{"id":29521,"date":"2025-09-29T10:21:10","date_gmt":"2025-09-29T02:21:10","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=29521"},"modified":"2025-09-29T10:21:12","modified_gmt":"2025-09-29T02:21:12","slug":"abang-pelajar-baharu-upsi-meninggal-dunia-dalam-perjalanan-pendaftaran","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2025\/09\/29\/abang-pelajar-baharu-upsi-meninggal-dunia-dalam-perjalanan-pendaftaran\/","title":{"rendered":"Abang Pelajar Baharu UPSI Meninggal Dunia Dalam Perjalanan Pendaftaran"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Bazli Razak<\/p>\n\n\n\n<p><strong>TANJONG MALIM, 28 September 2025 \u2013<\/strong> Kegembiraan seorang pelajar baharu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk mendaftar pagi kelmarin bertukar pilu apabila abangnya meninggal dunia secara mengejut dalam perjalanan dari Seremban ke Tanjong Malim.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi di Plaza Tol Sungai Besi, Kuala Lumpur, Nik Mohamad Syahrul Azzim Nik Yusoff (29), alumni UPSI Program Reka Bentuk dan Pembangunan Permainan Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi (FKMT) tahun 2017, dilaporkan tidak sedarkan diri ketika memandu sebelum rebah ke arah adiknya, Nik Nur Maisarah Nik Yusoff, yang berada di tempat duduk penumpang hadapan.<\/p>\n\n\n\n<p>Maisarah yang dalam perjalanan ke UPSI untuk mendaftar sebagai pelajar baharu program Teknologi Maklumat, Fakulti Komputeran dan META Teknologi (FKMT), sempat memegang stereng kenderaan bagi mengelakkan pelanggaran di laluan plaza tol.<\/p>\n\n\n\n<p>Kenderaan itu bagaimanapun terbabas namun Maisarah dan kakaknya yang turut berada di dalam kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Nik Mohamad Syahrul Azzim disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Serdang. Hasil bedah siasat mendapati punca kematian beliau adalah mati mengejut, tanpa sebarang tanda penyakit.<\/p>\n\n\n\n<p>Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke Seremban untuk disolatkan di Masjid Muhammad Al-Fateh sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Forest High.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI, Prof. Dr. Norkhalid Salimin yang hadir menziarahi keluarga mangsa berkata, pihak universiti amat bersimpati dengan kejadian yang menimpa salah seorang mahasiswa baharu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPihak universiti mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham atas pemergian beliau. Kami di UPSI sentiasa prihatin dengan nasib mahasiswa dan akan memastikan kebajikan mereka sentiasa diberi perhatian.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"461\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/Gambar-2-1024x461.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-29523\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/Gambar-2-1024x461.jpeg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/Gambar-2-300x135.jpeg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/Gambar-2-768x346.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/Gambar-2-1536x691.jpeg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/Gambar-2-2048x922.jpeg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/Gambar-2-600x270.jpeg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Prof. Dr. Norkhalid (kanan) semasa hadir menziarahi rumah keluarga mangsa di Taman Nyior Hijau Seremban, Negeri Sembilan<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Beliau turut menegaskan bahawa UPSI bukan sahaja memberi tumpuan terhadap kecemerlangan akademik pelajar, malah menekankan aspek kebajikan dan sokongan emosi khususnya dalam situasi yang melibatkan kehilangan ahli keluarga.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKebajikan mahasiswa merupakan keutamaan kami. Melalui Unit Hal Ehwal Pelajar, UPSI akan terus cakna dan berusaha membantu keluarga serta mahasiswa yang terkesan dengan kejadian ini,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Bazli Razak TANJONG MALIM, 28 September 2025 \u2013 Kegembiraan seorang pelajar baharu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk mendaftar pagi kelmarin bertukar pilu apabila abangnya meninggal dunia secara mengejut dalam perjalanan dari Seremban ke Tanjong Malim. Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi di Plaza Tol Sungai Besi, Kuala Lumpur, Nik Mohamad Syahrul Azzim Nik [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":29522,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[223,118],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29521"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=29521"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29521\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":29524,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29521\/revisions\/29524"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/29522"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=29521"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=29521"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=29521"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}