteraskan ilmu, budi dan budaya.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"595\" height=\"397\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/Picture3-10.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-29466\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/Picture3-10.jpg 595w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/Picture3-10-300x200.jpg 300w\" sizes=\"(max-width: 595px) 100vw, 595px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1280\" height=\"853\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/Picture4-8.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-29468\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/Picture4-8.jpg 1280w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/Picture4-8-300x200.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/Picture4-8-1024x682.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/Picture4-8-768x512.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/Picture4-8-600x400.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 1280px) 100vw, 1280px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>MILLENIA bukan sekadar minggu orientasi biasa, sebaliknya menjadi ruang perkenalan rasmi yang membina asas keakraban antara mahasiswa baharu dengan warga kampus. Melalui pelbagai aktiviti yang dirancang, mahasiswa baharu berpeluang menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran universiti, memahami struktur akademik, mengenali kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan, serta menyelami budaya dan nilai yang menjadi tunjang kepada universiti ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Program ini juga berfungsi sebagai landasan untuk menyemai semangat kebersamaan, kecintaan terhadap ilmu, serta membentuk identiti sebagai Anak Kandung Suluh Budiman yang berwibawa.<\/p>\n\n\n\n<p>Dengan laungan penuh mesra dan rasa kekeluargaan, UPSI bersama seluruh warga Rakan Millenia mengucapkan \u201cSelamat Datang ke Universiti Pendidikan Sultan Idris\u201d kepada semua mahasiswa baharu sesi ini. Kehadiran mereka diharap menjadi titik tolak perjalanan ilmu yang sarat pengalaman indah, pencapaian akademik cemerlang, serta penglibatan aktif dalam kegiatan kokurikulum. Bersama-sama, warga kampus meneguhkan ukhuwah, menyemarakkan budaya ilmu, dan menghayati semangat Anak Kandung Suluh Budiman sebagai penerus legasi kegemilangan UPSI.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Ng Zhen Fan Shankar TANJONG MALIM, 26 September 2025\u2013 Persiapan Minggu Intelektual dan Interaksi Anak Kandung Suluh Budiman (MILLENIA) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kini berada pada tahap paling rancak apabila seramai 180 sukarelawan Rakan Millenia tampil berganding bahu memastikan kelancaran penganjuran program berkenaan untuk menyambut seramai 4063 mahasiswa\u00a0baharu. Sukarelawan tersebut bukan sahaja bertindak [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":7,"featured_media":29469,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[71],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29463"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/7"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=29463"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29463\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":29471,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29463\/revisions\/29471"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/29469"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=29463"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=29463"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=29463"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}