{"id":31007,"date":"2025-11-21T10:47:01","date_gmt":"2025-11-21T02:47:01","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=31007"},"modified":"2025-11-21T10:47:04","modified_gmt":"2025-11-21T02:47:04","slug":"majlis-apresiasi-graduan-meta-2025-rai-pelajar-fkmt-bakal-bergraduat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2025\/11\/21\/majlis-apresiasi-graduan-meta-2025-rai-pelajar-fkmt-bakal-bergraduat\/","title":{"rendered":"MAJLIS APRESIASI GRADUAN META 2025 RAI PELAJAR FKMT BAKAL BERGRADUAT"},"content":{"rendered":"\n<p>UPSI, 17 November 2025 \u2013 Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bergemerlapan dengan kehadiran para graduan dan warga Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi (META) sempena Majlis Apresiasi Graduan META 2025. <\/p>\n\n\n\n<p>Majlis yang berlangsung penuh meriah ini bertujuan meraikan 424 orang graduan META yang bakal menamatkan pengajian mereka, serta mengukuhkan jaringan hubungan bersama alumni dan warga fakulti.<\/p>\n\n\n\n<p>Majlis bertemakan \u201cStrawberry &amp; Matcha\u201d yang membawa warna hijau dan merah jambu ini dimulakan seawal jam 7.45 malam dengan ketibaan para graduan dan warga META, diikuti oleh ahli pengurusan fakulti dan tetamu jemputan. <\/p>\n\n\n\n<p>Dewan SITC menjadi saksi kepada satu malam penuh apresiasi dan kenangan, di mana pelbagai pengisian bermakna disajikan kepada para tetamu.<\/p>\n\n\n\n<p>Ucapan pembuka dimulakan dengan aluan dan bacaan doa, sebelum diteruskan dengan ucapan daripada Dekan META, YBrs. Prof. Madya Dr. Ing Maizatul Hayati Mohamad Yatim. <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam ucapannya, beliau menekankan bahawa majlis ini bukan sekadar simbolik perpisahan, tetapi lebih sebagai jambatan yang menghubungkan memori, pengalaman dan harapan antara pelajar, pensyarah serta institusi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cFKMT sentiasa komited bukan sahaja dalam melahirkan graduan berkualiti dari segi akademik, malah kami juga mahu membentuk individu yang seimbang dari sudut emosi, sosial dan nilai kemanusiaan. Malam ini adalah malam untuk kita sama-sama meraikan pencapaian dan menghargai sumbangan semua pihak yang menjadikan perjalanan ini bermakna.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua graduan META yang akan melangkah ke pentas konvokesyen pada 18 November 2025 dengan menyifatkan kejayaan mereka sebagai kebanggaan buat fakulti dan universiti. <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau juga menitipkan setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan melalui dana endowmen Virtual Space Learning yang khas diberikan kepada graduan META yang cemerlang.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"902\" height=\"600\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/2-29.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-31009\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/2-29.png 902w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/2-29-300x200.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/2-29-768x511.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/2-29-600x399.png 600w\" sizes=\"(max-width: 902px) 100vw, 902px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"666\" height=\"887\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/3-27.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-31010\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/3-27.png 666w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/3-27-225x300.png 225w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/3-27-600x799.png 600w\" sizes=\"(max-width: 666px) 100vw, 666px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Majlis turut diserikan dengan ucapan penuh bermakna oleh penyumbang utama Anugerah Kecemerlangan Pelajar, iaitu YBrs. Dr. Sheikh Nasir bin Kamarudin daripada syarikat Virtual Space Centre.<\/p>\n\n\n\n<p>Tiga orang graduan telah menerima Anugerah Kecemerlangan Pelajar dan masing-masing hadir bersama ibu dan ayah mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Detik penuh indah tercipta apabila mereka turut dipanggil ke pentas bagi menerima anugerah, disambut dengan tepukan gemuruh para hadirin. Salah seorang penerima, Nur Farahanah binti Muhamma Sili berkata:<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya dedikasikan anugerah ini khas untuk ibu dan ayah yang telah berkorban segala-galanya. Tanpa restu dan doa mereka, saya tidak mungkin berdiri di sini hari ini.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Majlis turut diserikan dengan persembahan kreatif oleh staf dan pelajar META yang menggabungkan nyanyian dan multimedia. Pelbagai lagu yang dinyanyikan oleh pensyarah dan pelajar menjadi persembahan yang menyerikan majlis serta mendapat sorakan hebat.<\/p>\n\n\n\n<p>Tetamu turut dijamu dengan hidangan enak bertemakan sajian barat seperti Spagheti Aglio Olio, Bebola Daging Bolognese, Sup Cendawan, Roti garlic dan kentang putar, turut disediakan pelbagai kuih-muih tempatan. Air yang disediakan juga mengikut tema majlis iaitu sirap bandung ais dan teh hijau matcha.<\/p>\n\n\n\n<p>Menariknya, disediakan juga reruai bergambar dengan kamera 360\u00b0 serta perkhidmatan ambil gambar dan cetakan foto segera untuk semua tetamu, menjadikan malam itu bukan sahaja bermakna, malah boleh dibawa pulang dalam bentuk kenangan fizikal.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Encik Nurul Anuar bin Jamasan @ Kasban, Penolong Pendaftar Kanan META yang menjadi tonggak utama majlis program ini sebagai manifestasi kasih sayang fakulti terhadap graduan. \u201c<em>Kami ingin mereka tahu, jasa dan pengorbanan mereka tidak dilupakan. FKMT bukan hanya tempat belajar, ia adalah rumah kedua mereka yang penuh kenangan.\u201d<\/em><\/p>\n\n\n\n<p>Wakil graduan yang turut dijemput untuk berucap iaitu Sdr. Muhammad Abu Hurairah bin Muhamad Zain turut merakamkan penghargaan kepada semua yang hadir. Ujar beliau, \u201c<em>Majlis ini menjadi simbol kenangan yang akan kami bawa ke mana sahaja selepas menamatkan pengajian. Ia menambah makna kepada gelaran \u2018alumni UPSI\u2019 yang kami sandang.\u201d<\/em><\/p>\n\n\n\n<p>Majlis berakhir jam 10.30 malam dalam suasana penuh syukur, emosi dan bangga. Para tetamu pulang dengan hadiah, gambar, dan paling penting, kenangan manis yang akan dikenang sepanjang hayat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>UPSI, 17 November 2025 \u2013 Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bergemerlapan dengan kehadiran para graduan dan warga Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi (META) sempena Majlis Apresiasi Graduan META 2025. Majlis yang berlangsung penuh meriah ini bertujuan meraikan 424 orang graduan META yang bakal menamatkan pengajian mereka, serta mengukuhkan jaringan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":31008,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[204,147],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31007"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=31007"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31007\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":31011,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31007\/revisions\/31011"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/31008"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=31007"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=31007"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=31007"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}