{"id":30796,"date":"2025-11-14T09:15:20","date_gmt":"2025-11-14T01:15:20","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=30796"},"modified":"2025-11-14T16:37:03","modified_gmt":"2025-11-14T08:37:03","slug":"pro-quranic-class-2-0-perkukuh-pembelajaran-al-quran-melalui-pendekatan-mentor-mentee","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2025\/11\/14\/pro-quranic-class-2-0-perkukuh-pembelajaran-al-quran-melalui-pendekatan-mentor-mentee\/","title":{"rendered":"PRO QURANIC CLASS 2.0 PERKUKUH PEMBELAJARAN AL-QURAN MELALUI PENDEKATAN MENTOR-MENTEE"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Siti Fatimah Abd Najid<\/p>\n\n\n\n<p>TANJONG MALIM \u2013 Program <em>Pro Quranic Class 2.0<\/em> kembali dengan pendekatan yang lebih dinamik menerusi sistem mentor-mentee yang diperkenalkan oleh Pasukan Eduvatif Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Kelab Sahabat Ulul Albab (KeSUA), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Pendekatan baharu ini menekankan bimbingan berstruktur antara naqib dan naqibah sebagai mentor bersama kumpulan mentee, dengan matlamat memperkukuh penghayatan serta kefahaman mahasiswa terhadap Al-Quran.<\/p>\n\n\n\n<p>Program anjuran KeSUA dengan kerjasama MPP dan Kelab Al-Mursyidin UPSI ini merupakan kesinambungan daripada kejayaan siri pertama <em>Pro Quranic Class<\/em> yang bermula sejak November 2024. Pelaksanaan kali kedua ini mengekalkan format kelas tahsin Al-Quran secara hibrid, iaitu bersemuka di Masjid Al-Mursyidin, Kampus Sultan Azlan Shah serta secara dalam talian melalui Google Meet. Setiap sesi memberi tumpuan kepada aspek talaqqi, tadabbur, dan pengukuhan ilmu tajwid dengan pengisian yang tersusun serta berperingkat.<\/p>\n\n\n\n<p>Sepanjang pelaksanaan <em>Pro Quranic Class 2.0<\/em>, setiap sesi disusun dengan rapi bagi memastikan kesinambungan ilmu dan penghayatan ayat-ayat suci dalam kalangan peserta. Siri pembelajaran dimulakan pada 12 April 2025 melalui pengajian Surah Asy-Syu\u2019ara\u2019 ayat 75\u201380, yang menekankan tadabbur ayat serta penerangan hukum bacaan Mim dan Nun Syaddah. Pada 19 April 2025, peserta mendalami Surah Fussilat ayat 44, dengan penjelasan tentang Idgham dan bacaan Gharib, diikuti sesi pada 26 April 2025 menerusi Surah Yunus ayat 57 yang menekankan jenis-jenis Mad dan bacaan Gharib. Seterusnya, pada 17 Mei 2025, peserta menghayati Surah Al-\u2018Asr ayat 1\u20133, memperkukuh kefahaman terhadap hukum Mad dalam konteks pembacaan yang betul.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"749\" height=\"568\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/Picture9-1.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-30797\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/Picture9-1.jpg 749w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/Picture9-1-300x228.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/Picture9-1-600x455.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 749px) 100vw, 749px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"772\" height=\"579\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/Picture8.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-30798\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/Picture8.jpg 772w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/Picture8-300x225.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/Picture8-768x576.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/Picture8-600x450.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 772px) 100vw, 772px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"854\" height=\"641\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/Picture14.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-30799\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/Picture14.jpg 854w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/Picture14-300x225.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/Picture14-768x576.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/Picture14-600x450.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 854px) 100vw, 854px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Pembelajaran diteruskan pada 24 Mei 2025 dengan Surah Al-Humazah ayat 1\u20139, membincangkan hukum bacaan Ra, Iltiqa\u2019 Sakinain, dan Nun Al-Wiqayah. Manakala pada 31 Mei 2025, peserta menelusuri Surah Asy-Syarh, dengan fokus kepada hukum Lam pada Lafaz Al-Jalalah. Program menutup tirainya dengan sesi keempat belas pada 21 Jun 2025 melalui pengajian Surah Al-Kauthar ayat 1\u20133, yang menekankan tanda-tanda waqaf dan bacaan Hamzah Wasal. Setiap sesi diwarnai dengan penglibatan aktif peserta melalui amalan talaqqi secara langsung serta sesi tadabbur yang menghubungkan makna ayat dengan realiti kehidupan.<\/p>\n\n\n\n<p>Menariknya, <em>Pro Quranic Class 2.0<\/em> turut memperkenalkan inisiatif baharu berbentuk tugasan dakwah digital berasaskan platform TikTok. Peserta diminta menghasilkan video pendek dengan memilih satu hingga lima ayat daripada surah yang telah dipelajari, membaca dengan tajwid yang betul serta menghuraikan maksud dan pengajaran ayat tersebut berdasarkan tafsir sahih. Tugasan ini menuntut peserta mengaitkan mesej Al-Quran dengan isu semasa dan realiti kehidupan, sekali gus menonjolkan pemikiran kritis, kreatif dan rasional. Inisiatif ini menjadi simbol kesinambungan penghayatan Al-Quran dalam dunia digital serta melatih mahasiswa menyebarkan mesej Islam secara positif dan relevan kepada masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-2 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"653\" height=\"490\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/Picture22.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-30800\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/Picture22.jpg 653w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/Picture22-300x225.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/Picture22-600x450.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 653px) 100vw, 653px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"658\" height=\"493\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/Picture21.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-30801\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/Picture21.jpg 658w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/Picture21-300x225.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/Picture21-600x450.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 658px) 100vw, 658px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Majlis penutup <em>Pro Quranic Class 2.0<\/em> telah diadakan pada 29 Oktober 2025 di Dewan Kuliah Pusat 12, KSAS, bagi meraikan kejayaan para peserta yang menamatkan keseluruhan siri kelas. Majlis tersebut diserikan dengan ucapan perasmian Pengarah Pusat Ulul Albab, Dr. Sakinah Salleh, diikuti gimik pelancaran Pasukan Eduvatif dan pelantikan rasmi ahli pasukan. Turut berlangsung ialah penyerahan Al-Quran kepada naqib, naqibah dan peserta sebagai simbolik penghargaan atas komitmen terhadap perjuangan ilmu Al-Quran.<\/p>\n\n\n\n<p>Dr. Sakinah dalam ucapannya menegaskan bahawa program seumpama ini bukan sahaja mengasah kemahiran membaca dan memahami Al-Quran, malah menjadi wadah melahirkan mahasiswa yang seimbang dari aspek intelek, spiritual dan sahsiah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAl-Quran bukan sekadar dibaca, tetapi perlu difahami dan diamalkan dalam kehidupan seharian. Program seperti <em>Pro Quranic Class<\/em> membuka ruang kepada mahasiswa untuk menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup, selaras dengan aspirasi UPSI melahirkan graduan Ulul Albab yang holistik dan berakhlak,\u201d ujar beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Pro Quranic Class 2.0 berjaya menarik penyertaan 131 mahasiswa, mencerminkan minat yang tinggi terhadap pembelajaran berteraskan Al-Quran di UPSI. Program ini bukan sahaja memperkukuh bacaan dan kefahaman terhadap kitab suci, malah membentuk generasi mahasiswa berilmu, berakhlak dan berjiwa Qurani, selaras dengan visi Pusat Ulul Albab untuk melahirkan pemimpin masa depan berpaksikan nilai Al-Quran.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Siti Fatimah Abd Najid TANJONG MALIM \u2013 Program Pro Quranic Class 2.0 kembali dengan pendekatan yang lebih dinamik menerusi sistem mentor-mentee yang diperkenalkan oleh Pasukan Eduvatif Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Kelab Sahabat Ulul Albab (KeSUA), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Pendekatan baharu ini menekankan bimbingan berstruktur antara naqib dan naqibah sebagai mentor bersama [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":7,"featured_media":30802,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[215,238,167,222,108,100],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30796"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/7"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=30796"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30796\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":30805,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/30796\/revisions\/30805"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/30802"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=30796"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=30796"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=30796"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}