{"id":30596,"date":"2025-11-07T22:00:39","date_gmt":"2025-11-07T14:00:39","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=30596"},"modified":"2025-11-07T22:00:40","modified_gmt":"2025-11-07T14:00:40","slug":"project-based-inquiry-learning-pil-dan-etnomatematika","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2025\/11\/07\/project-based-inquiry-learning-pil-dan-etnomatematika\/","title":{"rendered":"PROJECT-BASED INQUIRY LEARNING (PIL) DAN ETNOMATEMATIKA"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh : Prof Madya Dr. Mazlini Adnan , Pn. Zainab Alias, Dr. Yulyanti Harisman, Dr. Resmi Darni, Dra. Sri Elniati, Hafizatunnisa dan Aqilul Asra. Fakulti Sains dan Matematik.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Cameron Highlands, 31 Oktober 2025<\/strong> \u2013 Pendekatan Project Based Inquiry Learning (PIL) yang diintegrasikan dengan elemen STEM dan etnomatematika semakin menunjukkan potensi besar dalam mengubah landskap pembelajaran Matematik di sekolah. Pendekatan inovatif ini telah diterapkan dalam satu penyelidikan pendidikan di SMK Sultan Ahmad Shah, Cameron Highlands, melibatkan kerjasama antara penyelidik dari Universitas Negeri Padang (UNP), Indonesia dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang diwakili oleh Prof. Madya Dr. Mazlini Adnan.<br>Penyelidikan ini memberi tumpuan kepada pengalaman pembelajaran autentik yang membolehkan murid meneroka konsep Matematik melalui projek yang berpaksikan inkuiri dan dunia sebenar. Berbeza daripada pendekatan tradisional, kaedah ini menekankan penglibatan aktif murid dalam membina pengetahuan sendiri melalui penyelesaian masalah, perbincangan kolaboratif, dan penerokaan idea berdasarkan persekitaran mereka sendiri.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"560\" height=\"410\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/2-7.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-30598\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/2-7.png 560w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/2-7-300x220.png 300w\" sizes=\"(max-width: 560px) 100vw, 560px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>PEMBELAJARAN MATEMATIK BERMAKNA<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Prof. Madya Dr. Mazlini, integrasi etnomatematika dalam pendekatan PIL memberi peluang kepada murid untuk mengaitkan konsep Matematik dengan budaya dan kehidupan seharian mereka, sekali gus menjadikan pembelajaran lebih bermakna.<\/p>\n\n\n\n<p>Apabila murid melihat bagaimana Matematik wujud dalam tradisi, seni, dan aktiviti masyarakat mereka, minat dan rasa ingin tahu mereka terhadap subjek ini meningkat dengan ketara,\u201d ujar beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Pelaksanaan pendekatan ini bukan sahaja meningkatkan minat dan motivasi murid, malah turut memperkukuh kemahiran abad ke-21 seperti pemikiran kritikal, komunikasi, kolaborasi dan kreativiti. Melalui aktiviti berasaskan projek, murid berpeluang untuk mengaplikasikan pelbagai disiplin ilmu STEM bagi menyelesaikan tugasan yang realistik dan kontekstual.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"435\" height=\"437\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/3-7.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-30599\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/3-7.png 435w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/3-7-300x300.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/3-7-150x150.png 150w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/3-7-100x100.png 100w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/3-7-24x24.png 24w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/3-7-48x48.png 48w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/3-7-96x96.png 96w\" sizes=\"(max-width: 435px) 100vw, 435px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>KOLABORASI SERENTAU<\/p>\n\n\n\n<p>Kerjasama antara UPSI dan UNP dalam penyelidikan ini bukan sahaja memperkukuh hubungan akademik antara dua institusi pendidikan tinggi serantau, tetapi juga membuka ruang kepada perkongsian amalan terbaik dalam inovasi pedagogi Matematik. Hasil kajian ini dijangka menjadi asas penting kepada pembangunan bahan dan modul pengajaran berasaskan pendekatan PIL dan etnomatematika di masa hadapan.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, Prof. Madya Dr. Mazlini turut menambah bahawa penyelidikan ini berupaya menjadi model rujukan kepada guru-guru Matematik dalam memperkukuh amalan pedagogi inovatif yang selaras dengan keperluan pembelajaran abad ke-21. Melalui kolaborasi antara UPSI dan UNP, penyelidikan ini turut memperkukuh hubungan akademik antara dua institusi pendidikan tinggi serantau, khususnya dalam bidang inovasi pedagogi dan pendidikan STEM.<\/p>\n\n\n\n<p>Secara keseluruhannya, penyelidikan ini menunjukkan bahawa apabila Matematik diajar melalui pendekatan yang relevan, bermakna dan dekat dengan kehidupan murid, subjek yang sering dianggap sukar ini dapat menjadi menarik, menyeronokkan dan memberi makna sebenar kepada pembelajaran. Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada Tuan Pengetua, Encik Azmi Ahmad dan Cikgu Nik Nurhasnina Nik Sin atas kerjasama dan layanan baik yang diberikan. Tidak ketinggalan juga <em>School Improvement Specialist Coaches<\/em> (SISC+) Sains dan Matematik yang terlibat iaitu Hajah Suhaidah Mohamad Yusop dan Puan Suryani Abdullah sebagai atas sumbangan sebagai pemudah cara dalam memastikan kelancaran kajian yang dijalankan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh : Prof Madya Dr. Mazlini Adnan , Pn. Zainab Alias, Dr. Yulyanti Harisman, Dr. Resmi Darni, Dra. Sri Elniati, Hafizatunnisa dan Aqilul Asra. Fakulti Sains dan Matematik. Cameron Highlands, 31 Oktober 2025 \u2013 Pendekatan Project Based Inquiry Learning (PIL) yang diintegrasikan dengan elemen STEM dan etnomatematika semakin menunjukkan potensi besar dalam mengubah landskap pembelajaran [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":30597,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[121],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30596"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=30596"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30596\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":30600,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30596\/revisions\/30600"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/30597"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=30596"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=30596"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=30596"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}