{"id":29941,"date":"2025-10-16T16:55:59","date_gmt":"2025-10-16T08:55:59","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=29941"},"modified":"2025-10-16T16:56:01","modified_gmt":"2025-10-16T08:56:01","slug":"upsi-honor-bakal-bangunkan-makmal-pendidikan-ai-pertama-di-asia-tenggara","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2025\/10\/16\/upsi-honor-bakal-bangunkan-makmal-pendidikan-ai-pertama-di-asia-tenggara\/","title":{"rendered":"UPSI\u2013HONOR Bakal Bangunkan Makmal Pendidikan AI Pertama di Asia Tenggara"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Bazli Razak<\/p>\n\n\n\n<p><strong>TANJONG MALIM, 16 Oktober 2025 \u2013<\/strong> Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bakal membina Makmal Pendidikan Kecerdasan Buatan (AI) pertama di Asia Tenggara hasil jalinan kerjasama strategik dengan syarikat teknologi global, HONOR, melalui termeterainya Memorandum Persefahaman (MoU), hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Perjanjian yang diadakan di Ibu Pejabat HONOR, Shenzhen, China itu ditandatangani oleh Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md Amin Md Taff, manakala HONOR diwakili oleh Presiden HONOR South Pacific, Li Jing,.<\/p>\n\n\n\n<p>Turut hadir menyaksikan pementeraian MoU tersebut, Pengurusi Education Malaysia Global Services (EMGS) merangkap Penasihat Khas Menteri Kementeri Pendidikan Tinggi, Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Md Amin , UPSI dan HONOR akan meneroka pelbagai bidang kerjasama termasuk pengajaran dan pembelajaran digital, penyelidikan serta penerbitan bersama, pendedahan industri dan mobiliti akademik, khidmat perundingan serta penglibatan komuniti dalam bidang kecerdasan buatan (AI).<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKerjasama itu akan menjadi pemangkin kepada transformasi pendidikan tinggi negara dengan memperkenalkan pendekatan pembelajaran berasaskan AI yang pertama seumpamanya di rantau ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cUPSI berbangga menjadi universiti awam pertama di Malaysia yang menjalin kerjasama dengan syarikat teknologi antarabangsa seperti HONOR untuk membangunkan <em>Makmal Pendidikan AI<\/em> di Perpustakaan Tuanku Bainun.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMakmal ini bukan sahaja akan menjadi pusat latihan dan penyelidikan bagi warga UPSI, malah akan dibuka kepada komuniti luar untuk merasai pengalaman pembelajaran berasaskan teknologi masa depan.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"768\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/Gambar-2-3.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-29943\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/Gambar-2-3.jpeg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/Gambar-2-3-300x225.jpeg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/Gambar-2-3-768x576.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/Gambar-2-3-600x450.jpeg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Md Amin (kanan) bersama Li Jing (dua dari kanan) bergambar sambil menunjukkan dokumen MoU yang telah ditandatangani bersama dalam satu majlis di Ibu Pejabat HONOR, Shenzhen, China.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"768\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/Gambar-3-1.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-29944\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/Gambar-3-1.jpeg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/Gambar-3-1-300x225.jpeg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/Gambar-3-1-768x576.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/Gambar-3-1-600x450.jpeg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Md Amin (duduk, kanan) bergambar bersama Li Jing (duduk, kiri) bersama wakil UHSB dan barisan pengurusan tertinggi UPSI.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Pada majlis yang sama turut menyaksikan sesi menandatangani MoU antara UPSI Holdings Sdn. Bhd. (UHSB) dengan HONOR yang diwakili oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UHSB, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut beliau, MoU antara UHSB dan HONOR pula merangkumi usaha mempromosikan, memasarkan dan menjual produk terpilih keluaran HONOR kepada UPSI, universiti awam lain serta agensi kerajaan di Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>Kerjasama itu turut memberi fokus kepada pertukaran kepakaran teknikal, pembangunan strategi perkhidmatan, dan penubuhan pusat <em>drop-off<\/em> atau pusat servis di kawasan universiti bagi meningkatkan nilai perkhidmatan kepada pelanggan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita percaya inisiatif ini akan menjadikan UPSI bukan sahaja sebagai peneraju pendidikan guru, tetapi juga hab inovasi teknologi pendidikan di Asia Tenggara,\u201d ujar beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Makmal Pendidikan AI tersebut dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh terdekat dan bakal menjadi simbol kebitaraan UPSI dalam mendepani era digitalisasi pendidikan global.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Bazli Razak TANJONG MALIM, 16 Oktober 2025 \u2013 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bakal membina Makmal Pendidikan Kecerdasan Buatan (AI) pertama di Asia Tenggara hasil jalinan kerjasama strategik dengan syarikat teknologi global, HONOR, melalui termeterainya Memorandum Persefahaman (MoU), hari ini. Perjanjian yang diadakan di Ibu Pejabat HONOR, Shenzhen, China itu ditandatangani oleh Naib Canselor [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":29942,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29941"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=29941"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29941\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":29945,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/29941\/revisions\/29945"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/29942"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=29941"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=29941"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=29941"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}