{"id":29565,"date":"2025-10-02T11:32:35","date_gmt":"2025-10-02T03:32:35","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=29565"},"modified":"2025-10-02T11:32:37","modified_gmt":"2025-10-02T03:32:37","slug":"golden-bitara-hive-diiktiraf-sebagai-tunas-perusahaan-sosial-kebangsaan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2025\/10\/02\/golden-bitara-hive-diiktiraf-sebagai-tunas-perusahaan-sosial-kebangsaan\/","title":{"rendered":"GOLDEN BITARA HIVE DIIKTIRAF SEBAGAI TUNAS PERUSAHAAN SOSIAL KEBANGSAAN"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Dr. Rosmini Ismail<\/p>\n\n\n\n<p><strong>TANJONG MALIM, 1 Oktober 2025 \u2013<\/strong> Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terus memperkukuh kedudukannya sebagai institusi peneraju dalam bidang keusahawanan sosial apabila Golden Bitara Hive (GBH) berjaya memperoleh penarafan Tunas Perusahaan Sosial Kebangsaan \u2013 Aspiring SE daripada Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN).<\/p>\n\n\n\n<p>Pengiktirafan ini diberikan selepas melalui proses penilaian menyeluruh oleh jawatankuasa khas INSKEN berdasarkan kriteria-kriteria perusahaan sosial yang ditetapkan. Status penarafan ini berkuat kuasa mulai 22 September 2025 hingga 21 September 2026.<\/p>\n\n\n\n<p>Golden Bitara Hive merupakan inisiatif sosial yang diterajui oleh Dayang Eriena Hafika Awang Sebeki selaku Ketua Projek Pelajar, bersama barisan pasukan pelajar daripada pelbagai latar belakang dan bidang pengajian. Projek ini memberi tumpuan kepada pembangunan produk berasaskan kelulut, di samping menyasarkan impak positif kepada komuniti melalui pendekatan keusahawanan sosial dan kelestarian.<\/p>\n\n\n\n<p>Kejayaan ini turut diperkukuh dengan bimbingan dan sokongan mentor, Dr. Mohd Syariefudin Abdullah dalam aspek teknikal penternakan kelulut, serta Siti Nadiah Halimah Md Shah, yang bukan sahaja berperanan sebagai mentor dari sudut pengurusan dan pengkomersialan, malah turut membantu secara aktif sebagai Felo Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK) dalam menyelaras dokumentasi, penyediaan laporan dan proses penilaian yang membawa kepada kejayaan penarafan ini.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"1024\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/Picture2-1024x1024.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-29566\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/Picture2-1024x1024.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/Picture2-300x300.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/Picture2-150x150.jpg 150w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/Picture2-768x768.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/Picture2-600x600.jpg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/Picture2-100x100.jpg 100w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/Picture2-24x24.jpg 24w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/Picture2-48x48.jpg 48w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/Picture2-96x96.jpg 96w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/Picture2.jpg 1080w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Menurut Pengarah Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (EDGE), PM Dr. Sharul Effendy Janudin, kejayaan ini mencerminkan keupayaan pelajar UPSI untuk menjadi agen perubahan sosial melalui pendekatan keusahawanan yang berasaskan nilai.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPenarafan ini bukan sahaja mengiktiraf komitmen pelajar dalam membangunkan projek berimpak tinggi, tetapi juga menunjukkan bahawa graduan UPSI mampu menyumbang kepada pembangunan komuniti melalui inovasi sosial. EDGE akan terus menyokong usaha seperti ini bagi melahirkan graduan yang bukan sahaja berdaya saing dalam pasaran kerja, tetapi turut membawa perubahan positif kepada masyarakat,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"1024\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/Picture3-1024x1024.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-29567\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/Picture3-1024x1024.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/Picture3-300x300.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/Picture3-150x150.jpg 150w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/Picture3-768x768.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/Picture3-600x600.jpg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/Picture3-100x100.jpg 100w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/Picture3-24x24.jpg 24w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/Picture3-48x48.jpg 48w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/Picture3-96x96.jpg 96w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/Picture3.jpg 1080w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Kejayaan ini membuktikan bahawa kolaborasi erat antara pelajar, mentor dan pihak universiti menjadi pemangkin utama dalam memperkasakan agenda perusahaan sosial dan seterusnya mengukuhkan aspirasi UPSI sebagai institusi pendidikan yang melahirkan graduan berjiwa keusahawanan dan berimpak komuniti.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Dr. Rosmini Ismail TANJONG MALIM, 1 Oktober 2025 \u2013 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terus memperkukuh kedudukannya sebagai institusi peneraju dalam bidang keusahawanan sosial apabila Golden Bitara Hive (GBH) berjaya memperoleh penarafan Tunas Perusahaan Sosial Kebangsaan \u2013 Aspiring SE daripada Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN). Pengiktirafan ini diberikan selepas melalui proses penilaian menyeluruh oleh [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":7,"featured_media":29568,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[107,194,164],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29565"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/7"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=29565"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29565\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":29569,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29565\/revisions\/29569"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/29568"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=29565"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=29565"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=29565"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}