{"id":30448,"date":"2025-10-31T16:20:41","date_gmt":"2025-10-31T08:20:41","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=30448"},"modified":"2025-11-01T20:28:00","modified_gmt":"2025-11-01T12:28:00","slug":"malaysia-education-startup-dialogue","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2025\/10\/31\/malaysia-education-startup-dialogue\/","title":{"rendered":"Dialog Malaysia Education Startup Perkasa Inovasi Edutech Nasional"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh : Lo Yi Wen dan Dr. Nor Syazwani Mat Salleh<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Tanjong Malim, Perak<\/strong>, <strong>18 Oktober 2025- <\/strong> Program <em>Malaysia Education Startup Dialogue<\/em> secara dalam talian bermula jam 2.00 hingga 5.00 petang dengan jayanya. Program ini merupakan program anjuran Kelab Reka Bentuk dan Warisan (KEREBEWA) Sidang 2024\/2025, Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama AFTER KELAS.COM.<\/p>\n\n\n\n<p>Program yang dirasmikan oleh Dr. Nor Syazwani Mat Salleh ini menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan termasuk pengasas <em>startup<\/em> pendidikan, pembuat dasar, ahli akademik, pelabur dan mahasiswa dalam usaha membincangkan hala tuju serta potensi besar <em>edutech startups<\/em> dalam memperkasa landskap pendidikan negara. Turut hadir memeriahkan sesi perkongsian ialah Mifzal Salihin, Tokoh Siswa Kebangsaan 2022 yang dijemput sebagai panel utama program.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"711\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/Picture12-1024x711.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-30449\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/Picture12-1024x711.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/Picture12-300x208.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/Picture12-768x533.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/Picture12-600x417.jpg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/Picture12.jpg 1280w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Sesi perkenalan oleh panel Mifzal bin Salihin sebelum memulakan perkongsian dalam Program Malaysia Education Startup Dialogue<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Menurut Pengarah Program, Abdul Wafiy Kamarudin, penganjuran <em>Malaysia Education Startup Dialogue<\/em> bertujuan untuk membuka ruang perbincangan strategik mengenai inovasi teknologi dalam sektor pendidikan. \u201cProgram ini bukan sekadar wacana, tetapi platform bagi kita memahami bagaimana <em>startup<\/em> pendidikan dapat menyelesaikan cabaran sebenar dalam sistem pembelajaran moden seperti akses kepada pendidikan berkualiti, keterlibatan pelajar serta keberkesanan pengajaran\u201d jelas beliau dalam ucapan pembukaannya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut menambah bahawa objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan sokongan terhadap startup pendidikan dalam menyumbang kepada transformasi sistem pendidikan negara di samping mendedahkan pelajar dan pendidik kepada inovasi edutech terkini serta potensi kerjaya dalam bidang <em>startup<\/em> pendidikan. Selain itu, program ini juga berperanan dalam mewujudkan jaringan strategik antara startup, institusi pendidikan, agensi kerajaan dan pelabur bagi menjalin kolaborasi jangka panjang yang mampan.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large is-resized\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"711\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/Picture13-1024x711.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-30450\" style=\"width:840px;height:auto\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/Picture13-1024x711.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/Picture13-300x208.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/Picture13-768x533.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/Picture13-600x417.jpg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/Picture13.jpg 1280w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Sesi perkongsian oleh panel berkaitan topik \u201cThe Education Landscape in Malaysia\u201d dalam Program Malaysia Education Startup Dialogue<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Sesi forum interaktif bersama Mifza turut berjaya menarik perhatian lebih 300 peserta yang terdiri daripada mahasiswa dan pensyarah UPSI. Dalam sesi tersebut, beliau membincangkan tentang landskap pendidikan di Malaysia yang kini berdepan pelbagai cabaran seperti penggunaan Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence), keperluan mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat (Safe School), isu keletihan dalam kalangan pendidik (Burnout among Educators), tahap daya tahan pelajar yang lemah (Weak Student Resilience) serta minat yang rendah terhadap pendidikan tinggi (Low Interest in Higher Education). Beliau menegaskan bahawa semua pihak perlu bekerjasama dalam menyesuaikan diri dengan perubahan ini bagi memastikan sistem pendidikan Malaysia terus relevan dan berdaya saing dalam era Revolusi Industri 4.0.<\/p>\n\n\n\n<p>Penasihat program, Dr. Nor Syazwani Mat Salleh pula menegaskan bahawa <em>Malaysia Education Startup Dialogue<\/em> adalah satu inisiatif yang seiring dengan aspirasi Pendidikan 5.0@UPSI yang menekankan pembelajaran berasaskan teknologi, kreativiti dan keusahawanan sosial. Beliau turut menggalakkan pelajar untuk berani mencuba idea baharu serta membina projek <em>edutech<\/em> yang berpotensi dikomersialkan pada masa hadapan. <\/p>\n\n\n\n<p>Menurut beliau \u201cEkosistem pendidikan masa kini memerlukan sinergi antara universiti, industri dan komuniti. Dialog seperti ini membantu membina jambatan antara ketiga-tiga pihak tersebut agar inovasi pendidikan dapat berkembang dalam persekitaran yang inklusif dan lestari.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Sepanjang tiga jam berlangsungnya program ini, para peserta bukan sahaja didedahkan kepada pelbagai trend dan peluang dalam bidang <em>education technology<\/em> malah turut berpeluang bertanya secara langsung kepada panel dan pengasas <em>startup<\/em> yang telah berjaya. Interaksi dua hala ini menjadikan sesi dialog lebih bermakna dan memberi inspirasi kepada generasi muda untuk meneroka potensi diri sebagai penggerak inovasi pendidikan masa depan. Program ini menerima penyertaan seramai 322 orang mahasiswa dan mahasiswi UPSI yang mengikuti sesi melalui platform digital rasmi universiti. Sambutan yang menggalakkan ini mencerminkan minat tinggi pelajar terhadap dunia <em>edutech<\/em> dan keusahawanan pendidikan yang semakin berkembang pesat di Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>Penganjuran <em>Malaysia Education Startup Dialogue<\/em> menjadi bukti bahawa universiti bukan sekadar pusat penyebaran ilmu tetapi juga medan penghasilan idea baharu yang mampu mentransformasikan sistem pendidikan negara. Melalui pendedahan terhadap inovasi dan kolaborasi strategik ini, diharapkan lahir lebih ramai tenaga muda yang bersedia memimpin perubahan dalam dunia pendidikan digital seiring visi Malaysia menuju masyarakat berpengetahuan, kreatif dan berdaya saing global.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh : Lo Yi Wen dan Dr. Nor Syazwani Mat Salleh Tanjong Malim, Perak, 18 Oktober 2025- Program Malaysia Education Startup Dialogue secara dalam talian bermula jam 2.00 hingga 5.00 petang dengan jayanya. Program ini merupakan program anjuran Kelab Reka Bentuk dan Warisan (KEREBEWA) Sidang 2024\/2025, Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK), Universiti Pendidikan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":7,"featured_media":30451,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[71,289],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30448"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/7"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=30448"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30448\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":30453,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30448\/revisions\/30453"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/30451"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=30448"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=30448"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=30448"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}