{"id":30305,"date":"2025-10-30T08:17:14","date_gmt":"2025-10-30T00:17:14","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=30305"},"modified":"2025-10-30T08:17:15","modified_gmt":"2025-10-30T00:17:15","slug":"tragedi-liang-berdarah-jadi-iktibar-kukuh-budaya-keselamatan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2025\/10\/30\/tragedi-liang-berdarah-jadi-iktibar-kukuh-budaya-keselamatan\/","title":{"rendered":"Tragedi Liang Berdarah Jadi Iktibar Kukuh Budaya Keselamatan"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Bazli Razak<\/p>\n\n\n\n<p><strong>TANJONG MALIM, 29 Oktober 2025 \u2014<\/strong> Tragedi kehilangan pendaki muda Allahyarham Mustaqeem Mansor ketika menyertai ekspedisi Trans Semaliang baru-baru ini perlu dijadikan pengajaran penting dalam membina kesedaran nasional mengenai aspek keselamatan, tanggungjawab dan etika dalam aktiviti pendakian.<\/p>\n\n\n\n<p>Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Datuk Dr. Md Amin Md Taff, berkata tragedi itu bukan sekadar kisah duka, tetapi satu isyarat untuk semua pihak memperkukuh sistem keselamatan serta meningkatkan disiplin dan ilmu sebelum memulakan aktiviti lasak di kawasan berisiko tinggi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTragedi ini membuka mata kita bahawa di sebalik kecantikan alam dan keindahan puncak, tersimpan ujian yang menuntut disiplin, persiapan, ilmu dan semangat berpasukan yang tinggi,<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Forum \u201cLiang Berdarah: Puncak Harapan atau Lembah Kedukaan\u201d di Panggung Percubaan, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Forum berkenaan menampilkan tiga ahli panel iaitu Timbalan Penguasa Bomba (TPGB II) Khirulnizam Jamaludin, Penolong Penguasa Bomba Marazman Mohamad dan Pengerusi Persatuan Malim Gunung Malaysia, Muzafar Mohamad.<\/p>\n\n\n\n<p>Md Amin turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Mustaqeem dan menyifatkan pemergian beliau pada 16 Oktober lalu sebagai kehilangan besar kepada komuniti pendaki, khususnya di Tanjong Malim yang menjadi antara lokasi penamat ekspedisi tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cForum ini bukan untuk menuding jari, tetapi sebagai ruang bermuhasabah dan mencari hikmah di sebalik kehilangan. Setiap tragedi membawa mesej untuk kita memperbaiki sistem dan sikap,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau menegaskan bahawa semua pihak termasuk pendaki, penganjur ekspedisi (gogo), malim gunung serta agensi penguat kuasa perlu berganding bahu memperkukuh standard keselamatan, sistem amaran awal, latihan asas kecemasan dan protokol komunikasi digital.<\/p>\n\n\n\n<p>Md Amin turut menekankan komitmen UPSI untuk terus mendidik generasi muda agar mencintai alam dengan ilmu, empati dan tanggungjawab, selain melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang akademik tetapi juga berjiwa penyelamat dan berdisiplin dalam pasukan.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/Gambar-1-3-1024x683.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-30307\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/Gambar-1-3-1024x683.jpeg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/Gambar-1-3-300x200.jpeg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/Gambar-1-3-768x512.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/Gambar-1-3-1536x1024.jpeg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/Gambar-1-3-2048x1365.jpeg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/Gambar-1-3-600x400.jpeg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Md Amin (empat dari kiri) bergambar bersama barisan pengurusan UPSI dan tetamu yang hadir sempena Forum \u201cLiang Berdarah: Puncak Harapan atau Lembah Kedukaan\u201d di Panggung Percubaan, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/Gambar-2-5-1024x683.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-30308\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/Gambar-2-5-1024x683.jpeg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/Gambar-2-5-300x200.jpeg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/Gambar-2-5-768x512.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/Gambar-2-5-1536x1024.jpeg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/Gambar-2-5-2048x1365.jpeg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/Gambar-2-5-600x400.jpeg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Md Amin ketika menyampaikan ucapan aluan sempena Forum Liang Berdarah: Puncak Harapan atau Lembah Kedukaan\u201d di Panggung Percubaan, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>\u201cGunung tidak pernah menolak kita. Yang penting ialah bagaimana kita menghormati alam dan menghargai sebuah kehidupan. Alam semula jadi bukan untuk ditakluki, tetapi untuk dihayati dan dihormati,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Forum tersebut turut disertai pelancaran UAP Glamping Park, sebagai simbol kepada usaha membina ekosistem aktiviti luar yang lebih selamat, tersusun dan beretika.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Bazli Razak TANJONG MALIM, 29 Oktober 2025 \u2014 Tragedi kehilangan pendaki muda Allahyarham Mustaqeem Mansor ketika menyertai ekspedisi Trans Semaliang baru-baru ini perlu dijadikan pengajaran penting dalam membina kesedaran nasional mengenai aspek keselamatan, tanggungjawab dan etika dalam aktiviti pendakian. Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Datuk Dr. Md Amin Md Taff, berkata [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":30306,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[109],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30305"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=30305"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30305\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":30309,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30305\/revisions\/30309"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/30306"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=30305"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=30305"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=30305"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}